SELAMAT BERINFORMASI

Wednesday, February 15, 2012

Salam Maulidur Rasul

Menjelang 12 Rabiulawal setiap tahun sambutan maulidur rasul disambut di sana sini.Masjid dan surau sibuk mengatur program sambutan.Memanggil penceramah,bincang tentang apa yang hendak dijamu,bagaimana pelaksaannya.Pastikan ramai orang yang hadir.Nak adakan perarakan atau pun tidak.Berapa bajet diperlukan?
Begitulah setiap tahun tanpa ada perubahan sedikit pun.
Suatu perkara yang telah lama dipertikaikan iaitu perarakan.Ada kalanya susah hendak diperkatakan.Tiada nas dan hadir yang menyatakan hal sedemikian.Kalau orang-orang lama ni macam perlu diadakan perarakan. Katanya tak meriah tak ada perarakan.Seolah-olah niatnya adakan maulidur rasul hendakkan keseronokan. Lepas tu mesti makan nasi dan berlauk.Panggil penceramah mestilah yang hebat-hebat dan menarik audion yang ada.
Aku rasalah tak perlu ini semua.Maulidur rasul ni adalah untuk kita meneliti dan mengkaji serta menghayati sunnah rasulullah.Akhlak dan keperibadian baginda perlu kita contohi.Segala amalan dan suruhan yang dilakukan baginda perlu kita hayati dan amalkan.Bagaimana seorang penceramah nak ceritakan amalan rasulullah jika diri penceramah sendiri pun tak praktikkan.Sepatutnya sampaikan ilmu dengan niat yang ikhlas dan berintegriti.Ini tidak ada yang berniat masa inilah nak cari duit lebih.Kalau penceramah yang hebat kenakan bayaran pulak.Atau minta bayaran yang mahal.Ada yang tak nak datang kalau tak sebulu dengan jawatankuasa masjid.Atau kalau berlainan pegangan politik lagilah tak boleh beri ceramah.Macam-macamlah manusia. 
Lagi satu tak sah kalau buat maulid tak sediakan makan-makan.Bincang tentang hal makan pun ambil masa yang lama.Pada hal yang penting ilmu yang penceramah nak sampaikan.Nak anjur maulid juga kena pastikan masa yang sesuai.Adakah kariah setempat ada masa nak datang.Ada juga kenakan kutipan wang kepada kariah nak adakan maulid.Kalau yang berduit tak jadi hal.Bagaimana yang tak berduit.Dah tentu tak akan hadir kerana tak menyumbang disebabkan kesempitan wang.Habis pungutan setiap bulan tu buat apa agaknya.Tak kan tak cukup.Bagi generasi baru mereka berasa tak seronok maulid ni kerana yang datang banyak orang-orang pencen.Tak selesa bagi mereka.Mereka perlukan penceramah yang seiring dengan cita rasa mereka.Macam ustaz Azhar Idrus.Yang pandai menyelami jiwa golongan muda agar tertarik dengan Islam.Jadi fikir-fikirkanlah cara yang moden dan memenuhi cita rasa semua pihak agar majlis maulid dapat menjadi pemangkin kepada pembangunan jiwa setiap umat Islam.

No comments:

Post a Comment