Orang Melayu pada asalnya tidak mempunyai kepercayaan yang khusus.Kebanyakan mereka berpegang kepada kepercayaan yang diamalkan oleh nenek moyang mereka.Mereka jahil dalam beragama.Ada yang percaya kepada perkara yang karut atau khurafat.Kepercayaan animisme telah menjadi darah daging di kalangan orang-orang Melayu.Hinggalah datangnya agama Hindu dan Budha ke nusantara ini yang dibawa oleh pedagang Hindu dan Budha mempengaruhi kepercayaan orang Melayu.
Orang Melayu mempunyai tabiat tak suka menderhaka.Seperti mana yang dikatakan dalam pepatah,"Pantang Melayu Menderhaka".Terutama kepada yang berkuasa iaitu sultan atau raja. Orang Melayu begitu setia dengan raja mereka.Walaupun raja mereka melakukan kezaliman atau melakukan penindasan, namun orang Melayu begitu redha dengan apa yang dilakukan oleh pemerintah.Mereka anggap raja itu adalah wakil tuhan,yang ditugaskan melindungi dan menjaga kepentingan orang Melayu.
Selain kepercayaan yang turun temurun dari satu generasi ke satu generasi,adat istiadat juga begitu berpengaruh dalam masyarakat orang Melayu.Kebanyakan adat-adat ini diwarisi dari kepercayaan animisma,hindu dan budha.Adat-adat ini telah menjadi sebati dalam jiwa orang Melayu walaupun mereka telah memeluk agama Islam.Para Ulama takut nak menegur atau memberikan penjelasan tentang adat istiadat yang jauh bertentangan dengan syariat Agama Islam.Mereka takut orang Melayu ni menentang usaha mereka menyampaikan dakwah.Mereka takut orang Melayu ni murtad.Sebab itulah banyak adat2 ni masih kekal.
Antara adat yang masih lagi diamalkan orang Melayu adalah majlis nikah kahwin,khenduri aruah ,mandi lenggang perut,potong jambul dan banyak lagilah.Kita lihat majlis nikah kahwin, kebanyakan orang Melayu masih mengamalkan adat bersanding.Bukan tak boleh bersanding tapi biarlah di hadapan muhrim atau kaum keluarga terdekat.Biarlah majlis yang diadakan secara sederhana.Dalam syariat Islam tak pun disuruh bersanding.
Kalau majlis jamuan tu adalah dengan tujuan nak beritahu orang ramai bahawa pasangan pengantin telah disatukan melalui pernikahan yang sah.Ada juga majlis berinai.Ni lagi haru.Pengantin disapukan dengan inai dan direnjis dengan air beras.Cubalah fikir apalah manfaatnya.Tambahan pula kalau pengantin perempuannya berpakaian yang tak mengikut syariat iaitu menutup aurat bagi perempuan. Konon nak ikut ala baratla atau nak ikut peredaran semasa.Nak glamour mesti buat besar-besaran.Katanya bersanding hanya sekali seumur hidup.Jadi raja sehari.Orang kalau jadi raja mesti berkuasa untuk memerintah.Ini tidak jadi raja kena ikut kata mak andam atau orang lain. Orang suruh senyum, maka senyumlah pengantin.Bila suruh pimpin,suruh duduk,suruh jalan, semuanya kena ikut arahan.Apalah faedahnya kita jadi raja ketika itu.
Kalau pengantin perempuan pulak,kenalah bersolek sejak dari pagi lagi.Bila masuk waktu solat Zohor mak andam kata tak payahlah solat nanti solekan tu rosak.Nak kena solek nanti makan masa pulak.Apalah mak andam macam ni.Agaknya tak sekolah agama agaknya.Inilah kalau kita kat Johor begitu bangga kerana ada sekolah agama.Tapi muridnya sampai darjah khas pun syariat banyak yang dilanggar.Ustaz dan Ustazah pun kahwin macam tu juga.Tak berani nak perbetulkan adat yang salah tu.Konon nak jaga hati emak bapak dia.Yalah emak dan ayah kita pun manusia juga.Kita perlu berikan nasihat dan pandangan kepada mereka agar mereka tak lah teruja sangat nak ikut adat resam tu.
Sekarang ni nikah kebanyakannya dilakukan di masjid.Kalau pengantin perempuan tak pernah pakai tudung maka kenalah pakai nak jaga adab kat masjid.Di sinilah datangnya niat yang tak berapa betul.Itu baru sedikit.Kalau yang perempuan tu uzur,dan tak ada ilmu pulak tu,masuk masjid nak nikah siapalah nak bertanggungjawab.Kan orang yang uzur tak boleh masuk masjid, haram hukumnya.
Selain adat perkahwinan,majlis khenduri juga bercampur dengan adat yang menyalahi syariat. Antaranya khenduri selepas kematian.Inilah dikatakan khenduri aruah.Selepas kematian, dikiralah dari malam pertama,malam ketiga,dan seterusnya.Ada juga adat membaca Quran kat kuburan.Ada juga adat berjalan di bawah keranda si mati yang dilakukan oleh anak2 kononnya supaya anak2 tak merindukan si mati.Ikut syariat bila berlaku kematian hendaklah disegerakan pengkebumiannya.Tak perlu tunggu hingga berlarutan atau melangkau hari.
Ada juga adat apabila anak nak bersunat perlu diadakan khenduri doa selamat.Ini semua hanya amalan tradisi orang Melayu.Kalau nak selamat tak perlu panggil orang lain nak doakan.Kita sebagai ibu bapa perlu bermunajat kepada Allah untuk keselamatan anak2 kita.Perbanyakkan amalan malam dan solat sunat hajat.Kita kena ingat bahawa "peliharalah diri dan ahli keluarga daripada api neraka,sesungguhnya api neraka itu azab yang amat pedih.
Begitu juga bila nak naik haji.Perlu buat khenduri nak beritahu orang ramai tentang pemergian mereka dan minta didoakan supaya selamat pergi dan balik.Ini semua merupakan adat tradisi yang diamalkan oleh orang Melayu.Aku dulu tak buat pun khenduri ni bila nak naik haji.Tapi kakak dan abang2 ku buat.Aku pun tak faham kerana khenduri ni bukannya rukun haji tak wajib pun.Apa yang penting kita kena perbanyakkan solat taubat,solat hajat dan bermunajat kepada Allah agar kita diberikan kemudahan dalam perjalanan semasa menunaikan ibadah haji,diberikan kesihatan yang baik,diberikan kekuatan fizikal dan mental.Kan ustaz dah jelaskan dalam kursus haji yang disampaikan.Tapi itulah mental orang Melayu,takut diperkatakan oleh orang lain.Jadi buat khenduri tu bukan ikhlas tapi nak tunjuk2 pada orang lain agar bila balik haji nanti dapat gelaran haji atau hajah.
Kita juga diperingat dalam sebuah hadis yang bermaksud,"Apabila matinya anak Adam,maka yang dibawanya hanya 3 perkara iaitu amal jariah,ilmu yang bermanfaat dan anak yang soleh yang mendoakan kedua ibu bapanya."Sesungguhnya banyak perkara kita perlu fikirkan.Kita dikurniakan akal oleh Allah untuk berfikir.Insaflah diri dan berusahalah untuk bermuhasabah diri.

No comments:
Post a Comment