SELAMAT BERINFORMASI

Saturday, February 18, 2012

Malam Ahad

Selepas solat maghrib berjemaah di rumah,kami bersiap untuk hadir ke majlis khenduri di rumah abangku di Bukit Siput.Kami sampai jam 8.35 malam.Waktu Isyak sudah masuk dan kami bersolat jemaah di masjid Al Muhajirin Bukit Siput.Setelah selesai kami ke rumah abangku yang tidak jauh dari masjid.Majlis malam ni adalah untuk bertahlil dan berdoa untuk aruah dan selamat mengadakan walimatul urus anaknya.Hari yang sama ada tiga buah rumah yang mengadakan majlis yang sama.Maka terbahagi tiga jemaah masjid untuk hadir mengikut rumah yang ingin dihadiri.Begitu juga dengan imam-imamnya.
Selepas bertahlil dan berdoa maka tetamu dijamu dengan makan nasi berlauk.Sebuah balai didirikan kerana rumah abangku kecil dan tidak muat untuk menampung tetamu yang hadir.Makanan sungguh enak dan berselera sekali kerana adanya ulam-ulaman seperti ulam raja,petai dan sebagainya.
Selepas tetamu balik kami adik-beradik berbincang hal untuk pergi ke Kluang nanti.Semua bersetuju untk hadir dan ada yang akan pergi secara berasingan kerana tugas yang tidak dapat dielakkan.Begitulah rapat dan mesra kami adik beradik walaupun ada yang tidak hadir mungkin ada hal yang tidak dapat dielakkan.Insya Allah pada 3 hari bulan nanti kami dapat bersama berkumpul di majlis walimatul urus nanti.

No comments:

Post a Comment