Hari Sabtu 3 Mac 2012,hari ini ada sekolah ganti,menggantikan cuti yang Tahun Baru China yang telah diambil. Sepertimana arahan daripada PPD supaya mengadakan gotong-royong di sekolah pada awal pagi hingga waktu rehat.Pihak sekolah yang telah merancang program dan aktiviti sebelum arahan dikeluarkan tetap dengan perancangan mereka.Ada yang mengadakan program maulidur rasul.Program SEGAK juga dijalankan pada hari yang sama.
Begitu juga,program keluarga di mana telah merancang majlis perkahwinan.Ramai juga murid-murid dan juga rakan guru yang terpaksa hadir ke majlis perkahwinan.Hal ini mengganggu hari persekolahan.Bagaimana PnP hendak dijalankan sekiranya ramai murid tidak hadir ke sekolah.Daripada 25 murid yang sepatutnya hadir,hanya 17 murid yang datang.Betapa ruginya sekiranya guru mengajar pada waktu itu,terpaksa mengulangi PnP yang sama demi murid yang tidak hadir.Kadang-kadang bukan sengaja murid itu tidak hadir tetapi terpaksa cuti kerana ikut ibu bapa hadir majlis perkahwinan.
Justeru,apalah salahnya jika hari Sabtu tak perlulah ada sekolah ganti.Tambahan pula ada juga cikgu yang terpaksa hadir kuliah pada hari sabtu.Mereka sudah tentu akan berasa serba salah.
No comments:
Post a Comment