SELAMAT BERINFORMASI

Thursday, February 4, 2010

Sepakat Membawa Berkat

Hari ini acara akhir padang dijalankan.Aku persiapkan diri membantu menggerakkan murid ke padang.Cikgu Azmi dan Cikgu Shamsul telah menggerakkan murid membantu menyediakan peralatan sukan di padang.Tepat jam 7.30 aku arahkan semua murid ke padang.Di sana aku bariskan mereka ikut rumah sukan masing-masing.Aku menggesa agar setiap Pengurus Rumah Sukan mengelolakan peserta masing-masing dengan memberikan nombor dan melekatkan nombor peserta. Aku juga meminta agar acara dijalankan secepat yang boleh. Cikgu Azmi berasa kurang senang kerana alat pembesar suara (heller) tidak ada dalam simpanan.Aku tau perasaannya.Cikgu Norrasid agak proaktif dengan memasang pembesar suara.Heller pulak tu meragam.Suara tak boleh kuat.Siap pembesar suara dipasang,barulah dapat digunakan untuk memanggil para peserta dan dikumpulkan mengikut acara masing-masing.

Aku turut membantu menyusun peserta dan mengarahkan setiap guru yang bertugas sebagai pegawai bergerak dan membawa peserta ke lokasi yang ditentukan agar acara dapat dijalankan dengan lancar. Aku arahkan cikgu Sharil bawa peserta ke lokasi lompat tinggi kerana acara ini memang perlukan masa yang panjang.Tambahan pula kali ini ada 2 kategori yang ditambah iaitu L8 dan P8. Aku turut membantu untuk acara lompat tinggi bersama cikgu Rosdi dan Cikgu Zainon.Yang lain-lain ku perhatikan sahaja dari jauh.

Kelibat cikgu Shamsul menguruskan acara rejam lembing bersama cikgu Hajah Mislah melegakan aku.Walaupun cikgu Hairul Faizi tiada kerana berkursus namun proaktifnya beliau melicinkan perjalanan aktiviti hari ini.Begitu juga ustaz Giman dengan acara lontar peluru bersama cikgu Nurul.Lompat jauh ku perhatikan kelibat cikgu Norhanizan bersama cikgu Nurhasnimah.

Pengurus Rumah Sukan pula begitu teruja dan bersemangat apabila melihat anak buah masing2 memperoleh kejayaan.Utamanya cikgu Norhafizah maklumlah rumah merah ramai anak buahnya menjadi johan dalam banyak acara.Cikgu Nani pula hanya senyum aje.Dalam pada tu dalam hati geram juga.Cikgu Rahmah pula ke sana ke mari melihat anak buah masing2.Maklumlah katanya baru kali ni jadi pengurus rumah sukan.Cikgu Najmiah sibuk juga tu,mempastikan anak buahnya mengambil bahagian.

Dalam kesibukan tugas membuat pemerhatian,murid Pra Sekolah juga turun menjalani latihan sukaneka.Cikgu-cikgu lain mengawal pergerakan murid2 yang tak ambil bahagian.Cikgu Nazli sibuk dengan urusan balai.Cikgu Ajis dan cikgu Chan mengawal murid2 di bawah khemah sambil menguruskan murid beratur untuk ambil minuman percuma.Terima kasih pada cikgu Shamsul kerana ada kenalan yang sanggup bersama kita memberikan sumbangan minuman air milo kepada semua murid dan guru.

Perjalanan hari ini begitu lancar.Namun aku melihat jam di tangan menunjukkan 9.40.Aku bisikkan kepada cikgu Azmi agar tepat jam 10.00 kita kena hentikan acara.Kita kenalah hormati guru besar kita yang telah membenarkan acara sukan ini hingga jam 10.00.Setelah berbincang, semua pengurus pasukan dipanggil dan dimaklumkan akan perkara ini.Acara yang sedang berjalan diteruskan hingga selesai, manakala acara yang belum disambung pada hari Sabtu 6 Feb selepas acara merentas desa.Aku ucapkan terima kasih pada semua rakan guru kerana memberikan kerjasama dan bersetuju dengan perkara yang dibincangkan ini.Tahniah dan terima kasih semua.Sepakat membawa berkat.Yang berat sama dipikul,yang ringan sama dijinjing.

Jam 10.20 semua murid telah selesai rehat dan kembali menukar pakaian dan masuk ke kelas masing2.Alhamdulillah,tiada komen dari guru besar.Nampak gembira beliau ketika masuk ke kantin.Maklumlah dapat seorang kenalan berbaju hijau yang sama minat menangkap ikan.Aku pun tak kenal namanya.Tapi cikgu Zainon kenal sebab selalu dapat ikan darat daripada beliau. Guru besar kata dia nak ikut sekali dengan orang tu untuk tangkap ikan kelah. Orang tu tunjuk juga video dalam handset dia gambar ikan kelah.Katanya ikan tu terlalu banyak dia dapat dan dibuang begitu sahaja.Kalau dia beri aku dapat gak aku makan ya.Aku layan ajelah.Maklumlah aku pun tak berapa sangat minat nak tangkap ikan.Tangkap ikan kat pasar pun jadilah.Itu pun seminggu sekali.

Oklah , saya rasa cukup setakat ni yang dapat saya catatkan.Lebih2 nanti boring pulak.Hari2 mendatang banyak lagi.Banyak cabaran dan halangan yang akan kita tempuhi.Tapi satulah yang harus kita ingat.Setiap sesuatu yang ingin lakukan biarlah dengan niat ingin mencari keredhaan Allah.Hanya itu sahaja yang perlu ada dalam hati kita.Tiada niat lain.Banyak manfaatnya. Wassalam.

No comments:

Post a Comment