10 Februari 2010 berlangsungnya program Aku Janji UPSR 2010.Majlis bermula jam 11.30 pagi di dewan SK LKTP Redong.Majlis dilancarkan oleh Tuan Pengurus Felda Redong En.Ali Bin Osman.
Sebelum majlis bermula sebelah paginya semua murid tahun 5 dan 6 membantu guru-guru mengemas dewan.Sebanyak 53 meja dan 106 kerusi untuk calon dan ibu bapa calon disediakan. Segala peralatan pembesar suara disediakan.Meja besar di hadapan dihias dan diletakkan kerusi untuk guru-guru tahun bersama pengurus dan guru besar.
Jam 11.00 pagi para ibu bapa mula hadir.Setiap orang perlu mendaftarkan diri sebagai tanda hadir dalam majlis yang diadakan.Alhamdulillah 95% hadir kecuali 3 calon tanpa kehadiran ibu atau bapa. Guru Besar menyampaikan ucapan dan taklimat kepada yang hadir tentang tujuan majlis diadakan.Beliau juga memaklumkan tentang pembayaran kelas malam.Walaupun mendapat bantuan STF namun hanya 25 murid sahaja yang layak. Justeru, atas keprihatinan pihak guru semua murid perlu menerima khidmat tusyen ini.Jadi setiap murid perlu membayar sebanyak RM20 setiap bulan.Nampaknya ibu bapa memberikan persetujuan dan proses pembayaran bolehlah dilakukan dengan cara potongan meja, manakala yang tak berkaitan bolehlah membayar secara manual kepada Cikgu Nazli.
Dalam ucapan En.Ali pula beliau menyeru kepada semua ibu bapa agar memberikan sepenuhnya kerjasama kepada pihak sekolah walau apa jua program yang dijalankan.Beliau begitu bersemangat sekali kerana pencapaian 2009 begitu memberangsangkan.Katanya sekiranya anak2 warga Felda Redong tak berjaya,beliau turut menerima tempiasnya kerana dimarahi oleh pihak atasan.
Majlis hari ini dimulakan dengan semua murid masuk ke dewan dan duduk bersama ibu bapa masing-masing.Murid yang tak ada ibu bapa kerana tak hadir duduk di hadapan pengurus. Majlis bermula dengan menyerahkan surat aku janji kepada semua calon seorang demi seorang. Begitu juga surat aku janji guru diserahkan kepada semua guru mata pelajaran. Aku janji murid aku yang siapkan dengan data markah ETR sebagaimana headcount yang telah dibuat oleh guru mata pelajaran.Ibu bapa dan calon menyemak dan melihat surat aku janji dan menandatanganinya bersama.
Selepas itu,Cikgu Shamsul mengetuai lapaz ikrar guru dan kemudian Nurul Farahizzati mengetuai membaca ikrar murid.Surat Aku Janji guru diserahkan kepada guru besar.Ketua kelas pula memungut helaian surat dan menyerahkannya kepada guru besar.Begitulah perjalanan majlis pada hari itu.
Ini adalah pengalaman pertama aku menjalankan proses aku janji. Walaupun aku telah mengajar tahun 6 hampir 10 tahun namun perjalanan majlis tak lah seperti yang aku fikirkan.Terutamanya tentang surat aku janji.Sebelum ini aku lihat hanya borang atau surat aku janji kosong diserahkan kepada murid.Aku lihat murid2 terkial-kial nak tulis aku janji.Nak letakkan markah dan gred pun main agak2 aje.Begitu juga surat aku janji guru.Main tulis aje nak jaga hati guru besar konon.Kalau tulis lebih sikit takut tak capai target.Inilah yang dikatakan tak faham tentang headcount.
Apabila aku ke sekolah ini barulah aku faham tentang cara membuat headcount.Nak letakkan sasaran untuk murid dan isi dalam surat aku janji perlukan keyakinan.Apabila aku diarahkan untuk siapkan surat aku janji barulah aku faham cara nak isi data markah murid dan guru. Setiap guru mata pelajaran perlu menyediakan TOV dulu iaitu markah akhir tahun bagi murid ini.Kemudian,kita kena letakkan nilai tambah untuk mengetahui ETR yang perlu dicapai oleh murid kita.Di sinilah peranan guru mata pelajaran dalam menentukan nilai tambah murid yang disasarkan.
Kalau murid yang dapat gred E kita kenalah sasarkan ke gred D atau terus ke C. Yang gred C kita sasarkan ke gred B.Yang gred B kita sasarkan ke gred A.Justeru, dari sinilah kita akan dapat cari murid yang hendak kita sasarkan.Kalau yang dapat gred D tu, dan kita sasarkan ke gred C atau gred B, kita perlulah berusaha mengadakan program untuk murid itu. Kita ajarlah mereka mengikut kemampuan dan tahap sedia ada.Di sinilah kita perlukan program klinik untuk mengatasi mana yang lemah dan bahagian yang lemah itulah yang perlu kita atasinya.Begitulah yang seterusnya.
Kita guru-guru janganlah takut atau bimbang sekiranya kita gagal.Yang penting kita kena berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai sasaran kita.Kita kena proaktif dan kreatif dalam mendidik anak murid kita.Kita jangan takut untuk dimarahi sekiranya kita tak berjaya mencapai sasaran.Ramai kalangan guru begitu prejudis tentang headcount.Saya dulu pun sama gak.Main hentam aje tulis markah dan sasaran. Kalau guru besar nak marah marahlah.Tapi kalau kita dah faham kaedahnya, kita akan rasa seronok pula.Oleh itu kawan2 kalau ada masalah tentang headcount bolehlah kita sama2 buat.Tambahan pula aku ditugaskan untuk memantau headcount murid tahun 2,3 dan 4.Insya Allah semoga kita berjaya.

No comments:
Post a Comment