Impian menjadi kenyataan.Hasrat hati untuk melihat keindahan alam ciptaan Allah tertunai sudah.Alhamdulillah atas pemberian Allah kepada diriku kesihatan dan rezeki yang dikurniakan.Ya Allah permudahkan segala urusan hambamu ini.Berikanlah tubuh badan yang sihat,jauhkanlah dari segala penyakit yang memudaratkan, sihatkanlah akal fikiran,kuatkan ingatan,kurniakanlah kasih sayang yang berkekalan sesama ahli keluarga dan masyarakat.
Segalanya bermula,sesudah lawatan ke Kelantan dan Terengganu berjaya dilaksanakan,kini hasrat ke Langkawi pula teruja.Pada Disember 2011 yang lalu aku berpeluang mengikuti rombong sekolah ke Langkawi.Aku membawa isteri dan dua anakku.Perjalanan bermula dari sekolah Redong pada jam 9.00 malam.Laluannya arah Segamat dan keluar di tol Simpang Ampat.
Hentian pertama di R & R Seremban.Menunaikan hajat dan membeli apa yang perlu dan meneruskan perjalanan.Hentian kedua pula di R & R Bukit Siguntang.Bas terpaksa berhenti kerana tayar belakangnya telah pancit.Nasib baik di bahagian dalam.Kami tiba di sana jam 4.30 pagi.Aku membawa beg pakaian menuju ke bilik air dan mandi.Lupa bawa sabun.Nak buat macam mana mandi ajalah.
Kami menunggu waktu subuh masuk.Tepat jam 6.00 pagi azan dikumandangkan.Kami berjemaah subuh di musolla di situ.Kami terus bersarapan pagi kerana tayar bas belum diperbaiki lagi.Menjelang jam 9.00 barulah tiba mekanik untuk membaiki tayar yang rosak dan diganti tayar simpanan.
Selepas itu kami terus perjalanan untuk menuju ke Kuala Perlis.Pelbagai gelagat penumpang yang terdiri daripada kanak-kanak dan orang tua di dalam bas ni.Ada yang menangis nak terkencing.Yang tua pula dah bosan kerana bilalah bas ni nak berhenti.Agaknya dah jenuh lah tu.Apa lah diorang ni kita orang nak kejar ferilah.Dah janji jam 12.00 mesti dah ada kat jeti.Cemas juga rasanya.Maklumlah kalau terlewat melepas lah feri waktu tu.Nak tunggu petang nanti baru ada.
Alhamdulillha,Allah permudahkan perjalanan kami.Kami tiba tepat waktunya.Turun dari bas,ambil bagasi dan terus masuk feri.Sebab dah konteks orang kat feri.Kalau pergi sendiri entahlah esok pagi lum tentu dapat pergi ke pulau lagenda.
Dalam feri telah ramai penumpang yang ada.Nasib baiklah tempat duduk kami dah tersedia.Duduklah kami dalam kelompok atau kumpulan kami.Perjalanan ambil masa 1 jam setengah.Pada aku dah pernah naik feri ni sewaktu aku bawa rombongan tahun 6 ke Jeti Tanjung Belungkor,Kota Tinggi.Memang seronok.Tak mabuk laut.Pemandangan pantai dan pulau yang indah menarik perhatian.
Kami tiba kat jeti Langkawi.Dari jauh nampak seekor burung yang tak akan terbang selamanya.Itu lah Dataran Lang namanya.Kami membawa bagasi ke dalam bas yang sedia menunggu.Kami terus di bawa ke tempat makan.Maklumlah dah petang.Perut dah keroncong.Di bawalah kami ke kedai makan layan diri.Memang selera sekali.
Seterusnya kami dibawa ke bilik penginapan.Masuklah aku sekeluarga ke dalam bilik.Yang lain-lain masuklah bilik masing-masing.Terasa penat juga perjalanan aku kali ini.Baringlah sekejap merehatkan diri.Kemudian mandi.Terasa segar badan.Isteri pula ajak jalan-jalan ke Pekan Kuah.Layan ajelah.Naiklah kereta sewa kena bayarlah sewanya.Tapi tak lah mahal.Tiba di pekan,carilah pulak bank.Nak cucuk duit katakan.Jumpalah maybank.Lepas tu belilah apa yang patut dibeli.Coklat memang banyak.Boleh tahan harganya.Kena lah pilih mana yang sedap di makan.Tengok orang lain beli beg besar-besar.Aku fikir nak buat apa aku nanti susah pulak nak bawa balik.Niat di hati nak jalan-jalan aje bukan nak shopping.
Menjelang petang,kami pun pulang semula ke tempat penginapan.Pada malamnya pula teragak nak gi makan.Pergilah aku bersama isteri.Anak lelaki dah tidur keletihan,anak perempuan terpaksa tunggu adiknya. Kami pun keluarlah.Turun ke bawah,terlihat tiga budak perempuan anak murid sekolahku.Aku tanya kenapa duduk kat bawah.Aku pelawa mereka makan bersamaku.Aku tanya kawan yang lain pergi mana?Diorang pergi tengok wayang cerita ombak rindu.
Sesudah makan,kami pun kembali semula ke hotel.
Esok pagi rombongan kami bersiap awal kerana kami akan dibawa ke tempat-tempat menarik di Langkawi. Pertamanya dibawa kami ke restoran untuk sarapan pagi.Apa lagi pekenalah roti canai dan teh tarik.Selepas itu kami di bawa ke tempat buat minyak gamat,maka membeli sedikit ole-ole buatan daripada gamat.Kami dibawa ke Makam Mahsuri.Selepas itu kami ke Geopark untuk melihat keindahan pemandangan di sana.Kami menaiki bot dan meluncur laju di sungai dan muaranya sambil melihat burung helang dan pemandangan pulau.Akhirnya kami pergi ke Gua Kelawar untuk melihat flora dan fauna di sana.Selepas itu kami ke tempat jual minyak gamat yang lain di mana ada melakukan urutan dari minyak akar.Kebetulan dekat dengan kedai makan.Makan tengah harilah kami kat situ.Seterusnya dibawa melawat tempat Beras terbakar.Aku ambil kesempatan bersolat zohor jamak asar kat masjid di situ.
Akhirnya kami di bawa ke tempat paling tinggi.Di sini kami naik kereta kabel.Waduh gayat juga rasanya.Sampai di puncak sungguh gerun.Sungguh indah ciptaan Mu ya Allah.Aku menuju ke pelantar yang sedia ada.Angin yang kuat bertiup menyamankan suasana.Ramai pelancong tempatan dan asing berada di situ.Pada masa itu aku berasa kurang selesa.Aku selsema.Banyak air mengalir tak terkira.Dah tisu digunakan . Tuala pun dah lencun.Apa nak buat redhalah ketentuan Allah.
Sebelum ke hotel kami singgah sebentar di Suri Idaman.Pelbagai barangan keperluan rumah di jual di situ.Kalau tak banyak duit tak payah datang.Seterusnya kami ke Pekan Kuah,ramai yang nak pergi ke pasar raya Melayu (Ismail namanya). Layan ajelah kehendak semua.Aku mencari kedai menjual pil selsema.Dah dapat telan ajelah mudah-mudahan diberikan kesembuhan.
Malamnya aku tidur dengan lena sekali.Alhamdulillah,esok pagi selsema aku dah lega.Kami berkemas untuk menuju ke jeti.Nak balik ke daratan lah tu.Sampai di jeti segala bagasi di scan oleh pihak kastam.Segalanya berjalan lancar.Kami letakkan bagasi di ruang yang ada secara kumpulan.Lepas tu kami bersarapan pagi.Roti canai lagi dan teh tarik.Kemudian kami ke ruang menunggu.Hinggalah jam 9.00 pagi kami dibenarkan masuk ke feri.
Kami tiba di jeti Kuala Perlis jam 12.00 tengah hari.Sebelum tu aku telah hubungi rakan lama.Aku tiba dan kelihatan rakan lamaku bersama isteri dan anak sedang menunggu.Lama juga kam berbual panjang.Nama rakan ku tu cikgu Nadzri.Lama kami mengajar kat SK Felda Maokil 1.Kini beliau telah kembali semula ke Perlis,kampung dialah tu.Isterinya juga baru dapat tukar ke Perlis.
Rancangan seterusnya ke rumah cikgu Hushiyani.Beliau dah janji nak pelawa kami makan tengah hari di rumahnya.Suami beliau jemput kami di jeti dan bawa kami ke rumah beliau.Cikgu Hushiyani ni dalam hari baru melahirkan anak.Kami disambut dengan penuh mesra ahli keluarga dan jiran-jiran beliau.Makan nasi berlaukkan daging kambing.Sebagai membalas kebaikan kami adakan salawat dan berdoa untuk keselamatan dan kesihatan beliau dan keluarga.
Kata orang Perlis kalau dah sampai Perlis tak sah tak pergi Padang Besar.Kami teruskan perjalanan ke Padang Besar.Hujan lebat melanda.Aku ajaklah rakan untuk solat zohor jamak asar di situ.Setelah selesai,kami membelilah apa yang ada mengikut kemampuan masing-masing selagi duit masih ada.
Akhirnya kami mengambil keputusan untuk terus pulang ke Johor.Sebelum tu singgah kat R & R Sungai Perak untuk solat maghrib jamak Isyak.Nak makan dah kenyang.
Inilah burung yang tak akan terbang selama-lamanya.
Pemandangan di Jeti Langkawi
Dari jauh nun Pulau Langkawi
Ketika tiba di Jeti Langkawi
Beg tangan yang dijual dengan diskaunnya
Pelbagai jenis coklat yang ada di Langkawi
Bot yang kami naiki di geopark
Pusat Pelancong Geoforest Park (bentuk penyu)
Minyak Gamat yang sedang dipanaskan
Makam Mahsuri
Kereta Kabel di Langkawi
Berehat di bangku yang disedia di Gunung Macincang
Bersama cikgu Nazli ketua rombongan di Pelantar Kereta Kabel
Nama Hotel tempat penginapan kami di Langkawi
Perjalanan diteruskan hinggalah ke R & R Seremban untuk buang air.Selepas itu bas meneruskan perjalanan ke SK Redong.Kami sampai kat sekolah jam 1.20 pagi.Aku ambil kereta terus balik ke rumah di Labis.