Jam 7.00 pagi aku menghantar anakku Hadi untuk tusyen mengaji Quran.Gurunya Imam Muhamad Nur Nikman,imam masjid jamek Labis.Anakku akan belajar Quran secara Talaki dalam siri Al Baghdadi.Menurut imam,beliau akan mengajar sebutan huruf jawi (fasakhah) dengan sebutan arab.Kemudian akan menekankan tentang tajwid dan lagu.Mudah-mudahan anakku beroleh ilmu yang baik dan diberkati.Jam 9.00 akan hantar Hadi bersama kakaknya Sarah untuk tusyen Bahasa Inggeri bersama cikgu Aliyah pula.Sebelah petang pula akan hantar Sarah ke asrama di SMKA Segamat.Begitulah rutin setiap hari minggu.Kalau ada jemputan barulah boleh agihkan masa untuk jemputan.Tengoklah kadar jauh atau dekatnya jemputan itu.Sama ada orang itu kenalan rapat atau saudara terdekat perlu hadir jika dijemput.
Minggu depan kena pergi ke Kluang pula.Perkahwinan anak abangku.Nikahnya pula malam selepas solat Isyak.Tak taule nak pergi ke tidak.Kalau pergi pun baliklah selepas majlis nikah kerana esok paginya Hadi akan tusyen Quran jam 7 hingga jam 9.Untuk tusyen BI kenele tangguh.Nak gi Kluang semula hadir majlis perkahwinan di sana.Pada 3 Mac pula barulah majlis sambut menantu di rumah abangku.Pulak hari tu sekolah ganti.Habis nak buat macam mana.
No comments:
Post a Comment