SELAMAT BERINFORMASI

Sunday, February 14, 2010

Kejohanan Balapan dan Padang 2010

11 Februari 2010 hari Khamis,berlangsungnya Kejohanan Balapan dan Padang kali ke 19 SK LKTP Redong.Majlis berlangsung pada jam 3.00 petang sejurus tibanya Tuan Pengurus Felda Redong, En.Ali Bin Osman.Beliau diiringi oleh Guru Besar,En.Md Yusof Bin Hj.Muhamad.

Sebelah paginya,semua warga sekolah membuat beberapa persiapan seperti mengangkat meja dan kerusi.Khemah-khemah peserta pula dihias mengikut kreativiti guru rumah sukan bersama murid-murid mereka.Di khemah urusetia pula disiapkan segala peralatan pembesar suara, bendera2 dan kerusi tetamu.

Sementara itu,Cikgu Rosdi sibuk menyusun perbarisan antara rumah 2 sukan.Walaupun baru berlatih namun,berkat kerjasama perbarisan berjalan lancar.Hanya 2 kali sahaja berlatih.Begitu juga acara relay 4 x 100m dan 4 x 200m.Semuanya berjalan serentak.Maklumlah kesuntukan masa.Murid sepatutnya balik jam 11.30 pagi.Namun,sempat juga acara penyampaian hadiah dijalankan.Begitulah,warga sekolah ini,macam lipas kudung dibuatnya.

4 guru terpaksa ke taklimat zoom a.Namun, sukan sekolah diteruskan juga.Dah tak ada masa lagi nak ditangguhkan.Semua guru yang lain perlu proaktif.Tahniah cikgu Shamsul yang tak berkira tentang tugasnya.Cikgu Sharil dan Cikgu Nurul tahniah diucapkan walaupun pertama kali menjadi pengacara majlis.Walaupun agak kalut,majlis dapat berjalan dengan lancarnya.Anggaplah ini satu pengalaman baru.Kita perlu proaktif dan berfikiran positif walaupun kita diketawakan.Kesilapan yang dilakukan dalam berkomunikasi dan teknik penyampaian perlu kita pertingkatkan dari semasa ke semasa.

Nampaknya kehadiran En.Ali Bin Osman,pengurus Felda menyerikan majlis sukan sekolah ini. Begitu juga Tuan Haji Sarian Bin Kinting selaku Naib Pengerusi JKKK Felda Redong.Sambutan para ibu dan bapa sungguh menggalakkan.Begitu juga bekas pelajar sekolah ini yang turut membantu menjadi pegawai sukan melicinkan perjalanan sukan kali ini.Terima kasih juga kepada guru dari sekolah berdekatan yang datang membantu menjalankan tugas kepegawaian kerana tenaga guru sekolah ini diperlukan untuk yang lain.

Perbarisan pada petang itu berjalan dengan lancar sekali diiringi muzik.Ketua Kontinjen perbarisan ialah anak pengurus sendiri Farhan Afif.Walaupun mendapat bantahan namun diteruskan juga perancangan yang dijalankan.Pengurus diiringi guru besar menerima tabik hormat dari perbarisan yang dijalankan.Kemudian dalam ucapan perasmiannya En.Ali mengucapkan tahniah kepada semua warga sekolab kerana berjaya mengadakan sukan ini. Beliau berharap agar sukan ini berjalan dengan lancarnya.Beliau juga memaklumkan pihak Felda akan mengadakan khidmat jalur lebar untuk kemudahan semua penduduk Felda Redong mengakses internet.

Kejohanan sukan kali ini turut menyelitkan penyertaan ibu dan bapa mengambil bahagian dalam acara mereka.Sambutan juga menggalakkan.Namun penyertaan terhad kerana nak jimat masa. Pada tahun hadapan kita akan adakan pula acara untuk pegawai pula.

Sekali lagi saya nak ucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak khasnya guru-guru sekolah ini yang telah memberikan komitmen yang tinggi dalam menjayakan sukan pada kali ini. Yang baik kita teruskan dan murnikan.Yang kurang baik kita perbaiki dan inovasikannya.

No comments:

Post a Comment