Aku ingin meluahkan rasa hati yang telah lama terpendam.Luahan hati ini bukanlah nak berdendam.Hanya nak jadikan ianya satu peringatan pada diriku agar sentiasa redha akan ketentuan Allah.Mungkin ini sudah menjadi suratan takdir.Tak semua manusia itu mempunyai sifat yang sempurna dalam kehidupan mereka.Hanya yang berilmu,beriman dan beramal soleh yang akan memahami akan perasaan orang lain.
Awal tahun yang lalu sekolahku telah mengadakan jamuan perpisahan tiga rakan kerana bertukar sekolah.Mereka diraikan dengan penuh mesra.Kehadiran mereka bertiga menyerikan suasana. Aku teringat akan peristiwa yang sama ketika aku diraikan dalam majlis yang serupa.Ketika aku sampai ke sekolah lamaku tiada seorang pun rakan yang datang menyambutku.Setakat bersalaman dengan pekerja kantin dan aku terus berlalu ke bilik guru tempat lama aku kerana nak ambil sedikit bahan yang aku tinggalkan.Rakan2 yang lain sedang bermesyuarat kat bilik gerakan.
Aku terus berjumpa dengan seorang kawan lama kat bilik kaunseling.Dia tak pergi mesyuarat kerana sibuk mengemas biliknya. Aku pun tak faham dengan dia ni.Boleh tahan juga keras kepala dia.Bila aku tanya bila majlis nak bermula dia hanya kata aku pun tak tahu.Patutnya ikutlah seperti dalam agenda yang telah dibincangkan.Tapi guru besar nak terus lanjutkan mesyuarat.Aku begitu geram melihat keadaan seperti ini.Aku berkira2 nak balik aje,tapi mengenangkan isteriku ada dalam mesyuarat tersebut tak sampai hati pulak nak buat hal.Aku sabarkan aje hati ini.Nak buat macam mana.Mentang2 lah dia guru besar ikut suka dia aje.
Majlis agak begitu lewat,ramai rakan2 memang telah kebuluran.Bila pengerusi bilik guru umumkan untuk makan maka semua yang ada macam lembu lapar berkerumun ke arah hidangan yang ada.Aku hanya perhatikan aje.Nak buat macam mana keadaan macam tak terkawal.Seolah2 majlis itu bukan meraikan majlis perpisahan aku.Kalau ikut kebiasaannya tamu yang diraikan disediakan meja jamuan khas tapi apa nak buat giliran aku punya majlis macam ni punya keadaan.Isteriku memerhatikan aku aje.Dia mengambil sepinggan nasi dan lauk lalu memberikan kepada aku untuk makan.Memang aku lapar tapi disebabkan hati telah tersentuh dengan keadaan sedemikian seleranya menjadi kurang.Dalam hati hanya berkata, Ya Allah jadikan aku orang yang sabar.
Selepas makan masing2 carilah tempat duduk masing2.Aku dipersilakan berucap.Kalau ikut hati nak juga lepaskan perasaan geram pada majlis ucapan tersebut.Tapi mengenangkan bukan rakan2 yang bersalah mewujudkan situasi sedemikian maka aku berceritalah tentang pengalaman aku ketika menunaikan haji.Aku menyeru rakan2 supaya pergi haji ketika muda kerana seronoknya tak terkira.Begitulah apa yang aku ucapkan.Aku cabar pada rakan2 sewaktu aku mula kat sekolah ni, 1 orang berjaya mencapai 4 A dalam UPSR (1989) masa tu hanya 4 A saja UPSR.Seterusnya keputusan UPSR meningkat sedikit demi sedikit.Dan di saat akhir aku meninggalkan sekolah juga 1 orang yang dapat 5A dalam UPSR.Aku tak mahu tahun berikutnya menjadi kosong.
Inilah luahan rasa hati aku betapa perkhidmatanku selama 20 tahun di sekolah ini tak dipedulikan oleh pihak pentadbiran.Tapi ada cikgu yang baru berkhidmat setahun pun diraikan dengan meriah sekali.Kalau ada cenderahati pun hanya rakan2 bilik guru sahaja yang hadiahkan.Pihak pentadbiran terutama guru besarnya macam kayu tak ada perasaan langsung.Semasa rakan di sekolah baruku hadir dalam majlis seperti ini aku lihat bukan sahaja hadiah dari Kelab Bilik Guru, hadiah dari pentadbiran pun ada.Ada pula ekstra lagi dari rakan2 lama.Begitu akrabnya persahabatan antara mereka.Tapi aku beginilah.Nak buat macam mana.
Aku tak menyalahkan rakan sekolah lama.Mungkin pengerusi dan jawatankuasanya yang jenis tak proaktif hanya angguk aje apa kata guru besar.Tak berani nak buat perubahan.Atau guru besar jenis mangkuk hayun ni mesti ikut kata dia.Kalau tak ikut kata dia markah prestasi akan dipotong.Kalau tak datang khenduri rumah dia pun markah akan dipotong.Jadi ramailah guru2 kat sekolah lama aku ni jenis angguk bila depan bos dan geleng bila belakang bos.Mereka akan gembira bila bos tak ada kat sekolah.Macam tikus bermaharajalela bila kucing besar tak ada.Tapi dalam pada tu ada juga spy yang menyampaikan maklumat pada bos.Sampai bilalah bos jenis ni nak pergi.Kata nak ke PPD.Cakap berdegar2 beritahu orang kampung dia akan dinaikkan ke PPD ke Jabatan ke.Tapi hampeh.Duduk lah kau kat situ sampai pencen.Entah2 cikgu2 yang anti engkau pun tak datang dalam majlis pencen kau nanti.
Isteriku masih lagi stay kat sekolah tu.Dia begitu resah dan gelisah bila dalam majlis taklimat guru besar selalu menyindir ucapan aku tempoh hari.Aku menyabarkan isteriku.Aku akan berusaha untuk mengeluarkan dia dari sekolah itu.Kebetulan suatu hari aku ke PPD dan terjumpalah seorang pegawai yang juga bekas guru besar lama aku. Aku meminta tolong daripadanya untuk mengeluarkan isteriku ke sekolah yang berdekatan dengan rumah aku.Beliau memahami keadaan aku dan berjanji akan dipertimbangkan.
Selang seminggu lepas itu,beliau menelefon aku dan memberikan lampu hijau tentang pertukaran isteriku.Akhirnya isteriku dapat juga keluar dari sekolah tersebut dan bersyukur kerana sekolah itu tak lah jauh dari rumah ku.Hanya sekitar 2 km sahaja.Legalah aku dan bila isteri dapat bertukar sekolah.Kalau tidak hari2 aku terpaksa mendengar luahan hatinya yang tak tenteram dengan suasana di sekolah itu yang bukan sahaja guru besarnya yang ego dan sombong,tapi ada juga jenis rakan2 yang bermulut laser.Kejap tanya bila engkau nak pindah,Kau nak pindah,pindahlah cepat.Beginilah rakan yang bila memerlukan merayu2 minta tolong,bila dah senang segalanya hampeh.Dunia,dunia,kalau dikejar ianya semakin jauh.Tapi ingat kalau kita kejar akhirat nescaya Allah selalu disamping kita.