Selepas tusyen BI anakku jam 5.00 petang,kami sekeluarga bertolak ke Kluang.Tujuan ke sana untuk hadiri majlis pernikahan anak saudaraku Mokhairul Azdhar bersama pasangannya Ili Liayana di Taman Ria,Sri Lalang.Kami bertolak jam 5.20 petang,Rancangannya nak berhenti kat Yong Peng minum petang.Tetapi tak jadi kerana hujan turun dengan lebatnya.Kami teruskan perjalanan ke Air Hitam.Wah,kering pulak di sini tak ada hujan.Kami berhentilah kat warung tepi jalan masuk ke Kluang.Terlihatlah ramai orang berbaris hendak membeli putu bambo.Sudah tentu suatu makanan yang istimewa di Air Hitam kerana begitu ramai pembelinya.
Kami singgah di warung untuk minum sahaja dengan air panas.Selepas itu,kami meneruskan perjalanan ke Kluang.Kami singgah di Masjid Jame' Kluang pada jam 7.00 malam.Oleh kerana waktu maghrib masih lambat lagi aku menghubungi anak saudara untuk tahu di mana lokasi homestay yang keluarga abang ku menginap. Setelah dimaklumkan,kami bergerak mencari lokasi yang dituju.Kami betul-betul sampai kat masjid Kg Melayu Kluang dan bersolat maghrib jemaah di situ.Setelah selesai kami menuju ke homestay yang tidak berapa jauh sahaja dari masjid berkenaan.Semua yang ada di hometay sedang bersiap diri dengan berpakaian melayu untuk bergerak ke rumah pengantin perempuan.Hampir jam 8.20 malam barulah kami semua bergerak secara berkonvoi.Bandar Kluang begitu sesak dengan kenderaan yang bertali arus.Tambahan pula banyak lampu isyarat yang melambatkan perjalanan.Pihak kerajaan sepatutnya mempunyai perancangan yang teliti dengan lalu lintas di bandar Kluang ini yang semakin sibuk pembangunannya.
Kami sampai di rumah pengantin perempuan hampir jam 9.00 malam.Malang tak berbau.Salah sebuah kereta rombongan kami kemalangan.Beginilah kalau kenderaan yang mengekori terlalu rapat.Aku terperasan ketika hampir dengan Pacifik Mall,terdengar bunyi kuat di belakang kereta aku.Aku menyangka ada barang dalam kereta aku yang terjatuh.Tapi melalui cermin pandang belakang sebuah kereta berhenti dan keluar pemandunya. Dah kena langgar buntut kereta agaknya.Aku teruskan sahaja perjalanan.Tunggulah berita apa berlaku.
Hampir jam 9.40 malam barulah kesemua kereta rombongan tiba ke lokasi yang dituju.Kami mula bergerak ke rumah pengantin perempuan dan masuk ke dalam rumah.Segala barangan hantaran di atur di ruang tamu.Pak Imam pun mula tiba bersama dua saksi nikah.Bapak pengantin perempuan pun dah bersedia untuk memulakan majlis.Setelah segala butiran dokumen diambil,pak imam pun masuklah ke bilik pengantin perempuan untuk bersoaljawab dan persetujuan.Lama juga imam ni buat kerja.Ya lah nak buat macam mana.Kat Johor ni ada program sakinah.Masa aku dulu tak ada.
Pernikahan diakadkan oleh bapa pengantin perempuan.Pak imam hanya mentor sahaja.Lapaz pengantin lelaki jelas,tapi wali pengantin pula buat hal.Tersasul,terlupa ungkapan dan tak jelas sebutan.Setelah beberapa kali dilakukan akhirnya majlis ijab dan kabul pun selamat berlangsung.Begitu juga majlis sakinah dengan ucapan dari mempelai lelaki dalam menyerahkan mas kahwin dan penerimaan mempelai perempuan. Majlis penyerahan barangan juga dilakukan dengan ringkas kerana jam dah menunjukkan 10.30 malam.Perut pun mula berkeroncong. Setelah doa dibacakan pihak tuan rumah mempersilakan kami rombongan lelaki menjamu selera bersama tetamu yang hadir pada malam ini.
Selepas makan,aku bersama keluarga balik ke Labis.Aku tak tidur kat homestay bersama keluarga abangku yang lain.Pada aku tak biasa tidur beramai-ramai di rumah tersebut.Aku perlu menjaga kehormatan isteri dan anak perempuanku.Kalau aku seorang tak jadi masalah.Tambahan pula anakku Hadi akan belajar mengaji esok paginya dan tusyen BI pula selepas itu.Jadi aku akan bertolak ke Kluang semula selepas tusyen anakku selesai pada kira-kira jam 11.00 pagi.
Majlis pihak lelaki akan diadakan pada 3 Mac nanti sebagai majlis menyambut menantu.
No comments:
Post a Comment