Hari Sabtu 25 Februari unit HEM bersama unit Kokurikulum mengadakan aktiviti.Unit HEM adakan Kursus Kepimpinan Pengawas Sekolah dan Pusat Sumber.Unit Kokurikulum pula adakan aktiviti kokurikulum bagi murid yang bukan pengawas.Anakku Hadi juga terlibat.Dia pengawas pusat sumber,pustakawanlah katakan. Aku ke bilikku menyiapkan apa yang perlu sebagai GPK 1.Sesekali aku jengah juga ke Makmal Komputer untuk melihat perjalanan program yang dijalankan.Bagi cikgu-cikgu yang lain pula sibuk mengemas bilik guru. Mereka menggunakan tenaga murid sebagai aktiviti mengemas bilik guru.
Menjelang jam 11.30 pagi diadakan pula majlis perpisahan rakan guru yang telah berpindah sekolah.Aku turun ke balai bacaan dan terdapat ramai guru yang sedang bersembang sementara menunggu orang yang diraikan sampai.Masa berlalu yang ditunggu tak tiba-tiba.Makanan dah tersedia.Perut dah mula meminta-minta.Pengerusi pun minta cadangan dari semua nak makan dulu ke nak tunggu.Masing-masing apalagi makanlah dulu.Begitulah kata sepakat kami kat sekolah ini.Masing-masing pun mulakan makan makanan yang telah sedia dijamu.Nasi putih berlakukkan ikan mata besar masak lemak,ikan goreng,taucu,ikan goreng masin dan taucu.Berselera sungguh aku makan hari ini.Tak pernah aku makan bertambah nasi.Maklumlah sebelum itu dua kali ke tandas mengeluarkan khazanah lama yang ada di dalam perutku.Agaknya dengan keluarnya khazanah tadi menyebabkan ada kelompangan di dalam perutku.
Setelah usai makan,pengerusi teruskan acara dengan meraikan seorang pekerja sekolah swasta En Yusaini yang menamatkan kerjanya di sekolah ini.Beliau bekerja di tempat lain untuk mendapatkan sumber pendapatan yang lebih baik.Terima kasih diucapkan kepada beliau atas sumbangan bakti semasa bekerja di sekolah ini.
Selepas itu,kami pun bersembanglah panjang kerana menunggu seorang lagi rakan guru yang telah berpindah. Yang seorang lagi pula tak dapat hadir,kerana tiada kenderaan nak ke redong.Keretanya telah dibawa suami pergi memancing.Agaknya miss komunikasilah.Nak wat cam mana.Tak dak rezeki.Terima kasihlah ustazah Norhafizah atas sumbangan bakti anda di sekolah ini.Bersyukur anda kepada Allah kerana dapat bersama suami dan anak berkumpul.Tak seperti ustazah Nurhanani yang sekian lama memohon pertukaran untuk bersama suami di KL namun tak berjaya.Sabarlah mungkin ada hikmahnya.Berdoalah semoga Allah permudahkan urusan hambanya ini.Seorang lagi cikgu Hushiyani yang telah ditukarkan ke SK Segamat Kecil.Syukur jugalah kerana dapat bersekolah dan bertugas bersama suami.Beliau bertugas di sekolah ini selama setahun sahaja.Begitulah kita merancang dan Allah merancang.Kesilapan dan kekurangan yang ada perlu diperbaiki.Penilaian seorang guru besar adalah subjektif.Dalam soal ni saya tak campur tangan kerana pada saya semua guru adalah bertanggungjawab atas amanah yang diberi.Setiap kerja yang dilakukan perlukan integriti.Saya pernah berpesan kepada guru-guru baru,perlu ada sesuatu kelebihan dan bakat yang perlu kita buktikan kepada pihak pentadbiran agar diri kita menjadi orang yang diperlukan.Kita akan menjadi aset kepada pihak sekolah dan menjadi rebutan oleh pihak lain pula.
Walau bagaimanapun ucapan tahniah dan terima kasih kepada semua jawatankuas KEBIRU yang telah bersusah payah untuk mengadakan majlis ini.Walaupun ringkas dan santai namun ada keberkatannya.
No comments:
Post a Comment