SELAMAT BERINFORMASI

Friday, February 24, 2012

Ada-ada saja

Hari ini di tempat kerjaku didatangi seorang bapa murid.Dia bertemu guru besar untuk menyelesaikan masalahnya.Dari apa yang diceritakan oleh guru besar kepada aku,bapa ini mengadu tentang kenakalan anaknya.Anaknya telah mencuri duit ibunya.Jadi si bapa ni memaklumkan kepada pihak sekolah akan hal anaknya dan minta diselesaikan.Maka guru besar panggillah seorang ustaz untuk berikan pandangan dan kata nasihat.Guru besar ajak juga aku masuk ke biliknya untuk sama-sama dengar masalah si bapa ni.Tapi aku malaslah nak masuk.Kalau masalah anak patut si bapa dan si ibu berbincanglah di rumah.Cuba cari apa masalah anaknya ini.Adakah anak ini kurang makan,kurang didikan,solat tak budaknya.Si bapa jalankan tanggungjawabnya atau tidak.Sepatutnya carilah punca mengapa berlaku demikian.Anaknya baru berumur 12 tahun.Aku nampak dalam kelas dia baik-baik sahaja.Tak banyak cakap.Apabila aku tegur tentang kerja sekolahnya memang ada masalah sedikit.Dia kurang fokus.Kelas tambahan malam pun dia tak datang.Aku tanya kenapa dia tidak datang.Katanya dia balik ke Segamat.Adakah ibunya tak tahu anaknya ada kelas tambahan.Ibunya juga seorang guru.Sepatutnya sebagai guru perlu realisasikan dalam membentuk sebuah keluarga yang terbaik.Pernah aku tegur anaknya apabila dia tidak siap kerja sekolah.Buat malu anak cikgu sahaja.Aku pun geram juga.Justeru,apabila menerima aduan dari si bapa budak ini,sudah pasti aku akan ambil tindakan untuk memanggil budak ini nanti.Aku akan bertanya dari A hingga Z untuk buat analisis tentang kehidupan budak ini.Jangan terperanjat kalau sesuatu rahsia keluarga akan terbongkar.Buat masa ini aku belum berkesempatan untuk memanggil setiap pelajar tahun enam ke bilikku.Setakat hari ini aku telah memanggil seorang murid dari kelas sebelah tahun enam juga di koridor sekolah.Aku lihat dia berdiri di luar kelas.Aku panggilnya dan bertanya mengapa berdiri di luar.Dalam keadaan moyok dia begitu sukar untuk menjawab pertanyaanku.Tapi dengan nada berlembut akhirnya dia meluahkan perasaannya.Dia menyatakan tiada kawan yang bersama dengannya di rumah.Tiada siapa yang dapat membantu selesaikan masalahnya untuk buat kerja sekolah di rumah.Dia tinggal bersama datuk dan nenek.Kalau tak tahu nak jawab,nak tanya siapa,nenek dan datuk tak reti nak ajar.Emak dan ayah jauh di luar daerah dan bekerja di sana.Apalah emak dan ayah budak ni.anak dah tahun enam,patutnya ambillah berat sedikit tentang masalah anak.Budak kurang kasih sayang emak dan ayahnya.Harapkan datuk dan nenek tak sama.Lihat kawan-kawan ada emak dan ayah di samping.Mengalir air matanya ku lihat beberapa kali dia mengesat pipinya dengan tangan.Dari segi fizikal budak ni sihat dan nampak gembira.Kita tak tahu di sudut hatinya terasa kehilangan kasih sayang akibat ditinggal jauh oleh ibu dan ayahnya.Diharapkan cikgu-cikgu yang mengajar kelas ini dapat menyelami hati dan perasaan budak ini.Janganlah nak marah sahaja.Buatlah kajian tindakan.Jika kita tahu dia tak dapat siapkan kerja sekolah di rumah,ambil masa untuk dia buat kerja di sekolah berikan luang masa baliknya untuk duduk di dalam kelas.Biarlah rakan-rakannya balik tapi kita kena berkorban sedikit untuk sama-sama dengannya menyiapkan kerja yang kita beri.Mudah-mudahan dia tak terasa kesunyian dan kehausan kasih sayang.

No comments:

Post a Comment