SELAMAT BERINFORMASI

Saturday, February 11, 2012

Bertemu Kembali 2012



                                          Taklimat SBPA 2012
                                          Mesyuarat Guru-Guru 2012
                                          Anugerah Pelajar Cemerlang - ke Sekolah Tun Fatimah
                                         Sibuk urus kutip duit bayaran buku
                                         Pembayaran buku tulis di dewan sekolah
                                         Tekun melaksanakan tugas.
Selamat bertemu kembali kerana sudah lama tidak menulis.Berehat seketika disebabkan kesibukan melanda.Tiada idea nak bermula.Tugasan demi tugasan kian membara.Maklumlah tugas sebagai pentadbir kena bahagikan masa.Mengajar pun begitu juga.Di tahun ini anak pula ambil periksa.UPSR nya seperti biasa. Kelas tusyen siang malam mengejar masa.Tak tahulah bagaimana lah dia yang merasa.Sebagai ayah sokongan dan galakan juga doa semoga si anak terus berusaha mencipta jaya.Walaupun sibuk melanda,namun rakan sekerja turut berusaha agar segala perancangan berjalan segala.Kini segala informasi online datang berlumba.SAPS,SPPBS,EMIS,SGM,e-Gtukar,dan macam-macam lagi perlu dilihat dan dipantau.Terdengar ura-ura Buku Rekod Mengajar pun nak di onlinekan.Begitu juga prestasi guru juga di alam mayakan.para ibu bapa kalau nak lihat rekod prestasi anak lihat SAPS.Nampaknya ibu bapa dah boleh lihat kerja cikgu.Kalau cikgu tak update rekod markah murid dah tentu ibu bapa akan bertanya.Segala maklumat perlu dihantar melalui e mail.Begitulah perubahan berlaku.Transformasilah katakan.Transformasi pendidikan.Tapi apa yang penting janganlah segalanya dibebankan.Kemudahan peralatan perlu diupdatekan.kelajuan internet hendaklah dilajukan.Laktop dibekalkan.Tempat kerja perlu di dingin hawakan.Barulah segala kerja dapat dilakukan dengan penuh keselesaan.Ada orang berkata,nak maju macam Australia,tapi kemudahan macam Ethiopia.

No comments:

Post a Comment