Mesyuarat AJK memutuskan untuk mengadakan sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini.Aku tak dapat hadir dalam mesyuarat tersebut kerana ada solat hajat UPSR di sekolahku.Tetapi selepas majlis di sekolah tamat,aku balik ke rumah dan didapati keadaan di balai islam terang benderang.Mesyuarat masih berlangsung.Aku terus hantar anak dan isteri ke rumah.Aku terus ke balai islam.Rupanya mesyuarat baru sahaja tamat.Aku diberikan penerangan tentang perjalanan majlis yang akan di adakan.Aku terima dengan hati terbuka dan ikut sahaja apa yang telah diputuskan oleh jawatankuasa.
Seminggu sebelum majlis,gotong-royong diadakan untuk membersihkan kawasan balai islam.Rumput dipotong dan balai dibersihkan.Sehari sebelum majlis,kanopi didirikan untuk tempat memasak.Malamnya kaum wanita datang mempersiapkan keperluan seperti merebus telur dan membuat bunga rampai.Esok paginya,semua hadir untuk memotong daging dan ayam.Kaum wanita menyediakan bahan untuk memasak.Setelah siap masak, kami makan tengah hari bersama.Aku dan isteri pulang ke rumah kerana ada jemputan kahwin.
Pada petang hari,aku tak ke balai islam kerana kepala ku sakit bukan kepalang.Aku terperasan semasa kaum wanita masak sayur kangkung,mereka memasukkan bahan perasa Aji NO moto ke dalam masakan.Semasa makan aku terlupa sepatutnya aku tak menyentuh rasa masakan sayur kangkung.Tapi apakan daya segala dah tersedia makan ajelah.Aku menelan dua biji panadol extand dan berehat.Nasib baiklah menjelang jam 6.30 petang sakit kepalaku mulalah berkurangan kerana aku ditugaskan sebagai imam dan pengerusi majlis pada malam itu.
Jam 7.00 malam aku bersiap dan bergerak ke balai islam.Sambil menunggu masuk waktu maghrib aku berbuallah dengan pak seman yang ada dan diikuti rakan-rakan yang lain yang mula datang.Azan dialunkan oleh seorang anak muda.Aku mulalah mengimamkan solat maghrib.Setelah selesai solat maghrib aku mempersilakan jemaah yang ada memenuhkan ruangan dan duduk rapat-rapat.Kemudian aku mempersilakan ustaz Wan Ismail Wan Dagang untuk menyampaikan ceramahnya.
Ceramah beliau berkisar tentang betapa pentingnya kita menghargai Islam.Orang bukan Islam berebut untuk memeluk agama Islam.Kita yang Islam sibuk pula nak pertikaikan tentang Islam.Rasa sayang kepada Islam begitu nipis di kalangan kita yang telah pun beragama Islam.Satu persoalan timbul.Apa istimewanya kamu beragama Islam.Malu rasanya nak jawab.Adakalanya ada yang tahu nak jawab.Adakah kerana kita ni ibu dan bapa Islam maka kita jadi Islam.Fikir-fikirkanlah.Selain itu,solat ditekankan kepada kita.Seandainya kita tahu betapa manisnya nikmat solat.Tapi apakan daya di kalangan kita yang tak menunaikan solat.Ada juga yang solat hanya dengan niat semata-mata.Tapi mengapa mereka ni makan tak pakai niat.Sedangkan nabi Muhammad solat hingga bengkak-bengkak kaki.Nabi dah maksum tiada dosa.Inikan kita manusia biasa yang tak lekang dari melakukan dosa dan maksiat.Nak solat pakai niat sahaja.Betapa bangangnya manusia seperti ini.Begitu juga tentang berpakaian yang menutup aurat.Ibu bapa kan boleh tegur anak mereka tentang berpakaian dalam Islam.Ini tidak biarkan aje anak memakai baju ketat-ketat.Pakai tudung tapi baju lengan pendek.Seluar ketat nampak alur seluar dalam.Buah dada menonjol hingga nampak belah.Siapa yang hendak tegur hal sedemikian.
Ceramah berakhir jam 9.20 malam.Selepas itu kami menunaikan solat Isyak berjemaah.Aku juga yang mengimamkannya.Setelah selesai solah ba'diah Isyak aku mempersilakan tetamu dan yang hadir untuk menjamu selera.Aku makanlah sekadar sahaja kerana tak berani nak makan macam-macam.Takut sakit kepala kembali menyerang.
No comments:
Post a Comment