Kali ini aku ingin menceritakan pengalamanku ketika saat menerima tawaran menunaikan fardhu haji.Memang telah menjadi niat dalam hati agar dapat menunaikan ibadah ini sejak bermulanya aku mendapat kerja.Aku membuka akaun tabung haji sebaik saja aku bertugas sebagai guru.Aku memulakan dengan membuat potongan gaji bulanan.Setiap bulan aku potong sebanyak RM50 sahaja.Maklumlah gaji aku waktu permulaan bekerja lebih kurang RM500.Maklumlah gaji skim SPM.Itu pun bermula pada tahun 1989.Setiap tahun aku tambahlah sikit potongan ikutlah kenaikan gaji tahunan.Potongan pulak tu diikuti dengan potongan untuk tabungan anak sulungku.
Lama kelamaan banyak juga simpanan dalam tabung hajiku.Pernah juga aku keluarkan untuk bantu adikku belajar.Tapi aku tak kisahlah.Dia nak sambung belajar kat U.Aku pun tak minta gantipun.Itu pun permintaan emakku.Sebab ayahku telah lama pergi ke alam barzakh.Adik beradik yang lain pun walau telah bekerja ada tanggungjawab pada keluarga masing-masing. Lagipun aku masa tu tak ada keperluan lain.
Pada masa tu Pejabat Tabung Haji hanya kat Segamat.Kat Labis belum ada lagi.Jadi sukarlah aku nak berurusan selalu.Hinggalah bila Pejabat Tabung Haji ada kat Labis,barulah aku dan isteri sentiasa berurusan kerana setiap kali selepas hari raya banyaklah wang yang diterima oleh anak2 ku.Jadi wangnya perlulah disimpan ke tabung haji.Suatu hari ketika aku sedang berurusan, seorang daripada pegawai tabung haji mencadangkan agar aku mendaftarkan diri untuk menunaikan haji.Katanya daftar dulu hanya RM1300 sahaja seorang.Wang tabungan itu dimasukkan untuk pendaftaran.Aku bersama isteri pun bersetuju dengan cadangan tersebut dan kami pun mendaftarlah.Jangkaan pergi haji sekitar 2009 dan 2010 katanya.Ketika mendaftar tu tahun 2000.
Tahun demi tahun berlalu,hinggalah pada tahun 2004 kami menerima tawaran untuk kursus haji.Aku rasa berat pada masa tu kerana anak2 masih kecil.Jika gi kursus sapalak nak jaga anak yang masih kecil.Yang kecil tu baru 4 tahun.Tahun 2007 kami sekali lagi menerima tawaran kursus haji.Aku pergi ke Pejabat Tabung Haji untuk menyemak tarikh pendaftaran dan jangkaan untuk pergi tunai haji.Alangkah terkejut kami bila pengurus tu beritahu kami dijangka pergi pada tahun 2008.Justeru,setiap hari Ahad,kami pergilah berkursus kat masjid Labis. Kali pertama tu tak berapa fahamlah apa yang ustaz cakap pasal haji ni.Sebabnya kita tak tahu keadaan kat sana.Macam2lah ustaz cakap nak jaga diri,kesihatan,pergaulan dan ilmu tentang haji ni.Aku baca jugak buku tentang haji, fahamlah sikit2.Mana doa2 tu cubalah dihafalkan.Kadang-kadang diskus juga dengan isteri.Kot2 kalau ada yang tak faham.Kena juga tanya orang yang dah pernah pergi tunai haji. Ada juga kawan2 yang dah pergi tu cakap sekarang ni taklah susah sangat macam orang dulu2 pergi.Segala kemudahan telah disediakan. Kalau boleh bawa pakaian satu beg pun cukup.Kat sana macam2 pakaian boleh beli.Bawa duit ajelah.Pasal makan semua ada.Kata mereka.Aku hanya berdoa dan berserah kepada Allah kerana niatku satu hanya mencari keredhaan Allah.
Tahun 2008 kami berkursus kali kedua.Berkat doa dan niat yang baik, Allah permudahkan kefahamanku.Masuk bulan Februari kami menerima tawaran menunaikan fardhu haji.Maha Besar Allah.Kursus kali kedua ni membawa kami terus untuk pergi ke tanah suci Mekah. Aku memaklumkan perkara ini kepada adik beradikku.Mereka turut gembira dan memberikan galakan dan semangat kepada kami.Dalam pada itu terfikir juga antara kami mana nak hantar anak kami.Akmal baru habis SPM dan menunggu tawaran ke IPT.Nabilah masih Tkt. 5 ,Saiful pula kat MRSM tkt 3.Siti Sarah pula baru darjah 6,A dik baru darjah 3.Namun,Allah permudahkan kami.Abang Majid sedia menjaga anak kami.Bukan lama sangat katanya.Lagi pun dia dah pernah pergi haji.Banyak juga pengalamannya tentang haji.Maklumlah dia cikgu sekolah agama,guru besar lagi.Satu lagi berita kami terima abang Mad dan Kak Ina juga dapat tawaran pergi haji. Wah aku dan abang ku dapat gi sama tunai haji tahun ni.Mudah2an kami dapat berjumpa ketika di tanah suci nanti.
Sebelum tu, kami membeli peralatan dan barang keperluan untuk berangkat ke tanah suci. Nak kata lengkap tu taklah.Cukup sekadar keperluan.Lagi pun kami ni taklah cerewet sangat. Memang jadi prinsip kami tak nak menyusahkan diri dan orang lain.Aku mengambil keputusan untuk bertolak sendiri ke JB dan bermalam di rumah adik ku di Pulai Jaya.Aku tak nak di saat aku nak bertolak ramai orang datang ke rumah kami nak ucap selamat pergi dan balik.Pada aku itu semua hanya adat saja.Kami pun tak adalah buat khenduri sempena nak tunai haji. Kami hanya buat sedikit jamuan bersama murid tahun 6 kat sekolah.Jemputlah semua rakan guru makan dan minum di samping meraikan majlis perpisahan murid tahun 6.
Memamg kalut juga kami di saat itu.Bayangkanlah sebelum hari penerbangan keputusan UPSR diumumkan.Kami dah ambil cuti awal iaitu 2 hari sebelum berangkat.Hari keputusan UPSR diumumkan kami ke sekolah nak tengok keputusan UPSR anak kami Siti Sarah.Nak tengok secara rasmi.Tapi sebelum tu kami dah tahu keputusannya.Maklumlah ada anak saudara kat JPN.Alangkah bersyukurnya kerana anak kami dapat 5A.Ramai rakan2 ucapkan tahniah.Tapi yg sedih dan kecewa guru besarnya kerana hanya 1 orang je dapat 5A.Murid yg jadi harapannya tak dapat 5A.Aku tak tahu apa yg tersirat dalam hatinya terhadap kami.Aku maklum akan perangai guru besarni.Kat depan kata A tapi kat belakang lain pula cakapnya.Itu urusan dia, aku bersangka baik ajelah.Mungkin dia kecewa kerana aku yang ajar BM tapi tak capai sasaran.Aku berserah pada Allah sahaja.Matlamat aku nak gi haji.Petangnya, aku ke pejabat MARA nak ambil borang MRSM.Balik rumah isilah borang dan photostat mana2 keperluan.Bila dah siap pesan kat anak minta tolong Pak Itam Majid poskan.
Menjelang jam 6.30 petang kami berkemas untuk bertolak ke JB.Kami bertolak anak beranak aje.Tak ada rakan tak ada jiran yang mengiringi pemergian kami.Aku berdoa dan berserah pada Allah agar perjalanan kami selamat.Kami sampai kat hentian Macap dan bersolat Maghrib kat situ dan seterusnya makan malam.Kemudian kami terus bertolak ke Taman Pulai Jaya rumah adikku yang tinggal kat situ.Aku dah janji dengan dia untuk bermalam kat rumahnya dan hantar kami ke airport keesokan harinya. Malamnya kakak iparku tiba bersama mak mertua kerana nak ucapkan selamat berangkat ke tanah suci.Keesokannya hari Jumaat. Kami ambil keputusan untuk bertolak ke airport selepas solat Jumaat.Kami singgah kat masjid Senai dan solat Jumaat kat situ. Semasa di situ ramai juga aku jumpa kawan2 Felda Maokil yang menghantar rakan mereka ke airport.Antara jemaah haji dari Felda Maokil adalah Imam Hamim dan isteri , Bilal Semawi, Wak Jalal dan isteri.Tak lupa juga Wak Jais dan isteri.
Kami memanglah berasa amat bersyukur kerana ramai yang pergi haji bersama kami terdiri daripada rakan2 yang berkursus haji dengan kami.Banyak yang kami kenal.Jadi tak adalah masalah antara kami.Kami tiba di airport Senai jam 2.30 petang.Abang Majid bawa aku untuk daftar dan ambil keperluan yang disediakan oleh pihak tabung haji.Kami diberikan sebuah beg kecil untuk diletakkan passport.Keperluan lain berupa pemberian syarikat telekom berupa pakej ubatan dan makanan kering.Abang ku kata tak perlu masuk awal sangat kalau dah masuk tak boleh keluar lagi.Kami berbual2lah bersama adik beradik dan anak2.Ramai orang yang datang kerana menghantar jemaah haji.Baginilah suasananya.Kalau dulu aku pernah menghantar emak dan ayah,kemudian abang2ku dan kakakku,kali ini aku pulak dihantar.Abang Mad dah berangkat dulu.Aku pun tak sempat nak hantar dia kerana aku juga sibuk dengan urusan diri dan keluarga.Tapi sebelum dia bertolak aku gi jugak lah rumah dia.Masa tu dia pun sibuk mengemas beg2 untuk dibawa.Kami berharap dapat bertemu ketika berada di sana nanti.
Saat aku berada di terminal menunggu,pihak tabung haji membenarkan kami untuk mengisi perut sebelum terbang.Aku terkial2 juga kerana aku tak ada wang RM semua dalam saku yang ada wang RS(Riyal Saudi). Aku pinjamlah kat Bilal Semawi RM10 nak beli roti sandwic dengan air mineral.Kat terminal tu mahallah harga makanannya.Habis nak wat macam mana perut dah lapar beli ajelah.Dalam pada tu aku tanya kat Imam Hamim kalau dia ada wang RM nak juga pinjam.Dia berikan aku RM50.Aku janji kat Mekah nanti aku pulangkan.Aku ajak isteri makan sama sementara menunggu untuk masuk kapal terbang.Menjelang Maghrib kami pun diarahkan masuk ke dalam kapal terbang.Kami tak solat Maghrib kat situ,kata pegawai tabung haji kita solat jamak dan dilakukan ketika sampai di airport Jedah.Alangkah terujanya kami kerana inilah pertama kali menaiki kapal terbang.Begitulah kisahnya di saat kami berangkat ke tanah suci Mekah.Di lain masa aku akan tuliskan saat ketika tiba di airport Jedah dan perjalanan kami di Tanah Suci Mekah dan Madinah.

No comments:
Post a Comment