SELAMAT BERINFORMASI

Saturday, February 6, 2010

Mengimbau Kenangan Lalu

Teringat aku ketika mula-mula menjejaki maktab perguruan Temenggong Ibrahim, Johor Bahru. Aku hadir mendaftarkan diri bersama ibu dan ayahku dan seorang saudara sekampungku bernama Osman. Aku berpakaian kemeja hijau berlengan panjang dan berkopiah hijau. Aku menyewa sebuah kereta.Tiada seorang pun adik beradikku yang lain ikut.Aku tak nak menyusahkan mereka.Namun begitu aku bersyukur kerana ayahku ikut sekali bersama menghantarku ke sini.

Sebaik saja sampai aku teruslah menuju ke kaunter pendaftaran. Suasana ketika itu agak riuh juga apabila kedengaran suara menjerit memberikan arahan.Terkejut aku bila melihat pelatih-pelatih baru berpakaian kemeja putih,bertali leher,bersongkok hitam sedang berbaris.Terasa diri ku ini tak seperti mereka. Aku buat tak tahu ajelah.Aku terus bertanya salah seorang yang berada di kaunter pendaftaran.Di mana saya perlu mendaftarkan diri.Ke atas ke bawah pemuda itu melihat aku.Siapa yang hendak mendaftar? Sayalah.Dia mengarahkan aku ke meja pendaftaran yang ditunjukkan.

Setelah mendaftarkan diri, aku pun mengangkat segala beg pakaianku di kereta untuk dibawa ke asrama.Ibu dan ayahku bersama abang Osman pun pulanglah setelah bersalaman dengan aku. Beberapa pelatih yang lain bersama aku diarahkan ke Sick Bay kerana semua bilik di asrama telah dipenuhi.Ini disebabkan kami mendaftarkan diri lewat petang.Tapi kami semua berasa amat gembira sekali kerana tidak bersama dengan pelatih senior.Kalau tidak dah tentu kena buli punya.Kalau nak sembahyang kenalah pergi kat Dom di asrama.Beraturlah kami berjalan menuju ke asrama.Nak solat ke Sick Bay katanya tak berapa bersih.Malam tu kami tidur begitu lena sekali kerana tidak diganggu.Pelatih senior tak berani nak datang ke tempat kami kerana di kawal oleh warden.Kalau nak makan kami ke kantin asrama.Merasalah makanan nasi kawah.Selera tak selera bedal ajelah.

Selama seminggu kami mengikuti kursus orientasi.Dipaksanya kami berjoging tak pakai stokin.Punyalah sengal senior ni.Tapi aku mengelat juga.Pakailah stokin warna coklat diorang tak perasan.Ada seorang pelatih tu paksa aku pakai songkok.Aku buat tak tau aje.Aku tetap pakai kopiah hijau aku.Janggut aku pun tak cukur.Lebat juga tu macam janggut kambing. Agaknya diorang ni jeles agaknya sebab tak janggutkot.Ada juga pelatih senior depend aku bila aku mengadu tentang ugutan jangan pakai kopiah.Depa kata buat tak dengar aje.Bukan boleh buat apa-apa pun.Lebih2 kena marah aje.

Habis minggu orientasi,kami yang duduk kat sick bay di arahkan ke Dom asrama.Bilik semua penuh.Duduklah kami kat Dom beramai2.Cuma semalam aje.Lepas tu adalah kawan aku ajak duduk kat luar.Bilik Sewa katanya.Siapa budak Johor diorang ajaklah.Aku apa lagi besar tapak tangan nyiru aku tadahkan.Kami menyewa sebuah bilik di Larkin.Dalam bilik tu kami duduklah berlima.Bayarannya RM150 sebulan siap pakej makan minum,api dan air.Jadi tak perlu nak masak.Balik kuliah makanan dah disediakan.Cukup waktu solat aku ke masjid yang tak jauh dari rumah sewaku.Kami sebenarnya duduk bersama dengan keluarga tuan rumah.Kalau nak mandi kat bilik air kenalah tunggu.Tengok2 kalau ada orang.Tambahan pula dalam rumah tu ada lak anak dara.Takut aku dibuatnya.Maklumlah anak dara diorang ni jenis tak kesah,tak ada rasa segan silu.Suatu hari dia panggil aku.Dia panggil aku abang ustaz pulak tu.Ini kerana aku setiap kali aku solat aku ke masjid.Kawan2 yang lain tak gi sama.Diorang solat dalam bilik aje. Maklumlah diorang ni muda2 lagi.Walaupun aku pernah ajak diorang tapi apa nak buat diorang ni macam tu jugalah.Bukan senang ya nak ajak ke arah kebaikan.Tapi aku punya prinsip sendiri. Kita perlu istiqamah mudah2an Allah berikan petunjuk dan hidayah.

Di rumah sewa ni aku tak lama.Cukup 3 bulan kami cari rumah sewa yang lain.Alasan aku pada tuan rumah aku dapat tempat yang dekat dengan maktab.Senang nak pergi balik.Maklum kami tak ada kenderaan.Hanya jalan kaki aje.Tapi hati aku berat nak nyatakan aku tak sanggup melihat keluarga diorang ni.Aku tak sanggup memikul tanggungjawab memberi nasihat tentang beratnya dosa sekiranya tak solat.Aku dapati keluarga ni tak pentingkan agama.Segalanya lagha aje.Aku pun berpindahlah ke rumah yang lain.Tau tak kat mana.Hanya di sebelah atas rumah sewa lama aje.Lagi pun kalau nak ke masjid lagilah dekat.Kat rumah sewa baruni ada juga anak dara.Ada 2 orang lagi.Tapi mereka ada ibu dan ayah yang menjaga dengan baik tingkah laku anak mereka.Aku bertiga dalam satu bilik. Manakala dua bilik lagi dipenuhi juga dengan rakan yang lain.Pendek kata 3 bilik kami 9 orang dalam rumah tu.Banyak juga bilik yang dibuat tuan rumah tu semata-mata menambahkan pendapatan mereka.Bagus jugalah bagi peluang pelatih maktab duduk sementara.Bilik air ada dua pulak tu.Kenalah bergilir-gilir kalau nak guna bilik air.Time makan pula kalau sarapan disiapkan tuan rumah,makan tengah hari pulak selera juga kami makan.Begitu juga makan malam.Minum petang carilah sendiri ngeteh kat warung.Kalau malam kami jalan2 ke bandar cuci mata.Nak beli barang keperluan asignment kenalah ke Badan Book Store.Naiklah bas sambung2.

Nasib aku baik juga kerana kawan sebilik aku tu pelatih KPLI.Dia ni adalah motor kapcai.Dia selalu ajak aku bersama ke bandar.Wah tuah badan.Banyak pengalaman dia ni.Banyak perkara aku belajar darinya.Dia ngajar kat Felda di Pahang.Jerantut tempatnya.Sampai harini aku tak pernah tau kesahnya.Aku ni jenis malas nak ambik alamat kawan2.Masa tu tak ada handphone.Tu lah jadinya.Sekarang ni segalanya pun ada.Banyak kemudahan dah ada.

Masuk semester ke 3 aku pindah lagi.Kali ni ke Flet Larkin.Kami sewalah sebuah rumah bersama 5 orang rakan dari iaitu Zambrie dari Kedah,Wan Mustafa Kamal dari Kelantan,Rosli dan Azmi dari Terengganu.Aku aje dari Johor.Hanya Azmi aje yang dah kahwin.Kami berempat masih bujang lagi.Azmi ni selalu aje tak ada,maklumlah dia ada urusan tersendiri.Kami sama2 masak makan ikut stail masing2.Sedap tak sedap makan ajelah.Begitulah rutin kami seharian.Beli barang mentah pun kami kongsi.Ambil kat kedai runcit bayar bila dapat elaun.Bayar sewa pun kami kongsi.Beginilah kehidupan kami macam adik beradik.Berat sama dipikul,ringan sama dijinjing.Tiada perbalahan atau kecik hati.Kami dari kelas berlainan.Bila balik kuliah ada aje cerita yang menarik.Masa tu jugalah aku dapat beli sebuah motosikal.Duit simpanan ASB yang ada aku keluarkan RM1000 bayar duit muka.Duit elaun bulanan aku bayar bakinya RM100 selama 4 bulan.Harga motor RM1400 aje.Panjanglah sikit langkah aku untuk bergerak.Kalau balik ke Segamat ni lah motor yang aku gunakan.Nak gi kuliah ni lah motor yang aku gunakan.Pendek kata ligat jugalah aku bergerak.Kadang2 sampai juga ke Singapura aku gunakan motor ni.Wah dapat juga gi luar negeri.Seberang tambak aje.Itu pun beli buah epal sebab kat sana masa tu buah epal murah. Kalau beli baju tu kat JB aje.Sampai hari ni motor tu ada lagi kat rumah.Aku dah upgrade motor ni.Anak aku tak minat nak bawa motor.Bagus juga tu.Taklah diorang jadi mat rempit.Risau juga aku dibuatnya.Nak beli motor baru ralat pulak rasanya.Sebab motor ni kalau jalan pun kat labis aje.

Masuk semester 4 kawan aku Rosli ni buat cerita pasal kawan dalam kelas dia.Budaknya tak banyak cakap tapi baik orangnya. Aku tertarik dengan cerita dia ni.Aku kata kat dia kau bagi salamlah kat budak perempuan ni.Aku hanya main2 aje.Tapi dia buat betul2.Budak perempuan ni tanya sapa beri salam.Rosli ni jual mahal juga tak bagi tau siapa bagi salam.Suatu hari,Rosli beritahu budak perempuan kena marah kat pensyarah kerana waktu bentang kertas kerja dia tak dapat sampaikan dengan baik.Aku kesian mendengarnya.Simpati aku kat dia.Aku tulis satu nota pada kertas kecil dan aku suruh Rosli sampaikan padanya.Petangnya lepas kuliah Rosli beritahu dia dah serahkan nota aku tu.Katanya dia taklah berikan secara direct depan kawan2nya, nanti pecah rahsia.Tapi satu perkara yang menarik katanya dia kena marah pulak dengan budak perempuan tu.Aku nak tergelak jugak tapi kasian pulak aku kat si Rosli ni.Memang jujur dia bila memberikan pertolongan.Katanya,budak perempuan tu pesan tak payahlah nak sesuatu melalui perantaraan.Direct ajelah dan terus terang atau kirim surat bersetem.Wah memang berdegup juga jantung aku.Kalau direct aku ni tak biasa dengan perempuan.Fikir punya fikir tulislah surat alamat maktab tapi bersetem.Hantarlah kat pos.Nampaknya ada respon.Di balas surat dengan jawapan yang positif.Alangkah gembiranya rasa di hati apabila ada orang yang ingin dikasih dan dicintai.Tapi katanya cinta hanya untuk Allah.Itulah dia budak perempuan tu yang kini telah menjadi ibu kepada 5 orang anak aku.Dialah isteriku yang juga seorang cikgu.






No comments:

Post a Comment