Pepatah mengatakan bahawa "ikutlah resmi padi,semakin berisi semakin tunduk," Maksudnya semakin bertambah ilmu yang kita ada,janganlah kita menjadi sombong,ego atau berlagak dah pandai.Kita perlu bersyukur kerana Allah memberikan kita nikmat dengan ilmu yang kita telah perolehi.Ramai orang yang semakin bertambah ilmu menjadi semakin sombong.Tambahan pula bila memperoleh ilmu dunia.Mereka begitu angkuh dengan kejayaan yang mereka peroleh.
Hal ini demikian, kerana ada di kalangan rakan guru yang telah mencapai kejayaan dalam pelajaran hingga ke peringkat ijazah mulalah merasakan diri mereka telah besar kepala.Mereka tak ingin lakukan kerja2 yang diarahkan.Ada yang sanggup melawan ketua demi menjaga status mereka. Ada yang memperlekehkan ketua kerana mereka lebih bijak dan gred mereka lebih tinggi daripada ketua mereka.Begitulah sikap manusia yang alpa dan angkuh.
Sepatutnya apabila kita telah memperoleh ilmu yang tinggi,kita kenalah bantu mereka yang lain. Kita perlu menjadi pemudah cara dan memberikan pandangan atau cadangan untuk menjadikan kerja-kerja kita dilakukan dengan lebih profesional dan bersistematik.Kemudahan ICT yang ada kita pertingkatkan penggunaannya dalam perkhidmatan dan tugasan harian kita.
Justeru,setinggi mana ilmu yang kita ada tak sama dengan orang yang mempunyai pengalaman. Sesungguhnya pengalaman hidup itu lebih berharga kerana ianya tidak boleh dipelajari secara formal.Kita akan dapat banyak pengalaman sekiranya kita menyelami hidup dengan penuh keyakinan.

No comments:
Post a Comment