SELAMAT BERINFORMASI

Friday, February 19, 2010

Diari seminggu

Bermula cuti Tahun Baru Cina kehidupan aku dan keluarga penuh dengan cabaran dan dugaan. Bermula hari Sabtu,selepas solat subuh aku bersama isteri ke dataran Labis untuk beriadah.Habis tiga pusingan aku ke pasar untuk membeli barangan dapur untuk dimasak.Selepas itu kami ke warung untuk sarapan pagi.Anak2 yg lain ada kat rumah.Aku belilah sarapan untuk anak2 di rumah.Tiba-tiba terdengar bunyi panggilan telefon.Isteriku menerima panggilan dari kakaknya bahawa emak sesak nafas. Emak akan dibawa ke hospital.Kami pun mengarahkan anak2 untuk bersiap dan balik ke JB.

Perjalanan hari tu agak sesak sedikit.Banyak kenderaan hari tu.Maklumlah cuti Tahun Baru Cina.Kenderaan yg hendak ke JB tak lah sesak sangat.Tapi tak boleh laju kerana takut ada speed trap.Maklumlah oops sikap.Nanti kena saman lagi.Asyik nak bagi duit kat polis aje.Pandulah sekitar 80 - 90 km. sejam.Relaks lah sikit memandunya.Kalau ada kereta nak potong biar aje lah. Tapi kadang2 geram juga bila pandu perlahan mataku ni ngantuk pulak.Tengok yang lain semua dah tidur.Apa nak buat kalau aku tertidur karang habis semua kena tidur kat tempat lain pulak.Berhati-hati di jalan raya.Pandu cermat jiwa selamat.Ingat orang yang tersayang.

Sampai kat hentian Machap kami berhentilah sekejap,minum air panas nak legakan mata ni dah layu.Anak yang lain makanlah apa yang dia suka.Selepas buang air,kami pun bertolak semula ke JB.Aku teruslah pandu sampai kat Hospital Pakar Jalan Abd Samad.Emak mertua aku tu memang beruntung kerana setiap kali ke hospital dia akan ke situ.Inilah rezeki dia kerana mendapat rawatan di situ dan tiada bayaran kerana ditanggung oleh TNB.Sebab suaminya bekas pekerja TNB dulu.

Kami naik ke tingkat 1 iaitu bilik ICU di mana emak mertuaku diletakkan disitu.Setelah ziarah aku lihat keadaannya agak uzur.Beliau perlukan bateri untuk menyambung pernafasannya.Agak sukar baginya untuk bernafas.Tambahan pula kalau umurnya dah menjangkau 80an.Tak boleh bergerak dengan selesa.Segalanya sakit.Dia pernah dioperet dan buang teteknya kerana kanser. Tekanan darahnya pula terlalu tinggi hingga 200.

Aku hanya berdoa dan berserah kepada Allah agar penderitaan yang ditanggungnya diringankan .Hanya kak Munah aje yang ada menjaga emak di situ.Kata kak Munah, kak Gee dah balik.Tadi dia yang hantar.Ghani kerja.Yang lain tu Kak Long katanya ke pasar.Dolah katanya kerja. Entahlah dalam saat emak mertuaku dalam kesakitan,tapi anak2 yang dipeliharanya sejak kecil kurang prihatin. Aku yang duduk kat Labis boleh sampai ni yang duduk kat JB tak datang2 nak jenguk emak dia. Berbeza dengan adik beradik aku.Kalau tau aje salah seorang dapat sakit akan diberitahulah kepada yang lain.Maka akan berkunjunglah untuk melihat sebagai tanda kasih sayang antara adik beradik untuk menziarahi dan memberikan semangat.

Begitu juga dengan cucu2 yang pernah dipelihara oleh neneknya.Selepas emak diorang melahirkan mereka sepanjang masa sejak kecil dipelihara oleh nenek mereka.Emaknya sibuk dengan kerja dan bila balik rumah kalau rasa tak puas hati sibuk pulak marah2kan adik (isteriku ketika belum kahwin dengan aku) dan emaknya macam orang gaji.Aku pernah melihat gelagat kak long aku ni(kakak isteri aku/akak ipar) Kadang2 suami dia pun dia herdik dan marah2.Aku hanya diam ajelah tak nak campur urusan rumah tangga diorang.

Jam 6.30 petang kami bertolak pulang ke Labis.Kami singgah kat Hentian Machap untuk solat Jamak Maghrib dan Isyak.Lepas tu makan malam.Jam 8.30 barulah bertolak pulang ke Labis.Sampai kat rumah hampir jam 10.15 malam.Memang penat rasanya.Setelah bersiap diri aku pun tidur.Punyalah lenanya.Jam 5.40 pagi barulah tersedar bila terdengar jam loceng berbunyi.Aku ke masjid untuk solat subuh berjemaah.

Jam 8.00 pagi kami bertolak ke Batu Pahat pula nak ambil Saiful kat MRSM sebab dia dah telefon.Dia kena balik hari Ahad kerana ada program kat sana.Sampai kat sana jam 9.30 pagi.Terlihat beg dan kasut dia kat wakaf dia entah ke mana.Suruhlah adik dia ambil beg masukkan ke dalam kereta.Kemudian muncullah dia dari bilik air.Kami pun keluarlah dari MRSM dan menuju ke gerai makan yang berhampiran.Isteriku buat pesanan makanan untuk kami makan kerana masing2 belum sarapan pagi.

Selepas itu kami ke Cafore Batu Pahat.Tujuan asal nak cari beg adik. Beg sekolah dia dah koyak.Maklumlah masukkan buku macam sadin.Penuh hingga zipnya koyak.Kenalah beli beg baru.Nak jadi cerita isteriku terasa nak terberak sangat.Sebaik sampai kat Pasaraya tu dia segera ke bilik air.Kami kenalah tunggu di ruang legar pasaraya tu sambil melihat2 suasana dan mencuci mata.

Sedang membelek-belek barangan di dalam pasaraya tu tiba2 telefon aku berdering.Tengok nombor tak kenal siapa yang empunya.Kedengaran suara lelaki yang lembut suara mengajak kami sekeluarga ke rumahnya kerana majlis perkahwinan kakaknya.Aku serba salah pulak sebab aku tak kenal dia ni.Macam mana dapat nombor telefon aku ni.Dalam hati terfikir pulak anakku nabila.Agaknya tu kawan dia.Aku pun tanya hanya senyuman darinya aje.Kata orang rezeki jangan ditolak,musuh jangan dicari.Selepas membeli-belah kami pun bertolak ke rumah yang mengajak tadi.

Sampai kat rumah dia aku bertanyakan nama yang mengajakku tadi.Dengan senyuman dia bersalaman denganku dan kami sekeluarga lalu mempersilakan kami untuk jamuan makan.Ketika itu ramai orang sedang menjamu selera.Jadi kehadiran kami sekeluarga taklah menjadi perhatian sangat.Selepas makan kami pun memanggil lelaki tadi dan memperkenalkan kepada ibunya kerana kami hendak pulang.Setelah bersalaman kami diberikan 4 bungkusan makanan.

Setelah itu kami pun bertolaklah pulang ke Labis.Tiba di rumah aku melihat peti surat ada kad jemputan kahwin.Anak saudaraku iaitu anak abang Mansor akan berkahwin pada 13 Mac nanti.Kami tiba di rumah jam 3.30 petang.Petangnya kami berehatlah kerana tak aktiviti lain nak buat sambil menonton televisyen.

Hari Isnin pagi aku solat subuh di Masjid Jame' Labis.Isteriku ikut sekali.Selepas solat aku pergi membeli kuih untuk sarapan pagi anak2 kat rumah.Hari ni tak gi joging.Badan penat hanya duduk rehat aje.Jam 8.30 selepas solat dhuha,aku ke pasar tani belilah daging ayam untuk masak tengah hari.Lepas tu balik ke rumah mengadap laktop buatlah kerja2 sekolah yang belum siap.Kena siapkan kajian tindakan dan SKT.

Hampir jam 2.00 aku dan isteri ke jemputan kahwin kat kg Tenang.Di sana ramailah kenalan yang aku jumpa.Ramai gak orang Felda Maokil kerana pengantin perempuan tu anak kepada saudara aku juga.Dia kahwin dengan orang kampung Tenang.Aku bertemulah dengan kakak saudaraku itu dan maklumkan aku tak dapat gi rumah dia semalam kerana tak terima kad jemputan.Dia kata kad dikirim pada jaga sekolah tapi tak kesampaian.Tapi tak apalah kata ku kerana majlis dah selamat dan kuucapkan tahniah kerana dapat menantu.

Hari Selasa aku kena hantar Saiful balik MRSM.Hanya aku dan isteri aje yang hantar dia.Yang lain tak nak ikut kerana banyak kerja sekolah perlu disiapkan.Lepas hantar kami terus pulang.Kami singgahlah kat masjid Yong Peng solat Asar.Lepas tu terus balik ke rumah.

Hari Rabu isteri aku mula mengajar.Sekolah dia tak ambil cuti Tahun Baru Cina seminggu.Tinggallah aku bersama Akmal ,Nabilah dan Sarah di rumah.Pagi tu hujan turun,sejuk sikit pagi.Lepas siap aku sidai pakaian,aku duduk ngadap laktop.Tapi tak lama.Mata mula ngantuk dan terus tidur.Tapi kejap aje bila isteri telefon dia akan balik kejap lagi kerana kak Munah beritahu emak sakit.Isteri dan anak lelaki aku balik jam 10.30 pagi kerana guru besar dia suruh balik kena jenguk emak cepat.Tapi sampai kat rumah anak yang perempuan pulak buat hal.Sengaja aje dia buat lambat2.Aku kena antar diorang ke asrama.Lepas Zohor barulah siap mereka berkemas dan kami pun bertolaklah ke SMKA Segamat antar Nabilah dan Sarah.Lepas tu terus aje bertolak ke JB.Kami terus ke hospital untuk ziarah nenek.

Nenek dalam bilik berhampiran dengan kaunter jururawat.Kak Gee sorang aje yang tunggu.Kak Munah gi bawah,aku tak tahu dia buat apa.Malas nak tanya.Aku dan isteri cubalah kejutkan emak dan bersalaman.Hanya tangan aje yang dihulur,matanya tak buka dan hanya diam aje.Kata kak Gee dari pagi emak tak bercakap.Dia demam dan aku lihat bibirnya merah sebab tulah tak bercakap.Lama juga kami tunggu kat situ.Adik aku yang duduk kat Pulai Jaya juga ada datang ziarah bila aku beritahu tentang mertua aku ni.Jam 10.30 malam kami pun pulanglah ke Labis.Singgah juga kat Hentian Machap, untuk makan malam dan minum Radex secawan nak segarkan mata.

Kami sampai di rumah hampir 1.30 pagi.Setelah bersihkan diri aku pun tidurlah.Esok pagi isteriku akan ke sekolah.Betapa letihnya aku hari itu.Setelah solat subuh,aku pun basuh pakaian dan menyidaikannya. Kemudian cubalah ngadap laktop tapi apakan daya mata ni dan teruslah masuk bilik dan tidur.Bila terjaga jam menunjukkan jam 11.00 pagi. Aku keluar ke bank nak bayar bil2 yang ada.Lepas tu gilah mengeteh kejap sebab perut pun dah berkeroncong.Isteri aku balik jam 1.30 petang.Dia bawalah dua bungkus nasi untuk Akmal dan Hadi.Aku punya tak ada ke.Tapi aku faham kerana dia ajak aku makan bersama bila keluar petang nanti.

Hari Jumaat,macam biasalah aku basuh baju dan lipat kain yang dah menimbun dalam bakul.Isteri pulak dah sakit2 badan.Bisalah dan sebagainya.Maklumlah penat berulang-alik ke JB.Aku memahami keadaan isteri yang bekerja.Aku bersyukur kerana aku ni masih sihat dan bertenaga untuk membantu buat kerja2 rumah.Tapi kalau memasak tu aku malas sikit.Sebab kalau masak bukan dimakan tapi terpaksa kena buang.Tak siapa nak makan.Tengah hari pergilah solat Jumaat.Tiba kat masjid baru nak solat tahiyatul masjid pak imam panggil suruh jadi bilal jumaat hari tu.Aku terus aje ke ruang bilik untuk azan solat Jumaat.Jadilah aku bilal Jumaat hari itu.Balik solat Jumaat aku kena hantar pula anak kecil ke sekolahnya kerana ada kem solat.Kem solat bermula 2.30 hingga jam 5.00 petang.Aku suruhlah Akmal ambil adik dia pada waktu balik.Malamnya pulak lepas solat maghrib kami bertolak ke kampung kerana adik aku buat khenduri.Kami solat isyak kat masjid di kampung.Dah lama aku tak balik kampung.Ramailah orang kampung bersalaman dengan aku dan bertanya khabar.Kami bertolak pulang jam 11.15 dan sampai kat rumah jam 12.30 pagi.Lepas tu apa lagi tidurlah sampai pagi.Terjaga jam dah pukul 6.20,wah segeralah bersolat subuh.

Isteri mengadu badannya sakit2.Aku ajaklah dia pergi berubat kat Melaka.Kata dia waktu tidur macam2 mimpi.Ada ular la,bapak tengok dia la.Aku hanya diam aje.Kami pun bertolaklah ke Melaka tempat yang pernah kami berubat dahulu.Sampai kat sana tutup pulak.Abis nak buat macam mana.Cubalah cari tempat lain.Kami berhentilah kat satu masjid tu untuk buang air.Kemudian buatlah solat sunat dhuha.Cari punya cari jumpalah tempat rawatan Darussyifa.Bila tanya rawatan hanya diadakan pada hari Ahad.Kami pun baliklah dan singgah kat Tangkak untuk makan tengah hari.

Tiba di rumah hampir jam 1.30 petang.Kami pun berehatlah untuk hilang penat.Petangnya aku bawalah isteriku ke klinik.Aku juga singgah kat kedai komputer kerana laktop aku ni tak ada suara.Taukeh tu kata laktop aku kena format dan aku kena ambil lewat petang.Isteri aku bila lepas makan ubat barulah terasa badannya berpeluh.Tangannya yang sejak dua hari lepas rasa sakit nak angkat sudah boleh diangkat.Terasa hilang rasa bisa di badan.Alhamdulillah syukur aku kepada Allah kerana dengan ikhtiar dan usaha Allah sembuhkan sakit isteriku.Malamnya lepas solat maghrib kami sekali lagi ke rumah abang aku kerana ada majlis khenduri kesyukuran.Tiba kat rumah dia yang berhampiran dengan masjid,kami terus masuk ke masjid.Waktu itu sedang berlangsung ceramah agama.Maka aku teruslah mendengar ceramah agama yang disampaikan oleh seorang ustaz yang memang aku kenali.Setelah solat isyak berjemaah,semua jemaah dipersilakan ke rumah abang aku.Bermula dengan membaca yasin,tahlil kemudian diadakan bacaan berzanji dan marhaban.Seterusnya majlis potong jambul cucu sulung abang aku dilangsungkan.Kemudian semua hadirin dipersilakan makan makanan yang disediakan.

Jam 12.30 barulah kami bertolak pulang ke rumah.Tiba kat rumah dah jam 1.00 pagi.Setelah bersihkan diri mata ni tak nak tidur lagi.Aku mengadaplah laktop tengok FB.Agak mata dah mula ngantuk aku pun terus tidur.Disebabkan keletihan aku terjaga pada jam 6.40 pagi.Selepas solat subuh,aku sambung lagi tidur hinggalah jam 9.00 pagi.Setelah siap basuh pakaian dan menyidaikannya aku ajak isteri dan anak2 keluar makan.Kemudian aku ke kedai nak beli barang makanan yang dipesan oleh anak perempuan kami.Selepas zohor kami bertolak pula ke UiTM kerana nak hantar Akmal balik ke asrama.Lepas hantar Akmal kami ke bandar nak bayar duit kereta.Aku ke bank untuk bayar duit kereta Avanza.Isteri aku pulak sibuk nak cari kain yang Sarah pesan kerana dia nak masuk baris dalam sukan di sekolahnya.Cari punya cari dapatlah sehelai.Kemudian kami ke bank Islam nak masuk duit hasil kebun getah.Selepas tu aku ke kedai elektrik.Cuba2 nak tengok ada jual kamera digital.Aku tertarik dengan satu kamera digital dan tanyalah harganya.Kira2 duit dalam kocek tak cukup pulak . Maka terpaksa pergi bank ambil duit nak cukupkan bayaran.Setelah selesai kami pun singgahlah kat masjid Segamat Baru untuk solat asar.Lepas tu pergi pulak ke SMKA nak hantar barang keperluan Siti Sarah dan Nabilah.Setelah selesai kami singgah kat kedai makan kerana perut pun dah lapar.Pesanlah makanan nasi goreng kampung dan tea o ais.Setelah itu kami pun baliklah ke rumah.Sampai kat Labis singgah sebentar kat Stesen Petronas isi minyak kereta.Lepas tu barulah pulang ke rumah hampir jam 7.00 malam.

Begitulah perjalanan hidup ku sepanjang cuti seminggu ni.






No comments:

Post a Comment