SELAMAT BERINFORMASI

Friday, February 17, 2012

Sambutan Maulidur Rasul SK Felda Redong

Hari ini 17 Februari 2012,berlangsungnya sambutan maulidur Rasul.Seperti biasa setiap murid datang awal dengan berpakaian baju melayu dan berbaju kurung.Semua murid berkumpul di dataran kejat menunggu taklimat daripada guru yang bertugas.Jam 7.15 pagi semua murid ke kantin untuk bersarapan pagi.Selepas itu mereka berkumpul semula dan bersiap berbaris mengikut kelas dengan sepanduk masing-masing.Ustas Ihsanuddin memimpin bacaan salawat.Setelah itu semua mereka bergerak ke padang sekolah sebagai tempat untuk memulakan perarakan.
Setelah semuanya bersedia,majlis perarakan pun bermula dengan dimulai murid Tahun 1.Perarakan disertai semua guru dan ibu bapa yang hadir.Diserikan dengan bacaan salawat sepanjang perjalanan dari hujung pada hingga masuk ke pintu besar sekolah.Kira-kira 10 minit berjalan.Sampai ke kawasan sekolah semua murid dan yang hadir ke dewan untuk memulakan majlis.
Ustaz Mohd Giman memimpin majlis berzikir beramai-ramai.Kemudian diikuti bacaan Yassin dan tahlil oleh Hj.Sulaiman.Setelah majlis selesai giliran ustaz Ihsanuddin sekali tampil sebagai pengacara majlis.Tetamu yang hadir adalah En Ali Bin Osman,pengurus Felda Redong,YDP PIBG En Jefri Tusiman,bersama AJK PIBG,dan penceramah jemputan Ustaz Nazaruddin Othman dari Pejabat Pelajaran Agama Segamat.
Guru Besar menyampaikan ucaptama dalam majlis ini dan mengalu-alu kehadiran tetamu dan ucapan terima kasih atas sumbangan menjayakan majlis sambutan maulidur rasul peringkat sekolah.Seterusnya giliran penceramah menyampaikan ceramahnya.Sambutan murid menggalakkan dengan gaya ustaz berinteraksi semasa menyampaikan ceramah.Beberapa soalan dikemukakan dengan hadiah sebagai galakan kepada murid menjawab soalan.
Setelah selesai ceramah,majlis penyampaian cenderahati kepada penceramah di sampaikan oleh guru besar.Kemudian,tetamu yang hadir dijemput ke Bilik Gerakan sekolah untuk menikmati jamuan makan.Bagi murid-murid pula mereka diminta beratur mengikut kelas untuk mengambil makanan yang disediakan.Setiap murid membawa mangkuk atau bekas makanan.
Majlis sambutan kali ini begitu meriah dan semua murid dapat menikmati makanan nasi jagung bersama lauk ayam masak sambal.Menjelang jam 12.00 tengah hari semua murid beransur balik ke rumah.Manakala guru-guru sibuk mengemas dan membersihkan kawasan rewang.Begitulah tamatnya majlis sambutan maulidur rasul kali ini.Semoga

No comments:

Post a Comment