SELAMAT BERINFORMASI

Tuesday, February 16, 2010

Semasa Dalam Penerbangan ke Tanah Suci

Kali ini nak cerita tentang penerbangan aku bersama jemaah haji ke tanah suci.Setelah kami diarahkan beratur masuk ke dalam kapal terbang kami pun mulalah bergerak sambil membawa beg sandang dan beg pakaian yang sederhana besar.Beg besar semuanya telah dimasukkan ke dalam perut kapal terbang.Pada tangan kami hanya ada kertas berwarna bagi mengasingkan kami mengikut kelas penerbangan.Di samping itu passport juga dimasukkan ke dalam beg sandang.Pada beg sandang aku selitkan sebotol air mineral.Di dalam begnya pula aku masukkan kitab2 kecil dan quran kecil untuk aku gunakan ketika di sana nanti.

Aku lihat pada kertas berwarna tu ada nombor kerusi.Aku pun mencarilah nombor kerusi,tapi apa nak buat kerusi tu dah diduduki orang.Aku bertanya pada pramugari tentang hal ini.Demi menjaga maruah aku diarahkan ke kerusi yang masih kosong.Duduklah aku di kerusi itu bersama isteriku tanpa sebarang komen apa-apa.Kita kenalah redha.Isteri agak kecewa sikit maklumlah tak dapat nak tengok luar sebab tempat duduk kami kalau ikut nombor tu kerusinya di tepi betul2 kat tingkap.Aku menyabarkan ajelah.Kalau nak tengok luar pun bukan nampak kerana dah gelap.Terasalah apabila kapal terbang mula bergerak.Kami diarahkan memakai tali pinggang.Segala peralatan media ditutup.Aku berdoa dan bersalawat semoga penerbangan kami semua selamat.Semasa memulakan penerbangan kami diperdengarkan suara Labaikallah humma labaik...........

Sepanjang penerbangan tu aku rasa taklah membosankan.Nak kata letih tak juga.Maklumlah 8 jam penerbangan.Semasa kursus haji diberitahu kepada kami agar sentiasa menggerakkan kaki supaya tak kejang.Aku memerhatikan skrin tv di hadapan kerusi aku.Melihat peta perjalanan dan ketinggian kapal terbang ketika di udara.Sekali sekala pengumuman pilot mengingatkan kami tentang angin kuat di luar.Terdengar juga bunyi angin melanggar kapal terbang,bergoyang juga rasanya.

Ketika cuba melenakan mata, kedengaran suara pramugari yang bertutup litup kemas memberitahu tentang minuman dan makanan yang dihidangkan.Nak air milo,teh, kopi.Nak makan nasi ayam,nasi daging dan sebagainya.Wah, kami jemaah haji dilayan dengan penuh mesra.Ada juga seorang jemaah yang terasa gayat naik kapal terbang.Dia mengalami tekanan darah rendah.Kesian juga aku melihatnya.Ini kerana dia isteri kawan aku juga.Tapi aku tak kisahlah tentang dia.Sekali sekala aku ke bilik air kerana nak buang air kecil.Tandas dalam kapal terbang muat-muat badan aku.Kekok juga nak buang air.Tak kan nak tahan.Buang ajelah.Bila tarik punat airnya mengalir begitu deras sekali.Terfikir juga ke mana air tu pergi.Dah lah banyak pulak soalannya.

Banyak juga aku makan nasi semasa dalam penerbangan tu.Nasi berlaukkan daging.Ada juga lauk ayam.Jemaah yang lain pun makan sama apabila dihidangkan mengikut masa yang ditetapkan.Kadang-kadang terlena juga aku.Bila rasa kesejukan aku menyelimut kain yang dibekalkan.Alat headphone juga diberikan kepada kami kalau nak dengar muzik.Pendek kata semasa dalam penerbangan tu kita isikan dengan berzikir dan bersalawat agar tidak leka dan khayal dengan bisikan syaitan.Tiba-tiba pilot meminta kami memakai tali pinggang masing-masing kerana kapal terbang hendak mendarat.Berdegup jantung kerana berasa teruja hendak menjejakkan kaki ke tanah suci ni.Akhirnya kapal terbang selamat mendarat di airport Jedah. Kami pun mengeluarkan beg dari kokpit dan bawa keluar.Kami diarahkan ke bilik imigresen untuk membuat pemeriksaan.Passport dan Buku Kesihatan setiap jemaah perlu diperiksa oleh pihak berkuasa Arab Saudi.Begitulah betapa ketatnya pemeriksaan di sana.Namun aku bersyukur kerana Allah permudahkan perjalananku.

No comments:

Post a Comment