Kenapa pakai tudung?Orang perempuan Melayu sejak dulu bila keluar rumah pakai selendang. Selendangnya pulak kainnya nipis.Bila tutup kepala nampak rambutnya.Bila berjalan2 selendang diletakkan dibahu.Kalau terserempak dengan orang barulah dinaikkan ke kepala.Itu pun nampak jambulnya.Yang pakai selendang ni pulak kebanyakannya anak dara atau remaja.Maksudnya yang belum kahwin lagi.
Untuk makcik2 pulak bila ke kebun tu,tutup kepala dengan kain batik yang dipanggil tengkolok. Kain batik ni dilipat dengan kemas dan nampaklah macam orang minangkabau pakai.Banyak pulak gunanya kain ni.Kalau kain yang dipakai tu basah,kain yang di kepala boleh digunakan.Jadi mereka pakai kain ni nak tutup kepala.Bila gi kerja kat kebun, selamatlah kepala mereka dari hujan dan panas.Kalau kena berak di burung tak lah terkena kat kepala.
Ada pulak yang pakai tudung tu bila ada kematian.Kalau tak pakai tudung nanti orang kata pulak tak hormati keluarga si mati.Dahlah tu mesti pakai baju kurung putih.Seolah-olah menjadi satu kemestian bila ada kematian baju kurung putih dan kain batik mesti pakai.Tutup kepala pula dengan kain selendang yang nipis.Begitulah adat melayu dari dulu,kini dan selamanya.
Kalau orang lelaki pulak bila ada kematian mesti pakai songkok atau kopiah.Sebab tulah kalau kita gi kampung2 kalau terlihat ramai orang lelaki pakai songkok atau kopiah mesti ada kematian atau majlis agama yang lain seperti maulud nabi atau majlis kahwin.Mereka mesti tutup kepala punya.Aku pun tak tahu kenapa jadi macam tu.Tapi bila ada majlis keramaian lain pulak jadinya.Mereka tukar trend.Tak pakai tutup kepala.Kalau ada yang pakai pun pakai topi.
Satu lagi bila ada mesyuarat atau aktiviti kemasyarakatan, mesti pakai tudung punya.Tambahan pulak kalau majlis tu dekat masjid.Nak hormati masjid.Nak jaga diri nanti orang kata tak ada kesusilaan langsung.Begitulah persepsi masyarakat melayu tentang pemakaian tudung sekitar sebelun tahun 1980an.
Menjelang tahun 1980 an ke atas,perubahan berlaku di sekitar dunia Islam.Berlakunya revolusi Islam di Iran menjadikan dunia Islam mulai bangkit.Walaupun kebanyakan penduduk Islam Iran bermazhab Syiah, namun semangat kebangkitan Islam mula menampakkan cahayanya.Kekalahan Raja Shah Iran dengan sokongan Amerika dan sekutunya membuatkan seluruh umat Islam bangkit membela agamanya.
Kini telah ramai orang perempuan memakai tudung.Kat kampung aku tu,berlaku di mana dua orang saudara aku yang baru balik dari UK.Pakaiannya pula mula berubah.Selalunya kalau orang balik luar negeri mesti pakai kot bertali leher lagi.Tapi saudara aku tu pakai kopiah,pakai jubah lagi.Dia telah berdakwah kepada adik2 perempuannya.Tup tup meletuplah satu kampung bila lihat adik2 perempuan dia semua pakai purdah.Purdah hitam lagi dan tutup muka.Kata orang kampung macam antu kumkum.Pelbagai reaksi dan persepsi dari orang kampung terhadap perubahan yang mendadak sekali dari keluarga saudara ku itu.Aku pun pelik juga macam mana jadi macam tu.Aku tak berani nak beri pendapat.Maklum ilmu agama tak setinggi mana.Ibu bapa mereka pun menjadi resah dan risau.Bila tanya pak saudara dia yang juga imam, katanya biarlah dan baguslah.Semua terdiam.Aku juga cuba mencari jawapannya.
Bermulalah ramai murid2 perempuan terutama di sekolah rendah,menengah dan universiti mula memakai tudung.Tudung pulak telah diwajibkan sebagai uniform sekolah.Warna putih lagi. Kalau sekolah rendah ada yang berwarna biru,hijau dan merah.Semuanya ikut keperluan bagi setiap unit seperti unit pengawas,pengawas pusat sumber dan sebagainya.Tapi kebanyakan murid bertudung putih.Satu perkara yang jadi masalah kepada murid perempuan.Kalau nak bersukan atau pendidikan jasmani,timbul masalah lain.Tak kan nak bersukan pakai tudung pulak.Ada yang pakai tapi kurang selesa bila dilihat.Kalau bermain bola jaring atau apa saje permainan sudah tentu ianya menjejaskan permainan tersebut.
Pakai tudung ni kerana diwajibkan di sekolah.Bila waktu balik ke luar saja pagar sekolah,tudung dah ditanggalkan.Naik saje kenderaan kepala dah togel.Begitu lah trendnya.Kalau ibu bapa yang jenis tak pakai tudung berlakulah fenomena begini.Tapi ibu yang sentiasa bertudung akan mempastikan anaknya sentiasa memakai tudung bila keluar dari rumah.Mereka pasti mendidik anak mereka mengapa perlu memakai tudung atau tutup aurat.Kalau hanya tutup kepala saje dengan tudung,tapi bahagian lain tak ditutup apalah gunanya pakai tudung.Ramai remaja perempuan yang pakai tudung,berfesyen ikut bentuk kepala lagi.Tapi pakai t-shirt ketat, berlengan pendek dan singkat.Bila bongkok nampak alur dan kelihatan seksi.Apakah cukup hanya bertudung tapi bahagian lain terdedah.Inilah yang dikatakan bertudung tapi telanjang. Inilah masalahnya bila menjadikan pemakaian tudung sebagai satu trend atau fesyen.
Siapa lah nak perbetulkan keadaan sedemikian.Apakah perlu ada polis syariah nak tangkap gadis2 yang berpakaian sedemikian macam polis di Aceh? Beginilah keadaannya jika perkara begini tak diambil berat.Kalau nak harapkan pemimpin kita jauh panggang dari api.Isteri2 pemimpin kita tu pun lebih teruk lagi.Nak harap kan ustaz atau ustazah pun tak boleh jugak. Yang perlu diubah adalah sistem pendidikan kita.Ubah kepimpinan kita.Ubah perlembagaan negara kita.Kembali kepada Al Quran dan Hadis.Ikut sunnah nabi.Fikir2kanlah.

No comments:
Post a Comment