SELAMAT BERINFORMASI

Tuesday, February 14, 2012

Jemputan ke Temerloh

Aku bersama abangku ke Temerloh untuk undangan perkahwinan anak abang Dan.Rumahnya di Kampung Awah,Temerloh.Kami bertolak jam 8.00 pagi melalui Bahau.Perjalanan yang panjang membuatkan beberapa kali terpaksa berhenti kerana buang air.
Kami sampai jam 12.15 tengah hari.Ketika itu sudah ramai tetamu hadir untuk menikmati jamuan.Pengantin lelaki juga telah tiba.Kami disambut tuan rumah dan sanak saudaraku yang berada di Temerloh,Pahang.Aku mengambil makanan dan makan dengan selera sekali kerana perut memang dah lapar.
Selepas itu,kami berbuallah sesama saudara mara dan saling berkenalan dengan anak-anak saudara di sana. Aku datang hanya seorang tak bawa anak dan isteri.Hanya abang ku bersama isteri dan anaknya sahaja yang menumpang keretaku.Abang ku yang seorang lagi membawa keluarganya.Begitu juga adikku yang tinggal di KL pun turut sama hadir ke majlis tersebut.
Dalam kesempatan itu abangku menyampaikan salam undangan untuk majlis anaknya.Pendek kata ada tujuan disebalik hadir ke situ.Selepas itu,kami ke Jengka 19 ke rumah abang Don.Tu nama kat kampung.Tapi kat sana dia dipanggil mustafa.Aku terbayang di saat aku bersama ibuku ketika sampai ke rumahnya pada 1985 yang lalu.Sungguh banyak perubahan berlaku.Dulu anak-anaknya kecil-kecil belaka.Kini dah dewasa dan berumah tangga.Dah ada cucu lagi.Terasa diri sudah semakin berusia.
Selepas menunaikan solat Zohor jamak dengan Asar,kami pun mula bertolak balik ke Segamat.Waktu balik terasa letih dan penat.Jalan raya yang masih lagi belum naik taraf mengganggu perjalanan.Deretan kereta yang panjang apabila ada lori yang besar dengan muatan yang banyak memperlahankan pergerakan.Ini membosankan.
Kami tiba di Gemas jam 7.05 malam dan singgah makan dahulu di Restoran Sri Manis.Aku hanya minum tea O dan roti bakar aje.Selepas makan kami teruskan perjalanan balik dan aku hantar abang ku di rumahnya di Bukit Siput.Aku singgah di masjid Bukit Siput untuk solat maghrib jamak isyak.Setelah segalanya selesai aku pun terus pulang ke rumah.
Aku tiba di rumah dah pukul 8.40 malam.Teringat ada khenduri Yasin kat rumah en,Hashim.Tapi apakan daya badan ku terlalu letih.Selepas mandi terus berbaring dan tidur.
Apa yang penting dalam majlis perkahwinan hari ini,majlis berjalan ringkas.Ada juga disiarkan lagu permintaan tapi syarat hanya lagu nasyid.Pengendalinya pula adalah ustas yang imam.Suaranya boleh tahan.Siap paparkan iklan kepada sesiapa yang ingin mendapatkan khidmat DJ kepada para pendengar. Makanannya juga simple dan ringkas.Tiada kompang.Tiada persandingan.Pengantin tiba terus menuju ke tempat makan dan makan beradab.Kemudian bergambarlah sesama keluarga.Apa yang penting mewarwarkan kepada masyarakat tentang perkahwinan yang diadakan.

No comments:

Post a Comment