SELAMAT BERINFORMASI

Friday, February 5, 2010

Sepakat Membawa Berkat 2

Hari ini Sabtu 6 Februari 2010.Hari ganti persekolahan untuk cuti Tahun Baru Cina.Jadual hari Jumaat.Sekolahku mengadakan aktiviti merentas desa yang sepatutnya diadakan pada 23 Januari yang lalu.Tetapi atas kemangkatan Sultan Iskandar Johor,maka aktiviti itu terpaksa ditangguhkan kerana menghormati hari perkabungan. Acara bermula dengan semua murid beratur ke padang.Pengurus Pasukan Rumah Sukan mengenalpasti murid tahap dua yang ambil bahagian dalam acara merentas desa.

Setelah semua persiapan diatur,semua guru mengambil tempat bertugas masing-masing.Acara bermula dengan semua murid lelaki bersedia untuk memulakan larian.Guru Besar menjadi pelepas bagi acara merentas desa ini. Kira2 10 minit muncul seorang peserta tahun 4 dari rumah merah mendahului peserta lain diikuti rakan2 yang lain.Suasana pada hari ini meriah dan ceria.Semua rakan2 memainkan peranan masing2.Setelah semua peserta lelaki tamat barulah peserta perempuan dilepaskan untuk memulakan larian merentas desa.

Ramai peserta perempuan yang mengalami kesesakan nafas,ada yang menangis dan ada yang hampir pengsan.Alhandulillah,tiada kemalangan dan kecederaan dialami oleh semua murid yang mengambil bahagian.Acara ini berakhir kira2 jam 8.50 pagi.Persiapan untuk acara akhir padang diteruskan dengan acara lompat tinggi L12 dan Lompat Jauh P12.Suasana begitu harmoni.Terima kasih cikgu Chan yang mengawal murid2 yang tidak ambil bahagian untuk dikawal pergerakan di bawah khemah.Guru-guru lain juga memberikan sokongan kepada peserta rumah sukan masing-masing.

Pelbagai gelagat dari peserta.Namun satu kelemahan yang nyata kepada atlit2 ni adalah tak ada daya ketahanan.Sikit sakit dah nak menangis.Orang jawa kata cengeng atau gembing.Orang melayu kata kememe.Baru jatuh sikit dah mulalah nak keluar air mata.Cikgu pula cepat2 pujuk takut2 melarat pulak anak orang nanti.Maklumlah zaman sekarang kalau tak hati2 kena saman pulak nanti.Tapi tak apalah ini semua cabaran.Kita kena kuatkan semangat anak2 murid kita supaya menjadi insan yang lasak berjiwa kental.

Murid pra sekolah pulak menjalani latihan sukaneka yang dikendalikan oleh guru dan PPMnya.Begitulah suasana di sekolah ini di mana hubungan mesra antara guru dan guru memberikan impak yang baik kepada semua murid.Menjadi contoh dan teladan kepada mereka bahawa guru-guru mereka merupakan insan yang mulia dan penuh bertanggungjawab.Inilah yang dikatakan sepakat membawa berkat.Sekian.

No comments:

Post a Comment