SELAMAT BERINFORMASI

Wednesday, February 3, 2010

Masa itu Emas

Aku ingin tulis tentang aktiviti harian di sekolahku.Hari ini diadakan Sukantara Antara Rumah Sukan.Jam 7.00 pagi murid telah berkumpul seperti biasa.Perjalanan berjalan lancar.Hinggalah 7.20 murid telah diagihkan mengikut rumah sukan masing-masing.Sepatutnya guru rumah sukan dah take over rumah sukan masing2 dan bawa ke padang.Tak perlulah dok lama2 kat dataran tu.Aku beredar ke padang melihat persiapan yg dilakukan oleh SU dan dibantu murid lelaki tahun 6.Aku membantu mana yg perlu dibantu.Namun,ramai rakan guru masih lagi belum turun ke padang.Cikgu Shamsul pun dah sedia menunggu rakan2 lain nak bagi taklimat.Jam 8.30 barulah murid2 turun.Dah lewat nak mulakan acara.Ada rakan masih bersembang2.Tak proaktif. Sepatutnya kalau dah lewat kenalah proaktif.Itulah bila kerja kerana guru besar begitulah jadinya. Kawan2 ingatlah kalau kita buat kerja kerana Allah banyak keberkatannya.Walau tiada guru besar sekalipun kita kena ingat yang kita nak jaga tu anak2 kita juga.Kalau lambat anak2 kita juga yg rugi.

Aku berdoa semoga tiada perkara buruk berlaku sepanjang perjalanan sukantara hari ni. Alhamdulillah segala berjalan lancar.Tiada perkara yg diingini berlaku.Disiplin murid tahun ni begitu baik dan memuaskan.Kerjasama mereka semua begitu baik.Mungkin penjelasan dan penegasan menyebabkan murid2 bergerak lambat.Cikgu2 tak perlulah diberikan arahan untuk buat itu dan ini.Fikirlah sendiri kan dah banyak tahun mengajar.Apa yg patut dibuat dan ditugaskan buatlah dengan sepenuh hati dan ikhlas.

Inilah harapan saya kepada kawan2 sebagai nasihat.Siapalah saya di dunia ini.Kita hanya hamba Allah yg lemah.Yang perlukan pertolongan dan bimbingan.Buatlah sesuatu tugas tu dengan penuh komitmen dan bertanggungjawab.Sekian.Wassalam

No comments:

Post a Comment