SELAMAT BERINFORMASI

Wednesday, November 23, 2011

Cuti Sekolah Dah Bermula

Bermula 19 November 2011 sekolah pun mula bercuti.Semua murid pasti gembira.Cikgu-cikgu pun turut sama.Masing-masing dah mula merancang apa yang akan dibuat pada masa cuti.Murid yang berjaya UPSR tentu lebih gembira.Peluang belajar di tempat yang terbaik akan menanti.Rezeki pun dah mula masuuuk.Pelbagai ganjaran mula diterima impak daripada kejayaaan mereka.
Bagi pelajar SPM dan STPM pula peperiksaan baru sahaja bermula.Yang telah bersedia pasti gembira dan mencuba seberapa daya untuk berjaya.Yang kurang bersedia buat ajelah apa yang terdaya.
Hujan pula dah mula melanda.Banjir sana sini dah keluar berita.Mangsa dipindahkan supaya tidak melayang nyawa.Dalam pada itu,bantuan pun dah mula tiba.Semua murid mendapat wang percuma.Terserah ibu bapa mencanaikannya.Yang beringat tahniah untuknya.Yang lalai apakan daya dah jadi nasib manusia sentiasa lalai dan leka.Ingatlah wahai manusia dunia kalau dikejar semakin jauh ia dari kita.Tapi jika kita kejar akhirat pasti Allah sentiasa bersama kita.

Monday, September 26, 2011

Aku ke Kelantan

21 dan 22 September yang lalu aku mengambil cuti rehat khas kerana menghantar anakku Nurnabilah ke UiTM Machang,Kelantan.Aku bertolak pada jam 6.40 pagi.Singgah di Stesen Minyak Shell di sebelah Balai Bomba Segamat.Isi mimyak penuh RM50.Kemudian teruskan perjalanan menghala ke Kuantan.Aku berhenti bersarapan di Muadzam Shah.Selepas itu teruskan perjalanan menghala ke Gambang dan masuk melalui tol Gambang ke Jabor.Konon nak ikut terus lebuhraya menghala ke Kuala Terengganu.Sampai kat Jabor laluan ditutup.Aku terus menghala ke arah Cherating.Kata orang lalu ikut pantai.Perjalanan diteruskan kerana hendak jimat masa.Kami berhenti untuk makan tengah hari di depan SK Padang Air.Makan nasi ayam.Nak nasi berlauk tak ada.Makan aje lah kerana perut dah lapar.Lepas tu berhenti pulak kat masjid Kg Gemuruh untuk solat Jamak Qasar Zohor dan Asar.Setelah siap teruskan perjalanan menghala ke Jerteh.Aduh terasa begitu jauh perjalanan aku hari itu.Tak pernah aku drive begitu jauh sekali.Aku berhenti kat stesen minyak petronas Kijal untuk isi minyak dan beli minuman segar.Kemudian teruskan perjalanan menuju ke Machang.Kami sampai di depan UiTM Machang pada jam 3.30 petang.Aku telefoh saudaraku yang tinggal di Machang.Anak beliau menjemput dan membawa kami ke rumahnya.Sampai kat rumah tersebut kami dijamu minum dan berehatlah.Aku dapatlah melelapkan mata sekejap.Lepas tu,tuan rumah pun balik dari kerja dan kami dijamu pula dengan keropok lekor,pisang goreng dan buah salak.Pertama kali aku makan buah salak.Nak kupas kulit pun kena belajar.Memang sedap rasanya.Sekali kupas dan makan terasa tak puas-puas.Menjelang maghrib kami mandi dan solat.Kemudian makan malam dan teruskan perbualan dengan Hj.Osman.Jam dah 10.30 malam.Mata pun dah kuyu.Aku terus masuk bilik dan tidur senyenyak-nyenyaknya.Tapi jam 4.30 dah sedar.Namun badan terasa berat nak bangun.Baring ajelah.Jam 5.30 pagi terus bangun dan mandi.Setelah solat subuh,aku baring sekejap.Orang rumah pula pening kepala dan tidurlah sebentar menjelang ke jam 8.30 pagi. Kemudian,kami dipanggil untuk bersarapan pagi.Hj Osman telah menyediakan juadah yang banyak pagi itu.Roti canai,kuih dan roti keping disediakan.Kami makanlah bersama.Setelah itu pada jam 9.30 pagi bersiaplah kami untuk ke kampus UiTM untuk mendaftarkan anak.Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada keluarga Hj Osman kerana memberikan layanan yang baik kepada kami sekeluarga.Beliau berpesan kalau ke Kelantan singgahlah ke rumah beliau.Tiba di kampus,anakku terus ke pejabat untuk mendaftarkan diri.Aku menunggulah di luar.Pada jam 11.00 pagi semuanya siap dan terus menuju ke kolej kediaman.Semua barang keperluan yang dibawa dari rumah diangkat masuk ke bilik.Kemudian,kami pun meninggalkan kampus UiTM dan berpesan kepada anakku supaya menjaga diri dan pandai-pandailah menyesuaikan diri di tempat orang.Aku singgah di stesen minyak di Machang dan isi minyak sebanyak RM43.00.Aku meneruskan perjalanan menghala ke Kuala Terengganu.Perjalanan berjalan lancar.Dalam perjalanan,aku singgah di gerai tepi jalan untuk membeli keropok lekor.Dua tempat aku singgah.Orang rumah beli keropok lekor untuk jamuan hari raya sekolah dia.Untuk rumah pula belilah keropok keping 4 bungkus.Seterusnya kami singgah kat masjid Chendering untuk solat zohor dan asar.Setelah selesai teruskan perjalanan menghala ke Dungun.Singgah kat gerai makan.Tengok nasi ayam lagi.Tiada pilihan makan nasi kukus ayam berlauk.Dah lapar makanlah dengan seleranya.Selepas itu kami meneruskan perjalanan menghala ke Kuantan.Lalulah Cherating di mana kami selalu mengadakan Family Day di sini.Sampai kat Gambang dah pukul 6.30 petang.Nak berhenti malas.Terus ajelah perjalanan ke Muadzam.Kami tiba di Muadzam dah pukul 7.40 malam.Singgah kat stesen Petronas untuk solat Maghrib dan Isyak.Setelah selesai kami meneruskan perjalanan ke Segamat.Kami singgah kat restoran Arshad untuk minum minuman panas.Dah segar teruskan perjalanan ke Labis.Tiba kat rumah dah pukul 10.00 malam.Terasa penatnya badan.Aku bersihkan diri dan terus masuk tidur.Begitulah perjalanan aku ke Kelantan.Alhamdulillah aku bersyukur kepada Mu ya Allah kerana memudahkan perjalananku dan kami semua selamat pergi dan balik.

Tuesday, September 13, 2011

UPSR bermula

Hari ini 13 September 2011, bermulalah hari yang ditunggu-tunggu oleh calon-calon UPSR.Sejak jam 6.30 pagi calon-calon telah tiba ke sekolah.Ada yang telah membuka buku untuk ulangkaji dan ada yang duduk-duduk saja.Hinggalah cikgu Nazli tiba bermulalah sarapan di edarkan kepada semua calon dengan dilayani oleh ibu-ibu mereka bersama si bapa.

Ramai ibu dan bapa mula hadir.Pak Imam pun ada.Aku bersama rakan HEM ku mengatur rancangan dengan meminta ibu bapa ke surau sekolah untuk membaca Yassin dan solat hajat.Manakala calon UPSR diberikan taklimat tentang perkara perlu sebelum hadapi UPSR.Aku pula membuat pemantauan ke kelas bagi mempastikan perjalanan kelas berjalan dengan lancar.

Dalam aku membuat pemantauan tiba-tiba muncul pegawai PPD En Hamzah Ahmad.Aku mengiringi beliau ke dewan peperiksaan UPSR.Aku pula ke pejabat untuk mengambil buku pelawat dan dibawa ke dewan.Selepas itu aku mengiringi beliau ke balai bacaan dan bertemu dengan calon UPSR.Beliau memberikan kata-kata semangat dan nasihat agar menjawab soalan dengan teliti dan terbaik.

Selepas itu,beliau mengajak aku ke pejabat untuk memantau fail-fail pejabat.Beliau melihat buku kehadiran guru dan melihat fail-fail yang ada di dalam almari besi.Satu demi satu beliau lihat tiada isi di dalam fail.Aku berasa susah hati juga melihat keadaan begini.Aku buka satu lagi almari besi dan ambil fail kewangan dan tunjukka

Friday, September 9, 2011

Lawatan Balas ke SAMURA



9 September 2011,2 buah bas dari SK LKTP Redong tiba di SAMURA.Kami disambut oleh guru-guru SM Sains Muar termasuk Pengetuanya Hj.Samian Bin Sawiro.Kami semua diberikan sarapan pagi di dewan makan.Kemudian,semua murid bersama pelajar SAMURA memulakan program Motivasi manakala kami di kalangan guru dan ibu bapa ke bilik seminar untuk mendengar taklimat daripada pengetua.Banyak input yang kami peroleh akan perkembangan SAMURA dan tentang cara kemasukan ke sekolah berkenaan.Selepas itu,kami ke astaka untuk bertemu dengan pelajar SAMURA yang pernah mengikuti Program Jom Masuk Kampung di Felda Redong yang lalu.
Lebih kurang 30 minit kemudian kami ke dewan makan semula untuk menikmati makan tengah hari.Kemudian kami ke masjid Jame' Tanjung Agas untuk solat Jumaat.Selepas itu,kami kembali semula ke SAMURA untuk program solat hajat UPSR bersama ustaz yang mengajar di SAMURA.
Selepas itu,kami kembali semula ke dewan makan untuk minum petang dan bersiap untuk bergerak pulang.
Jam 3.20 kami pun bergerak keluar dari SAMURA untuk bersantai di Tanjung Emas.Labih kurang 30 minit kami bersantai di sana dan kemudian jam 4.30 petang kami bergerak ke masjid Tanjung Agas untuk solat Asar.Selesai solat Asar lebih kurang jam 5.10 kami pun bertolak pulang ke Felda Redong.Kami tiba di Felda Redong pada jam 7.15 petang.Ramai ibu bapa dan penjaga murid telah sedia menunggu di perkarangan sekolah untuk membawa anak-anak masing-masing pulang ke rumah.Aku bersama anakku bersolat maghrib di surau sekolah.Selepas itu barulah pulang ke rumah.
Program ini dapat membantu murid-murid tahun 6 yang akan menghadapi UPSR untuk bersua muka dengan pelajar SAMURA untuk memberikan kata-kata semangat dan mendoakan kejayaan mereka untuk menjadi pelajar yang cemerlang.



Thursday, September 8, 2011

Marhaban telah bermula

Sudah menjadi budaya orang kita,apabila syawal menjelma maka hari raya disambut dengan meriah sekali.Puasa sebulan raya pun sebulan.Selepas seminggu berhari raya bersama keluarga dan saudara-mara,maka penghuni taman tempat tinggal aku mulalah bermarhaban dari satu rumah ke satu rumah pada setiap malam.

Sambutan untuk menyertai marhaban ni begitu menggalakkan.Masing-masing begitu terkesima dengan program ini.Penyediaan juadah yang pelbagai mengikut kemampuan dan kreativiti masing-masing disajikan untuk program ini.Dalam pada tu ada juga yang ambil kesempatan untuk mengadakan tahlil dan doa selamat.Hal ini memerlukan masa maklumlah pada satu malam paling kurang 4 rumah perlu dikunjungi.

Dalam masa Ramadhan yang lalu,aku selalu memperhatikan gelagat penghuni di kediamanku.Aku lihat kalau bersolat tarawikh tu boleh dibilang kehadirannya.Daripada hampir 45 orang kalangan lelaki dewasa tak masuk remaja dan kanak-kanak,yang pasti 5 orang aje yang maintain,40 lagi tu ada yang tak jengah langsung ke surau maupun ke masjid.Aku bukan nak buruk sangka,tapi begitulah kenyataannya.

Apabila kita kurang ilmu dan tidak mahu untuk belajar atau membaca begitulah jadinya.Kita akan jadi orang Islam yang umpama buih di lautan.Yang apabila dipukul ombak akan pecah jadi.Tiada kekuatan jiwa dan rohani di hati mereka untuk mendalami agama yang suci.Hanya sekadar tau solat,puasa,haji.Yang lain hampeh.Sebab itulah apabila diterangkan tentang agama Islam mereka anggap sudah tahu.Tak perlu belajar lagi.Cukup sekadar tau mandi wajib,berwudhu' dan nikah kahwin.Namun untuk mendalaminya jauh sekali.Sebab itulah apabila kita lihat saudara kita berwudu' banyak yang membazir airnya.Sapu anggota pun tak rata,mana nak sah solatnya.Solat pula ambil yang wajib aje,yang sunat abaikan.Ada pula yang tak solat langsung.Banyak alasan diberi.Kononnya pakaian kotor,tak bawa telekung,nanti buat kat rumah,kejap lagi,pakai niat aje tak apa dan macam-macam jawapan lagi.

Wednesday, September 7, 2011

Tak sepatutnya dilakukan

Aku meminta murid tahun 6 untuk tidak balik seperti biasa kerana aku ingin membuat kelas tambahan kepada mereka.Aku janji akan benarkan balik pada jam 2.45 petang.Terdengar suara-suara sumbang di kalangan murid yang berkata:
"Balik pukul 4 tak apa cikgu"
"gi sekolah agama bukannya belajar"
"ustazah sembang aje,cikgu"
"kalau budak bergaduh,dia suruh selesaikan sendiri"
"ustaz tu janggut aje panjang,tapi tidur aje"
"budak-budak bising aje,ada yang main sebab ustazah kat bilik guru makan kuih raya aje"

Waduh,cubalah direnungkan apa yang dikata.Aku tak berani nak komen apa.Ini perkataan daripada budak-budak tahun 6 yang telah matang dan ingin belajar.Bagaimana nak melahirkan insan yang baik,kalau bersekolah agama pun tiada faedah kepada mereka.Bagaimanalah kalau anak kita berada di sekolah tersebut.Kepada siapa nak dilaporkan hal sedemikian.Agaknya kita pergi ambil video masukkan dalam you tube satu dunia tahu perjalanan di sekolah agama berkenaan.Mak bapak hantar anak ke sekolah dengan harapan agar anak mereka menjadi manusia yang berguna.Tapi kalau inilah gambarannya fikir-fikirkanlah generasi yang akan datang macam mana keadaan mereka.

Sesuatu yang meralatkan

Sesudah salam solat dan berdoa,tiba-tiba imam mengumumkan bahawa ada seorang musafir yang memohon sumbangan untuk perjalanannya ke Terengganu kerana telah mendapatkan pekerjaan di sana.Aku terkejut bahawa musafir ini menumpang di sebuah gereja untuk menginap.Tertanya-tanya dalam hati dan jemaah yang lain juga terkejut apabila dimaklumkan hal yang sedemikian.Si Musafir ini memerlukan sumbangan RM300 untuk meneruskan perjalanan beliau ke sana.Persoalannya mengapa si musafir ini menumpang di gereja,sedangkan di masjid terdapat hotel 5 pintu lagi.Kenapa tak diberikan untuk menumpang sementara,atau kerana tak ada duit nak bayar sewa.Di sinilah kelemahan yang nyata di pihak pentadbiran masjid yang tidak peka akan permasalahan saudara seislam kita.Berikanlah untuk musafir tadi bermalam tanpa bayaran(free of charge) dan wang tabung masjid dikeluarkan kepadanya untuk digunakan sebagai sumbangan pihak masjid.Tak perlulah nak diumumkan,bincanglah secara personal dan selesaikan masalah yang dihadapi.Ni diumumkan melalui pembesar suara.Kalau si kafir tahu hal ini tentulah mereka senyum-senyum simpul atau mengejek betapa lemahnya kebajikan yang dilakukan oleh orang Islam itu sendiri.

Saturday, September 3, 2011

Selamat Hari Raya Aidil Fitri

Kami sekeluarga mengucapkan Selamat Aidul Fitri untuk semua umat Islam.Kami memohon kemaafan dan keampunan seandainya selama ini terdapat kata-kata atau tingkah laku yang kurang menyenangkan daripada kami sekeluarga sama ada disedari maupun tidak.Semoga semuanya sukses dan bergembira di sepanjang Syawal ini.

Hari pertama syawal,aku bersama anak-anak lelakiku ke masjid Jame' Labis untuk solat sunat hari raya aidul fitri.Kali ini aku memilih ke masjid untuk bersolat sunat aidul fitri.Sebelumnya aku melakukannya di Surau Al Islah Taman Mewah.Pada tahun ini aku tidak bertugas di sana sebagai bilal kerana bilal yang ada menjalankan tugasnya seperti biasa.

Setelah bersolat sunat hari raya,aku pulang ke rumah dan seperti biasa bersiap-siap untuk pulang ke kampung.Tempat pertama yang kami tuju adalah ke Tanah Perkuburan ibu dan ayahku.Kami sekeluarga bertahlil dan berdoa semoga roh kedua-dua ibu bapaku dicucuri rahmat. Selepas itu kami bergerak ke Kg Kuala Paya ke rumah akak ku yang sulung.Kami berkumpul di situ sebagai tanda rasa bersyukur aku kerana akak ku yang sulung inilah yang berkorban masa dan tenaganya menjaga kami semasa kami masih kecil lagi.

Setelah itu kami bergerak menuju ke rumah akak ku yang kedua di Kg Tonjos Pekan Jabi.Kakak ku ini telah uzur namun masih boleh bergerak kerana telah lama sakit.Alhamdulillah beliau telah sihat dan boleh bergerak.Kami telah bertembung dengan keluarga beliau semasa di tanah perkuburan ibu dan ayah ku ketika aku sampai di sana tadi.

Kemudian,kami bergerak ke rumah anak saudara ku iaitu anak kepada kakak ngah ku.Selepas itu kami menuju ke rumah abang ku di Jalan Pemuda.Ikutkan nak ke rumah abang Majid di Taman Mewah Buloh Kasap tapi beliau tidak ada kerana juga berhari raya.Selepas itu kami bergerak ke rumah abang Mad di Bukit Siput tapi beliau juga tiada di rumah.Kami pun baliklah ke rumah dan berehatlah hinggalah ke Maghrib.Malamnya selepas solat Maghrib kami bergerak semula ke rumah abang Mad.Di sana kami bertemu semula dengan abang Li yang juga datang ke rumah abang Mad.

Hampir jam 11.00 malam barulah kami bertolak pulang ke rumah.Keesokan harinya setelah siap berkemas di rumah kami bergerak ke Johor Bahru ke rumah kakak ipar ku di Taman Aman Senai.Dapat khabaran isteri abang ipar ku masuk ICU kerana lemah jantung.Di rumah kak Munah kami bertemu dengan kak long dan anak-anak serta Dolah abang isteriku bersama keluarganya.

Kami membacakan Yassin dan berdoa semoga kak Ani sembuh daripada sakitnya.Setelah itu kami bergerak ke Hospital Pakar Sultan Abd Samad untuk ziarah keluarga Abang Yunus. Kemudian kami bergerak ke Pasir Gudang ke rumah Dolah.Hampir jam 5.00 petang kami bergerak semula ke JB iaitu ke Taman Tun Aminah rumah kak Long.Kami dihidangkan mee goring dan roti canai(tempah kat kedai Mamak).Setelah selesai solat Maghrib dan Jamak Isyak kami bergerak pulang ke Labis.Kami singgah kat R & R Macap untuk minum malam dan menyegarkan sedikit mata yang dah mulai mengantuk.

Kami tiba di rumah hampir jam 10.30 malam.Kepenatan yang amat sangat membuatkan aku terlena tidur.Namun,jam 3.40 pagi dah terjaga untuk buang air.Lepas tu sukar untuk tidur hinggalah Subuh menjelang aku bergegas ke Masjid untuk solat subuh berjemaah.

Hari ke tiga raya,kami berehat di rumah.Tapi kakak ngah dan keluarganya datang pada tengah hari ke rumah ku.Kami menghidangkan mee goring dan kuih yang ada.Selepas kakak ku pulang, abang li pula tiba bersama keluarganya.Sehinggalah ke malam tiada tetamu yang datang.Tiba jam 9.45 tiba-tiba telefon berbunyi,seorang bekas anak muridku pula nak datang.Aku menyambutnya berhari raya di rumah.Kalau dulu dia bujang kini telah pun beristeri.Kami bersembang agak lama juga hingga ke jam 12.00 malam barulah dia pulang.Selepas itu kami pun membersih diri dan tidurlah selena-lenanya.Namun,jam 4.30 pagi aku terjaga kerana nak buang air.Lepas tu terus tak tidur dan bersiap untuk ke masjid bersolat subuh berjemaah.

Saturday, August 27, 2011

Salam 'idil Fitri

Menghidupkan Malam Hari Raya
“Sesiapa menghidupkan malam hari raya fitrah dan malam hari raya korban, nescaya hatinya tidak mati pada hari hati-hati lain mati”. (Riwayat Imam at-Thabrani dari ‘Ubadah r.a.)
Hadis ini menurut Imam Nawawi dalam al-Majmu’; sanadnya adalah dhaif. Namun menurut ulamak, hadis dhaif harus diamalkan dalam fadhilat amalan. (Lihat; Mughni al-Muhtaj, jil. 1, hlm. 426).

Orang perempuan juga digalakan menghadiri perhimpunan solat hari raya. Jika tidak boleh solat, dapat dengar khutbah.
Diriwayatkan dari Ummu 'Atiyah ra. ia berkata : Rasulullah saw. memerintahkan kami keluar pada 'idil fitri dan 'idil adha, semua gadis-gadis, wanita-wanita yang haid, wanita-wanita yang tinggal dalam kamarnya. Ada pun wanita yang sedang haid mengasingkan diri dari tempat solat, mereka menyaksikan kebaikan dan mendengarkan khutbah. Saya berkata : Ya Rasulullah bagaimana dengan kami yang tidak mempunyai jilbab? Beliau bersabda : Pinjamlah daripada saudara mara kamu. ( H.R : Jama'ah)

Makan dahulu sebelum pergi solat 'idil Fitri.
Diriwayatkan dari Buraidah ra. ia berkata : Adalah Nabi saw keluar untuk solat 'idil fitri selepas makan terlebih dahulu dan tidak makan pada 'ldil adha sehingga beliau kembali dari solat hari raya. ( H.R : Ibnu Majah, At-Tirmidzi dan Ahmad)

Tidak melalui jalan yang sama waktu pergi dan balik solat hari raya.
Diriwayatkan dari Jaabir ra. ia berkata : Adalah Nabi saw apabila keluar untuk solat hari raya ke mushalla, beliau menyelisihkan jalan ( yakni waktu pergi melalui satu jalan dan waktu balik melalui jalan yang lain ). (H.R : Bukhari )

Bertakbir
Nabi S.A.W bertakbir pada 'idil fitri bermula dari keluar dari rumah sehingga sampai di tempat solat hari raya. (HR Baihaqi)

Salam 'idil Fitri dari saya sekeluarga.
Maaf Zahir dan batin.

Zakat Fitrah

Ibnu Umar meriwayatkan: “Rasulullah SAW mewajibkan zakat fitrah di bulan Ramadan kepada setiap orang muslim, sama ada dia merdeka atau hamba, lelaki mahu pun perempuan. Iaitu segantang kurma atau gandum.” (HR Muslim)

Menurut jumhur ulama, zakat fitrah mesti dibayar dalam bentuk makanan asasi pada suatu negeri. Jadi di Malaysia, zakat fitrah dibayar dalam bentuk beras.

Apakah zakat fitrah boleh dibayarkan dalam bentuk wang?
Menurut ulama Hanafiyah, boleh dibayarkan dengan nilainya (qiimatuhu), iaitu dalam bentuk wang yang setara nilainya dengan makanan.
Mana kala menurut ulama jumhur (Malikiyah, Syafi’iyah, Hanabilah), tidak boleh dibayar dengan nilainya. Zakat fitrah mesti diberi dalam bentuk makanan (beras).

Biasanya amil atau pusat pungutan zakat menerima bayaran zakat fitrah dalam bentuk wang tetapi menyampaikannya kepada yang berhak dalam bentuk beras.

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam mewajibkan zakat fitrah dan memerintahkan agar ia dibayar sebelum solat Aidil Fitri. [HR al-Bukhari]

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam mewajibkan zakat fitrah sebagai satu pembersihan bagi orang-orang yang berpuasa dari perbuatan yang sia-sia dan perkataan kotor, dan sebagai makanan untuk orang miskin.[HR Abu Daud]

Selamat Aidil Fitri

Saya sekeluarga mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidil Fitri kepada semua umat Islam tak kira di mana sahaja mereka berada.Mohon ampun dan maaf seandainya saya sekeluarga ada membuat kesilapan dalam menulis di dalam blog ini.Apabila tiba hari raya sudah pasti bagi mereka yang beriman dan beramal soleh akan gembira dan bersyukur kepada Ilahi atas kejayaan dapat menunaikan ibadat puasa selamat sebulan.Di saat beginilah kita yang beriman mengucapkan rasa syukur yang teramat sangat kepada Allah kerana tanpanya belum pasti kita dapat menikmati kehidupan yang bahagia di samping keluarga dan sanak saudara.

Dewasa ini masih kedapatan umat Islam menyambut hari raya dengan melanggar sunnah nabi. Di saat penghujung ramadhan kita bertungkus-lumus untuk meningkatkan ibadah sempena lailatul qadr,namun di setiap masjid dan surau semakin susut jemaahnya.Mereka lebih membuat persediaan untuk menyambut hari raya.Sedangkan kita telah diberitahu dan diberikan peringatan sesungguhnya sesiapa yang beramal pada 10 akhir ramadhan akan dilipatgandakan amalan pahalanya hingga 1000 bulan.Betapa lemahnya iman jika lebih fokus untuk sambut hari raya.

Justeru,sama-samalah kita saling mengingati agar kita tidak tergelincir dari apa yang telah diajarkan kepada kita semua tentang sunnah nabi Muhammad.

Sunday, August 21, 2011


Download video clip In Team Akrab Persahabatan

Lirik Lagu Insya Allah

Ketika kau tak sanggup melangkah
Hilang arah dalam kesendirian
Tiada mentari bagai malam yang kelam
Tiada tempat untuk berlabuh

Bertahan terus berharap
Allah selalu di sisimu

Insya Allah, Insya Allah
Insya Allah ada jalan
Insya Allah, Insya Allah
Insya Allah ada jalan

Every time you commit one more mistake
You feel you can’t repent and that it’s way too late
You’re so confused wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame

But don’t despair and never lose hope
’Cause Allah is always by your side

Insya Allah, Insya Allah
Insya Allah you’ll find a way

Insya Allah, Insya Allah
Insya Allah ada jalan

Turn to Allah He’s never far away
Put your trust in Him, raise your hands and pray
Oh Ya Allah tuntun langkahku di jalanmu
Hanya engkaulah pelitaku
Tuntun aku di jalanmu selamanya

Insya Allah, Insya Allah
Insya Allah we’ll find our way
Insya Allah, Insya Allah
Insya Allah we’ll find our way

Insya Allah, Insya Allah
Insya Allah we’ll find our way
Insya Allah, Insya Allah
Insya Allah we’ll find our way

Maher Zain - InsyaAllah


Download video clip Maher Zain Insya Allah (feat. Fadly Padi)

Saturday, July 30, 2011

TAZKIRAH RAMADHAN AL-MUBARAK

TAZKIRAH RAMADHAN AL-MUBARAK

Pertama

Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan " "Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan kerana dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:

* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);

* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri;

* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.

Maka Rasulullah saw pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali.

Dapatkah kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah Rasullullah saw dan para sahabat , dan dilakukan pada hari Jumaat.


Kedua

Dari Anas bin Malik r.a. dari Nabi SAW, baginda telah bersabda yang bermaksud:

" 1- Barangsiapa mendatangi majlis ilmu di bulan Ramadhan, maka Allah taala mencatat tiap-tiap langkahnya sebagai ibadat satu tahun dan dia akan bersamaKu di bawah panji-panji Arasy,

2- Barangsiapa memelihara solat berjemaah di bulan Ramadhan, maka tiap-tiap rakaatnya akan diganjari satu kota yang penuh dengan nikmat Allah taala,

3- Barangsiapa yang berbuat baik kepada kedua ibubapanya di bulan Ramadhan, maka dia akan memperolehi perhatian Allah taala dengan penuh kasih sayang, sedangkan aku (Rasulullah SAW) menjaminnya di dalam Syurga,

4- Seseorang isteri yang mencari keredhaan suaminya di bulan Ramadhan, maka baginya pahala seperti pahalanya Maryam dan Asiah,

5- Barangsiapa menolong keperluan saudaranya yang muslim di bulan Ramadhan, maka Allah taala akan menolongnya seribu keperluannya di hari Qiamat kelak ".


Ketiga

Puasa akan sempurna dengan menjaga 5 perkara tersebut :

1- Memejamkan mata dari segala sesuatu yang tercela menurut syara'
2- Menjaga mulut dari perkataan atau membicarakan tentang keaiban orang lain
3- Menahan telinga daripada mendengar sesuatu yang dibenci, cth : nyanyian yang melalaikan
4- Mengguna dan memakan makanan serta minuman yang halal lagi berkat dengan menjauhkan barangan makanan serta minuman yang syubhah, cth : Produk Yahudi dan sekutunya
5- Hendaklah orang yang berpuasa tidak terlalu banyak makan sampai perut penuh saat berbuka walaupun makanan itu halal.

Mukjizatnya Azan

Pesanan Semasa Mendengar Azan…

Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui. Cuba kita amati. Mengapa kebanyakan orang yang nazak, hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa…. lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan ‘sakaratul maut’.

Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: “Hendaklah kamu mendiamkan diriketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya.”Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, janganberkata apa-apa pun semasa azan berkumandang.

Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormati azan. Banyak fadhilatnya. Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri. Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak .

Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita tidak dapat mengucap kalimah “Lailahaillallah. .” yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan syurga untuk mereka.

Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut. “Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah “Lailahaillallah. ..”semasa sakaratul maut menghampiri kami.
Amin..amin.. amin Yarobbal a’lamin..”

WASIAT NABI MUHAMMAD S.A.W. kepada SAIDINA ALI R.A.;
Wahai Ali, bagi orang ‘ALIM itu ada 3 tanda2nya:
1) Jujur dalam berkata-kata.
2) Menjauhi segala yg haram.
3) Merendahkan diri.

Wahai Ali, bagi orang yg JUJUR itu ada 3 tanda2nya:
1) Merahsiakan ibadahnya.
2) Merahsiakan sedekahnya.
3) Merahsiakan ujian yg menimpanya.

Wahai Ali, bagi org yg TAKWA itu ada 3 tanda2nya:
1) Takut berlaku dusta dan keji.
2) Menjauhi kejahatan.
3) Memohon yang halal ker ana takut jatuh dalam keharaman.

Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda2nya:
1) Mengawasi dirinya.
2) Menghisab dirinya.
3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.

Gambaran Hari Kiamat

- Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

- Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

- Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

- Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

- Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

- Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

- Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

- Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

- Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

- Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

- Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

ⅰ- Pemimpin yang adil.
ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.
ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

- Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

- Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

- Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.

- ‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

- Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

- Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.

- Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

- Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

- Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

- Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

- Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

- Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

- Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.

- Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

- Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.

Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞ Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :

① Sedekah/amal jariahnya.

② Doa anak²nya yang soleh.

③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

Sumber: Amar Sufi

Trend tudung yang dilarang

Ini fesyen bertdung zaman sekarang yang dibanggakan ramai. Hadis nabi, “Barangsiapa yang meniru sesuatu kaum, maka ia termasuk dari kalangan mereka“.. – Riwayat Abu Daud.

RAMAI MASIH BELUM MENGETAHUINYA, JADI SAMPAIKANLAH KEPADA MEREKA…

tudung

Agenda kafir Laknatullah untuk menyesatkan wanita Islam. Adakah ini suatu kebetulan? Sememangnya agenda Kristian itu amat dahsyat untuk menjahanamkan umat Islam. Mungkin ramai yang tidak mengetahuinya. Sebar-sebarkanlah. Selamatkan wanita Islam..

Ya Allah, lindungi kami..

Wahai wanita, janganlah kamu memakai tudung yang dibutang/di pin di belakang sehingga menampakkan bentuk leher di hadapan. Gayanya tak ubah seperti birawati kristian laknatullah. Jauhilah dari memakai sebegini. Agenda kafir laknatullah itu sangat halus sehingga kita tidak sedar, ketahuilah wahai manusia sekalian.

Jangan jadikan Telekung satu isu

Saya lupa bawa telekung, nanti saya qada’ aje solat bila sampai rumah,”

Skrip biasa, terutamanya di shopping complex. Sepertinya solat itu tidak penting, boleh saja diqada’-qada’. Yang lebih penting adalah telekungnya. Tiada telekung, tak boleh solat! Begitukah?

Jika diamati syarat sah solat, cuma 5 perkara:

* Yakin telah masuk waktu
* Menutup aurat
* Mengadap kiblat
* Suci daripada najis pada badan, pakaian dan tempat solat
* Suci daripada hadas kecil dan hadas besar

Tercari-cari juga, tiada pula dalam list – Wajib memakai telekung. Jadi, wajibkah?

Mengapa hendak dipersulit dan diperberatkan hukum-hakam Islam yang sebenarnya cukup mudah dan simple.

Dan tidaklah Allah jadikan bagi kalian dalam agama ini kesulitan.” [ Al-Hajj : 7]

Yang pentingnya dalam soal berpakaian ketika bersolat ialah menutup aurat dan bersih daripada najis. Apa sahaja pakaian kita, jika memenuhi 2 syarat tersebut, maka tidak perlulah ragu-ragu lagi.

Telekung cuma adat, bukan syarat. Majoritinya, hanya wanita-wanita di benua Nusantara yang mengamalkan adat ini. Sememangnya tidak salah bertelekung, malah sangat baik sebenarnya, kerana lebih sopan dan selesa. Cuma jika ia dijadikan sandaran yang akan mencacatkan solat kita, maka itulah prinsip yang salah.

Pilihlah mengikut keselesaan dan yang mana lebih mudah. Jika merasakan bertelekung lebih mudah, maka itulah yang terbaik. Bagi saya sendiri, jika solat sehari-harian di rumah atau di kolej, saya lebih selesa bertelekung. Cuma apabila dalam keadaan tergesa-gesa atau berpergian, maka pakaian yang ada sahaja sudah amat memadai. Yang penting, cukup syarat.

Eh, betul ke ni.. Nampak pelik la kalau tak pakai telekung. Macam tak sempurna je tutup auratnya..

Untuk persoalan sebegini, mungkin perlu ditanya kembali diri kita. Jika kita merasakan pakaian kita itu tidak cukup sempurna untuk bersolat, jadi, adakah kita sekarang ini tidak menutup aurat..?

Bahana Meninggalkan Solat Fardu Lima Waktu

Bahana Meninggalkan Solat Fardu Lima Waktu
Subuh – Allah SWT akan mencampakkannya ke dalam neraka Jahannam selama 60 tahun. Sahabat sekalian, 1 tahun di akhirat tidak sama dengan dunia. Jika 1 tahun di dunia kita sudah rasa agak lama, di akhirat 1 tahun bersamaan dengan 60,000 tahun di dunia. MasyaAllah. 7 keturunan kita pun belum lepas 1 tahun jika kita hidup di akhirat.

Zuhur – Dosa sama seperti membunuh 1000 orang muslim. Sedangkan membunuh seorang orang Islam pun kita akan dicampakkan ke neraka, bayangkan kita telah membunuh 1000 orang muslim. Betapa azabnya kita. Begitu mudah kita mencari dosa tersebut hanya dengan meninggalkan solat Zuhur yang mana jika dilakukan, 15 minit pun tak sampai.

Asar – Dosa sama seperti meruntuhkan Ka’abah. MasyaAllah, sanggupkah kita meruntuhkan kiblat umat Islam? Renungkan berapa kali sudah kita meninggalkan solat asar dengan sengaja? Dan renungkan juga berapa kali sudah kita meruntuhkan Ka’abah.

Maghrib – Dosa sama seperti berzina dengan ibubapa sendiri. Saya tak sanggup nak menyedarkan diri saya dengan lebih panjang akan dosa meninggalkan solat maghrib ini. Rasa amat bersalah dengan ibu saya sendiri.

Isyak – Allah SWT berseru kepada mereka “Hai orang yang meninggalkan solat Isyak, bahawa Aku tidak lagi redha engkau tinggal dibumiKu dan menggunakan nikmat-nikmatku, segala yang digunakan dan dikerjakan adalah berdosa kepada Allah SWT.” Sahabat Oh! Islam sekalian, ketika anda membaca artikel ini anda masih menyedut udara untuk bernafas. Adakah udara itu diredhai Allah SWT? Jika Allah mengenakan charge RM10 setiap kali kita menyedut udara, sudah tentu baru ramai antara kita yang akan tersedar dari tidur.

Oleh itu,sedarlah diri,siapakah kita,kita tak punya apa-apa.Segala isi alam ini kepunyaan Allah.Kita dihidupkan hanya untuk beribadat kepada Nya.


SOLAT SUNAT TARAWIH: HIKMAH DAN CARA

Solat sunat muakkad berjamaah ialah; Solat Sunat Hari Raya, Solat Sunat Khusuf dan Kusuf, Solat Sunat Istisqa’ dan Solat Sunat Tarawih.

Solat Sunat Tarawih, (1) ialah solat pada malam bulan Ramadhan. Nama sebenarnya, seperti yang disebut oleh hadis sahih, ialah solat Ramadhan (Qiyam Ramadhan).

Tarawih adalah kata jamak bagi tarwihah, ertinya berhenti rehat. Qiyam Ramadhan ini dilakukan dengan setiap empat rakaat berhenti rehat, maka empat rakaat itu dipanggil satu tarwihah. Kalau sembahyang itu 20 rakaat, maka akan ada lima tarwihah, atau mengikut nahu Arab lima tarawih. Tidak ada hukum untuk berehat. Seseorang boleh sahaja terus sembahyang hingga habis, tanpa berhenti.

HlKMAH

Solat sunat tarawih (Qiyam Ramadhan) dilakukan pada malam Ramadhan, secara berjamaah. Solat ini dilaksanakan dengan “berehat-rehat”, kerana ia biasanya dilakukan di masjid secara berjamaah. Maksud berhenti rehat adalah berhenti sekejap. Tujuan solat berehat-rehat untuk mengelakkan ketegangan badan selepas berbuka puasa, disamping memberikan keikhlasan dan ketenangan kepada orang yang sembahyang, khususnya orang yang berumur.

Solat ini digalakkan sebagai cara untuk menghidupkan malam bulan Ramadhan. Nabi menggalakkan orang qiyam Ramadhan, tanpa menjadikannya wajib. Baginda bersabda: “Siapa yang qiyam Ramadhan dengan beriman dan cermat(ihtisaban)(2) akan diampuni dosanya yang lalu.” (Riwayat Jamaah)(3)

Bulan Ramadhan bulan yang penuh berkat dan diberikan hikmat, antaranya ialah malam diturunkan Quran dan “lailatul qadar”. Solat tarawih dapat menghapuskan segala dosa yang dilakukan oleh seseorang. Solat tarawih ini jika dilakukan pada bulan selain bulan Ramadhan dipanggil solat malam – “solat lail”. Namun solat tarawih lebih utama kerana kedudukannya pada bulan Ramadhan. Solat ini tidak pernah ditinggalkan oleh Nabi, tetapi cara melakukannya ada kalanya berjamaah di masjid dan ada kalanya tidak.

CARA

Solat sunat tarawih atau qiyam Ramadhan dilakukan selepas solat Isya. Jumlah rakaatnya berbeza-beza antara lapan, dua puluh, tiga puluh dan sebagainya. Terdapat hadis Bukhari dan Muslim mengatakan bahawa Saidatina Aisyah r.anha, isteri Rasulullah s.a.w, melihat baginda bersolat tarawih di rumah lapan rakaat.(4) Dan terdapat amalan sahabat Nabi s.a.w yang pernah menjadi imam solat tarawih pada zaman Nabi, iaitu Ubai bin Kaab r.a, yang mendirikan solat ini 20 rakaat (juga diriwayatkan oleh Bukhari).(5)

Terdapat juga amalan penduduk Madinah melakukan solat tarawih 36 rakaat, dan dalam hadis riwayat al-Baihaqi mengatakan ada sahabat yang solat tarawih 200 rakaat.(6) Mereka berpendapat bahawa solat tarawih (qiyam Ramadhan) adalah nama lain bagi solat mutlak malam (qiyamul lail}. Jika qiyamullail tidak dihadkan jumlah rakaatnya, maka qiyam Ramadhan pun demikian.

Solat sunat Ramadhan lapan rakaat, seperti yang dilihat oleh Aisyah r.anha di rumah, adalah yang minimum. Jumlah ini dipilih oleh segelintir umat Islam. Namun, solat tarawih 20 rakaat menjadi pilihan Imam Shafei, Hanbali dan Hanafi. Alasannya ialah amalan 20 rakaat itu dilakukan oleh Ubai bin Kaab r.a di masjid. Beliau, yang pernah menjadi imam pada zaman Nabi s.a.w, zaman Saidina Abu Bakar r.a dan zaman Saidina Umar r.a, melakukan solat tarawih 20 rakaat,(7) sehingga Saidina Umar r.a pun menetapkan solat tarawih berjamaah di masjid 20 rakaat.(8)

Sebagai hamba kepada Allah yang ingin mengabdi dan berbakti, kita mempunyai pilihan, keupayaan dan kehendak sendiri. Sebabnya, solat tarawih ini ibadat tambahan, dan satu cara untuk menunjukkan kebaktian dan ketaatan kepada Allah, maka Rasulullah s.a.w menyuruh ia dilakukan mengikut kemampuan (9), keikhlasan dan kerelaan. Sekiranya memadai dengan lapan, atau perlu ditambah hingga 20, itu hanyalah pilihan.

Perlu diingatkan ialah manusia perlu menjaga kesihatan, perlu tidur, perlu rehat seperti yang disabdakan oleh Nabi: “Adakah kamu yang memberitahu aku, kamu berpuasa pada siang hari dan solat sepanjang malam? Maka Abdullah bin Amru menjawab: Benar! Maka sabda Nabi: “Jangan buat begitu. Tetapi puasalah, bukalah, solatlah dan tidurlah. Badan kamu ada hak, dan mata kamu pun ada hak.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)(10).

Solat tarawih dilakukan dengan setiap dua rakaat satu salam. Selepas membaca bacaan wajib iaitu Fatihah, sunat membaca sebarang ayat atau surah daripada Quran, tidak kira pendek atau panjang, atau berulang-ulang, asalkan bacaan itu betul dan solat ini dibuat dengan cermat. Tidak ada hadis Nabi tentang bacaan surah ini.

Segala bacaan di luar solat, seperti salawat, doa dan periwayatan khalifah tidak termasuk amalan solat tarawih, tetapi hanya selingan antara solat. Tidak ada larangan untuk bersalawat atau berdoa, jika cara dan adab melakukannya baik. Dan ia tidak menjejaskan solat tarawih jika ditinggalkan.

Nota:

Sekiranya solat sendirian di rumah, maka bolehlah membaca surah panjang atau ayat Quran sebanyak-banyaknya. Namun sekiranya berjamaah di masjid umum, maka pendapat yang terpilih ialah bacaan imam haruslah ringkas, yang terdiri lima atau enam ayat untuk satu rakaat. Perkara yang perlu dijauhi ketika mendirikan solat sunat, apa jenis solat sunat pun, ialah menjauhkan sikap riya’. Hal ini ditegah Allah: “Celakalah (orang yang solat) yang mereka menunjuk-nunjuk. (al-Ma’un :6)(11)

Lafaz niat:

Ø£ ُصـَــلـِّــى سـُــنـَّÙ€َــة َ الــتـَّÙ€َــرَاو ِيـْــح ِ رَكـْــعـَــتـَــيـْــن ِ لـِــلـَّÙ€َـه تـَــعـَــالـَــى

Niat di hati: “Sengaja saya solat sunat tarawih dua rakaat kerana Allah Ta’ala.”

PERINGATAN:

Semua solat sunat bersendirian boleh dilakukan dengan cara duduk (solat fardhu tidak sah dilakukan sambil duduk sekiranya berkuasa berdiri)(12)

Ramadhan Menjelma Kembali

Ramadhan menjelma kembali.Esok 1 Ogos 2011 bersamaan 1 Ramadhan 1432 H.Ramadhan bermula.Setiap muslimin dan muslimat,mukminin dan mukminat diwajibkan berpuasa selama sebulan.Ramadhan bulan yang mulia.Pada bulan inilah setiap orang Islam diuji akan setiap amalan puasanya sama ada diterima Allah atau sebaliknya.Kalau ibadat yang lain orang boleh lihat sama ada kita lakukan atau tidak.Tapi ibadat puasa satu amalan antara manusia dengan tuhannya. Hanya Allah sahaja yang tahu sama ada kita berpuasa sebenar-benarnya.
Kita diperintahkan supaya menahan lapar dan dahaga,tidak melakukan perkara yang mungkar dan nafsu kita dikawal sejak subuh hingga waktu berbuka puasa.Kalau pada bulan yang lain kita sentiasa digoda oleh nafsu dan syaitan.Tapi pada bulan puasa,syaitan dirantai dan diikat.Hanya nafsu yang akan sentiasa menggoda diri kita.Seandainya kita tidak dapat mengawal nafsu syahwat kita maka rosaklah amalan ibadat kita.
Dewasa ini terlalu banyak dugaan dan godaan terutama melalui media massa.Perkara yang dipaparkan banyak yang merosakkan keimanan.Televisyen merupakan alat yang telah dipergunakan bukan sahaja ke arah kebaikan bahkan banyak kepada keburukan.Sepatutnya pada bulan Ramadhan ni perbanyakkanlah rancangan berupa pendidikan,peringatan dan nasihat.Ini tidak, kebanyakan rancangan yang disiarkan tak sesuai dengan masa.Kalau waktu malam disiarkan rancangan cerita yang menarik.Maka akan mengganggu kepada mereka yang ingin menunaikan solat tarawih.Terutama anak-anak muda.Justeru,semakin jauhlah mereka daripada melakukan amalan solat tersebut.
Begitu juga,bulan ramadhan menarik lebih ramai orang Islam untuk berniaga.Kebanyakan mereka adalah peniaga bermusim.Mereka mengambil kesempatan untuk berniaga di bulan Ramadhan untuk mencari keuntungan segera dengan menjual pelbagai makanan dan minuman. Ada yang berniaga untuk mendapatkan wang bagi menyambut hari raya.Wang digunakan sepenuhnya untuk membeli keperluan hari raya.Ada yang semata-mata untuk merebut peluang dan mengambil kesempatan atas sambutan orang ramai terhadap bazar ramadhan.
Ada peniaga yang memulakan perniagaan sebelum waktu zohor lagi.Mereka membuat persiapan dengan menyediakan juadah jualan yang pelbagai.Kadang-kadang ada peniaga yang tidak melakukan amalan wajib lima waktu.Mereka meninggalkan solat dari waktu zohor,asar dan juga waktu maghrib.Apabila balik ke rumah mereka sudah penat dan pemikiran lebih berfokus untuk mencari keuntungan yang lebih pada hari esoknya.
Pada bulan ramadhan kita sepatutnya bermuhasabah diri tentang kelemahan dan kekurangan yang ada pada diri sendiri.Pada bulan inilah kita melatih diri tentang kesusahan dan kedaifan saudara kita yang hidup susah dan menderita.Kita melatih diri kita melakukan amalan-amalan sunat seperti solat tarawih dan witir.Kita bertadarus dan menghayati isi kandungan Quran dan memahaminya.Oleh itu sesudah habis bulan puasa ini kita menjadi insan yang terbaik.
Semoga setiap amalan kita diterima Allah dan kehidupan kita dirahmati dan diredhai. Insya Allah.

Friday, July 29, 2011

Aku tak menyangka yang aku begitu cepat untuk bertukar jawatan.Bermula pada 20 Disember 2008 mengikut tarikh lantikan aku sebagai GPK Kokurikulum,dan aku mula melapor diri ke SK LKTP Redong,aku merasakan masa begitu cepat berlalu.Perubahan berlaku tanpa diduga.Hampir 2 tahun setengah aku menjawat jawatan GPK Kokurikulum.Aku masih lagi dalam proses memperbaiki diri untuk belajar menjadi pentadbir yang cekap dan efisien.
Kini aku menjawat jawatan GPK 1 pula.Bermula pada 16 Jun 2011 ikut tarikh surat lantikan berkuatkuasalah aku sebagai GPK 1.Aku menguruskan pentadbiran dan akademik.Segala pengurusan tersebut aku kena tanggung.Mujur jugalah kerana mempunyai seorang guru besar yang memahami dan komited dengan urusan persekolahan.Guru Besar yang berpengalaman luas dalam pentadbiran sekolah.Banyak ilmu aku peroleh melalui beliau.Juga mempunyai rakan setugas yang memahami dan ideal dalam menjalankan tugas rasmi sekolah.Aku hanya ingin mencari keredhaan Allah.Aku tak mengejar pangkat.Segalanya aku serahkan kepada Mu Ya Allah.Kini,aku dalam dilema.Aku terima panggilan untuk pergerakan.Aku tak tahu sama ada menjadi guru besar atau bertugas di PPD.Aduh pening juga kepala dibuatnya.Aku minta pendapat guru besar.Beliau memberi respon positif.Katanya kita dah tak belajar lagi.Itu lah peluang yang ada setakat kelulusan yang kita ada.Betul juga tu.Kawan-kawan juga memberikan respon yang pelbagai.Ada yang positif dan ada juga sebaliknya.Kalau bergerak ke tempat jauh sukar juga aku nak pertimbangkan.Aku mempunyai seorang anak yang masih bersekolah rendah.Kini dalam darjah 5.Tahun depan tahun 6.Aku perlu prihatin kepadanya.Walaupun isteriku ada dan bersekolah berhampiran dengan rumahku,namun persekitaran sekolah tersebut kurang menyenangkan untuk diri anakku.Kalau aku respon terima pelawaan tersebut, mungkin aku rasa di PPD sebagai Penyelia Kanan HEM yang mana dahulu pernah ditawarkan kepada aku.Jawatan tersebut kini dijawat oleh orang yang senama dengan ku.Beliau kini terlantar sakit akibat serangan jantung dan sakit buah pinggang.Setiap bulan terpaksa membuat dialisis buah pinggang.Mungkin beliau akan ditukarkan ke sekolah dan aku dipelawa untuk mengambil alih tempat beliau.Sukar juga memikirkan hal yang sedemikian.Mana nak pilih? Kalau untuk diri sendiri,ya aku akan naik pangkat ke DGA34.Tapi anakku terpaksa kembali semula ke sekolah lamanya bersama isteriku.Anakku dah mula serasi dengan sekolah ini dan mula menampakkan peningkatan akademiknya.Entahlah.Aku rasa aku kena pertimbangkan untuk masa depan anakku daripada masa depan diriku.Mungkin peluang akan lebih terbuka untuk diriku.

Sunday, July 24, 2011

Sebuah Harapan

Semalam,masyarakat Taman-Taman Labis Arah Segamat telah selamat mengadakan majlis Lambaian Ramadan.Majlis telah diadakan di Balai Islam yang baru sahaja siap.Balai Islam ini adalah hasil daripada permohonan semasa pilihanraya kecil Labis awal Januari yang lalu.Terima kasih kepada yang mengajukan permohonan melalui dialog dengan MB Johor.
Majlis bermula pada jam 8.00 malam.Setiap ahli Kumpulan Yassin bersama keluarga datang dengan membawa makanan dari rumah masing-masing.Makanan dikumpulkan dan diatur di atur di atas meja.
Menjelang Isyak,kami semua berjemaah bersama-sama.Solat Isyak diimamkan oleh Ustaz Yahya. Selepas itu,majlis bacaan Yassin dimulakan dan diakhiri tahlil dan doa.Seterusnya,Pengerusi Kumpulan Yassin,Hj Md Zain menyampaikan sedikit kata aluan dan rancangan yang akan dijalankan untuk memanfaatkan bangunan Balai Islam ini.
Semoga majlis ini dapat mengeratkan silaturrahim di kalangan masyarakat setempat,

Wednesday, June 22, 2011

Bertukar Jawatan

Semalam,21 Jun aku ke PPD Segamat.Apa yang diperkatakan tentang perubahan jawatan aku dari GPK Kokurikulum ke GPK Pentadbiran menjadi kenyataan.Aku menerima watikah pelantikan sebagai GPK Pentadbiran daripada Tuan PPD Segamat.Beberapa amanat telah disampaikan oleh Tuan PPD kepada kami yang menerima watikah pelantikan.
Buat analisis dan budaya sekolah bagi yang baru dilantik.Bagi yang bertukar tugas pula teruskan budaya kerja yang cemerlang demi anak didik,sekolah dan PPD Segamat.Surat pelantikan berkuatkuasa 16 Jun.Aku mengucapkan kesyukuran kepada Mu Ya Allah yang menentukan takdir ku hingga ke tahap ini.Tak lupa juga kepada tuan guru besar yang mencalonkan nama ku untuk jawatan tersebut.
Aku tidak berani nak berjanji yang bukan-bukan.Aku akan terus bekerja mengikut kemampuan yang ada dengan bantuan semua warga sekolah.Kita hanya boleh merancang dan hanya Allah sahaja yang menentukan.Aku berdoa agar Allah memberikan aku kesihatan yang baik,mudahkanlah setiap pekerjaan dan urusan.Amiiin.

Wednesday, June 1, 2011

Anakku ke universiti

28 Mei yang lalu selepas pergi jemputan kahwin rakan sekolah lama,aku sekeluarga bertolak ke Kuala Lumpur.Kami bergerak menuju ke tol Tangkak.Aku memandu secara santai sahaja.Tak perlu nak tergesa-gesa.Kami singgah di R & R Seremban untuk solat jamak qasar Zohor dan Asar. Kemudian membeli sedikit makanan untuk dimakan dalam perjalanan.
Aku keluar di tol UPM Serdang dan menelefon adik ku untuk ambil dan membawa kami sekeluarga ke rumahnya di Taman Impian Emas di Cheras.Kami bermalam di sana kerana pendaftaran anakku ke UTM pada keesokan harinya.
Esok harinya jam 9.00 pagi kami pun bertolak ke UTM di Jalan Semarak.Perjalanan mengambil masa setengah jam.Tiba di Kampus kami mencari tempat parking dan meletakkan kenderaan. Kami menemani anakku untuk mendaftarkan diri.Lama juga kami menunggu proses pendaftaran. Jam hampir 12 tengah hari.Kemudian kami bergerak ke kediaman siswa yang jauhnya hampir 3 km. Setelah menghantar beg dan melihat bilik penginapan anakku,kami pun turun untuk makan tengah hari.Kami makanlah di kampus tersebut.Harga makanan pun berpatutan.Setelah itu, kami pergi ke surau untuk solat zohor dan asar secara jamak qasar. Setelah semuanya selesai aku menghantar anakku semula ke kediamannya.Setelah bersalaman kami pun berangkat pulang.Adikku telah pun balik awal.Aku pun meneruskan perjalanan balik ke Johor.Kami melalui laluan smart dan sampai di tol sungai Besi.Perjalanan tidaklah sesibuk yang dijangkakan.Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar dan selamat.Kami tiba di rumah hampir jam 6 petang.Syukur aku ke hadrat Ilahi kerana memudahkan segala urusan kami.

Saturday, May 7, 2011

Andainya berubah

Aku menjawat jawatan GPK Kokurikulum sudah 2 tahun 4 bulan.Kini ada pula ura-ura yang aku akan bertukar jawatan iaitu GPK Kurikulum.Guru Besar sudah mewar-warkan agar aku mula bersedia untuk menyandang jawatan tersebut.Hal ini demikian kerana GPK Kurikulum akan bertukar ke sekolah lain.Maka apabila telah bertukar jawatan bidang tugas juga akan bertukar dan bertambah.Aku akan menjadi pengurus akademik.Semua program akademik dan kecemerlangan UPSR perlu aku perkasakan.Aku kena proaktif.Segala dokumen perlu terkini dan kemaskini.Aku kena berfikiran terbuka demi menerima apa saja cadangan dan pandangan disamping mempunyai perancangan sendiri demi memajukan pendidikan sekolah ini.

Makan angin di Ulu Bendul

Semua anak-anakku ada bersama kami.Aku merancang untuk membawa mereka semua makan angin ke Ulu Bendul.Maka pada 30 April yang lalu kami sekeluarga bergerak ke sana bermula jam 8.00 pagi.Kami tiba di Segamat dan bersarapan pagi di Gerai Sri Rantau.Makan roti canai.Semua anakku makan dua keping seorang.Aku hanya makan sekeping sahaja.Isteri makan mee goring. Sebab roti canai bukan kegemarannya.
Kemudian,kami terus bertolak menuju ke Ulu Bendul,melalui Gemas,Bahau,Juasseh dan Kuala Pilah.Sepanjang perjalanan begitu tenang dan selesa.Tapi apabila hampir dengan pekan Kuala Pilah dah mula perlahan perjalanannya.Banyak kenderaan berderetan sebab jalan tersebut merupakan jalan utama pengguna jalan raya menuju ke Pahang.
Apabila hampir dengan kawasan rekreasi hujan mula turun.Cuaca agak dingin dan berangin.Kami tiba di kawasan tersebut hampir jam 11.45 pagi.Isteriku membeli sedikit makanan dan minuman untuk kami makan sebagai alas perut ketika berada di kawasan perkelahan nanti.Kelihatan memang ramai para pengunjung yang ada di situ.Aku meletakkan kenderaan di bahagian kolam bawah.Kemudian berjalan kaki melihat sepanjang laluan di sekitar air terjun tersebut.
Di kiri kanan memang ada saja orang yang berehat sambil bermandi-manda. Ada khemah yang siap terpasang.Laluan yang tidak diselenggara oleh pihak pengurusan mencacatkan penglihatan.Sepatutnya laluan diperbaiki dan dikemaskinikan dengan hiasan yang cantik.Kemudahan wakaf patut diperbanyakkan dengan pelbagai reka bentuk demi menarik lebih ramai pengunjung.
Kami menuju ke tempat yang sesuai untuk kami gunakan.Aku mengambil semula kenderaan dan meletakkan di sisi jalan.Tempat letak kereta pun tidak mencukupi.Terpaksalah kereta diletakkan di sisi jalan.Agak jauh juga untuk membawa bekalan hingga ke tempat mandi-manda. Nasib baik parking tak kena bayaran.Kalau kena entahlah.
Selepas bersiap menukar pakaian,kami mandilah sekeluarga di kawasan yang agak lengang.Di situ ada pulak gerai jualan.Mudahlah bagi kami nak makan.Setelah berendam dan menyejukkan badan,barulah kami bersiap untuk beredar dan pulang.Satu perkara yang aku perhatikan.Ramai di kalangan kita orang Melayu yang mengaku beragama Islam,kurang menitik beratkan tentang syariat.Terutama kaum wanita.Mereka mandi tanpa menutup aurat.Mereka membiarkan aurat mereka di perhatikan oleh umum.Yang jadi suami pun tak faham macam mana nak tegur isteri dan anak-anak perempuan mereka.Aku hanya berdoa semoga Allah memberikan mereka hidayah.Yang penting aku bersyukur,kerana isteri dan anak perempuanku memahami apa yang sepatutnya mereka lakukan.
Setelah menukar pakaian,aku terus menuju ke surau untuk solat Zohor dan Asar.Aku dan anak-anak lelakiku solat Jamak Qasar.Sebelum itu aku meninjaulah keadaan surau tersebut.Pun tiada penyelenggaraan.Tempat berwuduk kurang bersih.Yang anehnya,apabila aku pergi ke surau barulah ada pengunjung lain yang tiba untuk bersolat.Tapi sebelum itu tiada orang langsung.Tambahan pula surau tersebut berhampiran pulak dengan kawasan pertunjukan ular sawa.Bunyi lagu yang kuat mengganggu orang yang bersolat.
Setelah semuanya selesai kami bergerak balik menuju ke kereta.Kami singgah sebentar ke tapak perkhemahan SK Pekan Air Panas.Aku bertanya khabar rakan-rakanku tentang perjalanan perkhemahan di situ.Memang aku merancang untuk membawa murid-murid dari sekolah aku untuk berkhemah di situ.
Jam 2.30 petang kami pun turun menuju ke R&R Ulu Bendul untuk makan tengah hari.Kami makanlah apa yang ada.Memang ramai orang yang sedang menjamu selera.Tak terlayan oleh peniaga di situ.Akhirnya setelah makan kami pun bergerak untuk pulang.Isteri mengajak pergi ke Muzium Sri Menanti.Layan ajelah.Kami sampai di sana dan masuk ke muzium.Memang cantik dan indah.Binaan bangunan yang tidak menggunakan sebatang paku didirikan.Di dalamnya di penuhi dengan khazanah dan gambar keluarga Yam Tuan Besar Negeri Sembilan yang memerintah.Kami naik hingga ke puncak bangunan.
Seterusnya,kami terus pulang ke Segamat.Hasrat hati nak singgah kat rumah Abang Majid,tapi dia tiada di rumah.Aku teruskan perjalanan ke rumah abang Zul dan solat maghrib di rumahnya. Selepas itu,kamu singgah di Restoran Arshad dan makan malam di sana.Setelah kenyang semuanya,kami pun baliklah ke rumah
Beginilah keadaan aku dan keluargaku.Apabila ada kelapangan masa dan berkumpul akan aku aturkan satu program demi kebahagiaan kami sekeluarga.

Sunday, April 24, 2011

Antara kini dan dulu

Ramai guru-guru baru yang memulakan tugas mereka di sekolah-sekolah.Ada yang mempunyai komitmen yang tinggi dengan tugas yang diberikan.Ada juga yang hanya melakukan kerana terpaksa dan ada juga yang langsung tak endah apa yang diarahkan.Kita boleh lihat akan sikap mereka apabila sesuatu tugas atau arahan diberikan kepada mereka.
Ada yang menerima tugas dengan sepenuh hati dan sentiasa bertanya tentang apa tugas yang lain yang perlu dilakukan oleh mereka.Guru begini perlu digilap kerajinan mereka.Perlu dibimbing dan diberikan galakan sepenuhnya agar semangat mereka dapat diperkukuhkan demi perkhidmatan mereka.Kita sebagai guru lama perlu memberikan dorongan dan kata semangat kepada guru ini.
Ada juga guru baru ni macam tak reti nak buat kerja.Dah lah tak tau tak nak bertanya pulak.Apa yang disuruh tu aje lah yang dia buat.Tak inovatif dan kreatif.Kadang-kadang hasil kerjanya pun menyakitkan hati aje.Kalau tak disuruh dia relaks aje.Macam tak ada kerja.Nak ikut perangai sebahagian cikgu lama yang memang dah mati akal nak disuruh.Baru kerja setahun dua dah buat perangai.Buku rekod mengajar dah mula malas nak tulis.Ada yang tak hantar langsung untuk disemak.Nak masuk kelas pun lambat semacam.Keluar kelas cepat pulak tu.Kalau ngajar tu tak serius.Kawalan kelas pun lemah.Bahan bantu mengajar pun tak dibawa ke dalam kelas.Main ngajar chalk and talk.Macam pensyarah kat IPT.Murid pun bukan makin pandai tapi terus bangang.
Hasil kerja murid pun tak ditanda.Dibiarkan aje.Apabila diminta hantar untuk semakan pentadbiran barulah kelam kabut nak menanda.Kalau kena tegur pihak pentadbiran,muka masam aje.Macam budak-budak,mudah merajuk.Nak kerja ke tak.Kalau tak nak kerja cikgu letak jawatan ajelah.Ramai lagi yang menunggu untuk menjadi guru.
Arahan yang diberi agar disiap ikut jangka masa yang ditetapkan pun tidak dipatuhi.Sampai masa apabila diminta macam-macam alasan diberi.Tak sempatlah,anak sakitlah,dan pelbagai alasan yang kurang menyenangkan untuk dicatatkan.
Kalau diberikan tugas guru kelas,memang banyak tugas perlu dibuat.Kelas mestilah ceria.Lengkap dengan hiasan,carta yang teratur,jadual waktu dan jadual tugasan yang menarik untuk dipandang.Bahan-bahan pembelajaran perlu disusun rapi agar kelas sentiasa kondusif untuk murid belajar.Cikgu dulu sanggup keluar belanja sendiri nak hias kelas.Sanggup waktu petang datang ke sekolah semata-mata nak menjadikan kelasnya cantik dan ceria.Setiap waktu terluang diisi masa dengan menanda buku,membuat lembaran kerja.Dulu buat lembaran kerja gunakan kertas stensil.Kenalah lukis sendiri gambar dan tulisan.Kini dah ada komputer, banyak bahan boleh didapati daripada komputer.Tapi entahlah makin canggih peralatan digunakan semakin malas pula nak gunakan kemudahan yang ada.Fikirkanlah sendiri.Nak buat macam mana.Tepuk dada tanya iman.

Kisah semasa

Ada pula ibu bapa yang begitu teruja inginkan kejayaan anak-anak mereka.Hal ini berlaku kerana ketidakfahaman mereka dengan sistem pendidikan yang baru diperkenalkan oleh KPM.Murid tahun satu mula diperkenalkan dengan KSSR(Kurikulum Standard Sekolah Rendah).Yang peliknya kan dah diberikan taklimat tentang perkara ini pada peringkat awal sekolah lagi.Segalanya telah diberikan penjelasan tentang kaedah dan cara bagaimana murid tahun satu memulakan pembelajarannya.
Ketidakpuasan hati itu dijelmakan dengan membuat pemantauan sendiri.Adalah sorang ibu tu ketika menghantar anak ke sekolah lalu masuk ke dalam kelas anaknya.Hingga sanggup masuk ke dalam kelas memeriksa fail-fail murid termasuk anaknya bagi melihat perkembangan pembelajaran anaknya.Adakah anak dia tak belajar ke?Selalunya ada saja kerja sekolah dibekalkan oleh guru.Ini tidak bila anak mereka balik tiada kerja yang dibekalkan.Segala kerja dibuat di dalam kelas.
Peringkat awal tahun satu mereka hanya dilatih untuk mengenal dan menyebut huruf dan perkataan.Jadi bagaimana nak bagi kerja sekolah.Apabila telah mahir barulah diajar membaca dan menjelang April barulah diperkenalkan dengan tulisan.Namun bagi murid yang celik sedikit diberikanlah kerja sampingan.Adalah kerja bertulis untuk murid itu lakukan.Tapi tak lah banyak sangat hingga membebankan mereka pulak di rumah.
Kalau kerja tak siap mak bapak dia pulak yang siapkan.Apabila cikgu semak,tulisannya berbeza dan apabila ditanya murid cakap mak yang tolong tuliskan.Apalah jenis mak ni.Janganlah kerana terlalu sayangkan anak hingga sanggup berbuat demikian.Konon takut anak dia dimarahi atau dipukul oleh cikgu hingga sanggup membantu anak mereka menyiapkan kerja yang dibekalkan.
Ada juga mak bapak yang terlalu sayangkan anak sampaikan anak tak pergi sekolah pun dia tak kesah.Anak menangis apabila sampai di sekolah.Tak tahan dengan karenah anak sanggup pula bawak anak balik ke rumah.Manjakan sangat.Dari kecillah nak didik anak dengan merotan dan memberikan penegasan.Ini tidak ikut saja kata anak.Sayangkan anak tu rotan-rotan ajelah.Dari kecillah kita rotan dia,nanti kalau dah besar kita pulak dia yang rotan.Menangis tak berlagulah mak bapak yang begini.Macam Anakku Sazali.

Saturday, April 23, 2011

Satu lagi kerja

Baru-baru ini kita terdengar berita tentang murid-murid sekolah yang obesiti.Antara sebab obesiti adalah kerana sistem pemakanan yang tidak seimbang,kurang aktif dalam aktiviti fizikal dan keturunan.Memang kita tidak nafikan ramai anak murid yang ada kat sekolah mempunyai saiz badan yang besar dan tidak sepadan dengan usia mereka.
Sekali lagi pihak sekolah disyorkan agar menimbang berat badan murid-murid ini.Wah,senangnya mereka mengeluarkan kenyataan agar guru-guru sentiasa mengambil berat tentang isu berat badan murid.Agaknya cikgu ni macam apa ya.Nak jaga kebersihan gigi murid pun cikgu kena aturkan jadual.Murid sakit pun cikgu kena hantar ke klinik.Agak mak bapak diorang ni buat apa ha? Asyik nak kerja aje cari duit aje ke?Kalau dah banyak duit pun susah juga nak minta bayaran. Apabila pihak sekolah nak minta sumbangan macam-macam kata. Pihak sekolah menyusahkan mak bapak. Soalnya sampai bila cikgu-cikgu mesti dibebankan dengan masalah sedemikian. Cikgu pada hakikinya mengajar dan mendidik anak murid.Tapi apabila telah dibebankan dengan tugas yang bukan-bukan bila masa cikgu nak ngajar. Apabila cikgu kurang ngajar,sukatan pelajaran tak habis diajar,nanti apabila tiba peperiksaan murid tak tahu jawapan cikgu juga disalahkan.
Lain kali pihak kerajaan melalui jabatan-jabatan yang dipertanggungjawabkan buatlah program bersama ibu bapa.Perjelaskan peranan mereka terhadap anak-anak mereka.Jabatan Kesihatan buatlah program atau kempen Anti Obesiti.Buat penerangan tentang pemakanan seimbang kepada semua masyarakat tentang kepentingan kesihatan.Ini tidak semua nak disuruh kepada pihak sekolah.
Jabatan penerangan perlu proaktif membuat penerangan kepada masyarakat tentang cara hidup bermasyarakat,cara menambahkan pendapatan,memelihara kehidupan.Ni tidak asyik berbicara tentang politik.Itu lah sebabnya kadang-kadang masyarakat naik menyampah dengan program yang diadakan.
Jabatan Agama Islam pula buatlah ceramah,tazkirah,usrah ke dalam masyarakat.Masyarakat kita dahagakan ilmu agama.Mereka ni tak faham tentang syariah yang betul.Gunalah pendekatan yang berhemah.Kalau kita kat masjid yang datang pun orang yang dah berumur subsidi.Yang mudanya ke mana?Tak kan tak terfikir nak adakan program untuk orang muda. Sediakan penceramah atau ulama untuk mengadakan program-program agama. Memang sukar nak cari penceramah,kerana kebanyakan penceramah adalah penceramah cari makan.Makin popular makin besar cengkadaknya.Nak bayar lebih.Tak ada yang hendak menyampaikan ilmu demi mencari keredhaan Allah.Apabila berceramah sibuk nak menginap kat hotel,bayaran mesti ribu-ribu.Suruh orang buat amal kebajikan,tapi diri sendiri pun tak serupa bikin. Nak suruh orang ikut sunnah rasul.Tapi diri sendiri banyak yang mantul.
Beginilah keadaannya sekiranya semua pihak berfikir ikut hukum akal.Kembalilah kepada Al Quran dan Al Hadis dalam menyelesaikan permasalahan umat.

Sudah lumrah manusia.

Aku sering menasihati murid-muridku agar tidak meninggalkan solat lima waktu.Setiap kali aku mengajar aku akan mengingatkan mereka bahawa solat amat penting.Solat adalah perintah Allah. Jangan sesekali kita meninggalkannya.Kalau hendak berjaya kita perlu bersolat.Dalam azan kita diseru untuk bersolat.Kita juga diseru untuk berjaya dan sentiasa mengingati Allah pada setiap masa.
Kadang-kadang aku demi untuk menyedarkan mereka aku menceritakan bagaimana pedihnya siksaan di alam barzakh sekiranya kita meninggalkan solat.Bagaimana tersiksanya kita ketika berada di padang mahsyar nanti.Dengan rupa yang hitam tanpa nuur kita akan disisihkan dan tidak dipandang oleh Allah rabbuljalil.Kemudian kita akan dimasukkan ke dalam neraka yang sudah tentu siksaannya begitu pedih dan menyakitkan.
Setiap kali aku selalu bertanya,Siapa tak solat subuh pagi tadi.Ada saja murid yang angkat tangan mengaku tidak solat subuh.Aku pun heran.Jawapan mereka adalah tak sempat.Macam mana tak sempat.Di sini ibu bapa di rumahlah yang memainkan peranan mereka.Mereka lebih suka menggesa anak-anak pergi ke sekolah dengan segera.Tapi bab solat mereka tak kisah.Maklumlah masih budak lagi tak apa.Itulah anggapan mereka yang jahil dalam agama. Nanti bila sudah besar mereka tahulah.Itu agaknya tanggapan mereka.
Bagaimanalah pihak sekolah nak atasi masalah ini.Tak kan nak ajar mak bapak mereka pula. Ada pula yang mengaku bapak tak solat langsung.Ni lagi haru.Hanya doa dan pasrah saja yang dapat diperkatakan.Semoga Allah memberikan hidayah dan petunjuk untuk mereka yang jahil.

Tuesday, April 5, 2011

Masa berlalu pantas

Masa begitu pantas berlalu.Telah masuk minggu ke 2 sekolah selepas cuti pertengahan penggal yang lalu.Pelbagai program perlu dilaksanakan sama ada untuk keluarga dan juga tempat bekerja. Di sekolah,banyak program perlu dilaksanakan.Antaranya kelas tambahan untuk tahun enam.Klinik UPSR Fasa 1 perlu dijalankan.Aktiviti ko kurikulum dan sukan sedang rancak berjalan. Sukan olahraga sedang berlangsung di MSSD Segamat.Sukan permainan juga begitu rancak bermula.Dengan permainan bola sepak,bola jaring,sepak takraw,bola tampar dan banyak lagi.Semuanya perlu dilaksanakan sebagaimana takwim yang telah ditetapkan. Akademik pula perlu berjalan seiring dengan aktiviti yang dirancangkan.Cikgu-cikgu sibuk memikirkan mana yang perlu diberikan keutamaan.Cikgu berdilema yang tinggi.Akhir sekali keputusan yang akan dipilih adalah akademik.Sebabnya apabila keputusan UPSR diumumkan akan ditanya berapa orang dapat 5A.Selagi tidak diubah atau dibuat transformasi terhadapa pendidikan maka kita semua masih lagi berada di takuk lama.Yang dikejar tak dapat,yang dikendung berciciran.Fikir-fikirkan lah.

Tuesday, March 15, 2011

Cuti Sekolah bermula

Cuti sekolah pertengahan penggal pertama telah bermula.Bermula hari Sabtu 12 Mac 2011,Felda Redong telah mengadakan sambutan Maulidur Rasul.Majlis bermula di Dataran Kejat SK LKTP Redong.Para peserta berkumpul untuk memulakan perarakan menuju ke Dewan Serbaguna Felda Redong.Majlis dimulakan dengan taklimat daripada Pengurus Felda En.Ali Bin Osman.Kemudian perarakan pun bermula dengan peserta dari murid SK LKTP Redong memulakan perarakan dengan membawa sepanduk.Kemudian diikuti para wanita dengan pakaian seragam masing-masing.Perarakan menuju ke Masjid Redong dan kemudian menuju ke Dewan Serbaguna.Tiba di sana semua peserta perarakan diberikan jamuan ringan sebagai sarapan pagi sementara menunggu ketibaan YB Hj Baharom Bin Mohamad Ahli Parlimen Sekijang.Aku mengambillah beberapa gambar suasana perarakan dan sekitar majlis tersebut.Kemudian aku pun pulang kerana aku ingin membuat ujian darah.Aku bersama isteri ke Klinik Rajoo.Setelah mendaftar kami tunggulah sebentar sebelum giliran nama dipanggil.Kami diberikan tabung untuk mengambil air kencing.Kemudian,giliran kami dipanggil untuk berjumpa doktor.Setelah itu darah diambil untuk dibuat ujian bagi mengesan segala jenis penyakit yang ada di dalam badan kami.Bayarannya RM110 x 2 orang.Setelah membayar kami pun pulang ke kedai membasuh kereta.Sementara menunggu kereta dicuci,kami ke restoran untuk sarapan pagi.Jam dah menunjukkan pukul 10.45.Perut pun dah lapar.Kami makan nasi berlauk.Kebetulan jumpalah penghulu Labis dan bertanya kepada ku kenapa tidak pergi jemputan perkahwinan di rumah abangku.Aku hanya menjawab tidak.Dalam hati malu juga nak beritahu bahawa abang ku tak mempelawa aku ke majlis perkahwinan anaknya.Mungkin dia terlupa agaknya.Kemudian aku kembali semula ke kedai mencuci kereta.Sementara menunggu aku menerima satu mesej daripada adik dan bertanya nak bertolak pukul berapa.Aku hanya jawap minta maaf kerana aku tak dijemput.Aku segan juga kalau pergi macam tebal muka aku kerana tak dijemput walau dia adalah abangku.Tak mengapalah kataku dalam hati.Setelah kereta siap dicuci kami pun baliklah ke rumah untuk merehatkan diri.Kepala dah mula terasa sakit.Agaknya kalah kerana darah telah diambil.Aku berehatlah sambil baring dan tertidur.Menjelang tengah hari selepas solat zohor,aku ke rumah jiran kerana ada rewang kerana meraikan perkahwinan anaknya.Pergilah aku untuk bersama-sama jiran bergotong-royong sempena majlis yang akan diadakan pada keesokan harinya.Sambil berbual-bual dengan rakan nak tolong tak tau apa nak tolong.Ayam yang ditunggu tak sampai dan katanya ayam dah dipotong.Daging pula masih dalam periuk untuk dilembutkan.Jadi taklah buat apa-apa hanya cuma berborak kosong.Kepala ku pula terasa berdenyut pula.Menjelang asar aku balik ke rumah untuk solat asar kemudian berbaring sebentar untuk menghilangkan rasa sakit di kepala.Kira-kira jam 6 barulah aku sekali lagi ke rumah jiran melihat rakan-rakan sibuk rewang memasak.Kira-kira hampir maghrib barulah aku balik ke rumah.Kepala ku pula dah rasa kurang sakitnya.Malamnya selepas Maghrib kena hantar anak pergi tusyen kat Taman Perling.Selepas hantar pergilah aku ke masjid untuk solat isyak.Jam 10 barulah aku ambil semula anakku yang tusyen tadi.Malamnya aku tidur dengan lena sekali kerana keletihan.
Esok paginya selepas sarapan aku berehat sambil menghadap komputer.Aku mengakses e Failing untuk cukai pendapatan.Setelah siap barulah aku mandi dan berpakaian untuk ke majlis perkahwinan di rumah jiranku.Aku ditugaskan sebagai penyambut tetamu.Sebelum menjalankan tugas,kami semua dijemput untuk menikmati jamuan dahulu.Kira-kira jam 11.45 barulah para jemputan mula datang.Aku bertugas bersama tiga lagi rakanku.Aku minta izin rakan untuk pulang pada jam 1.15 kerana ada jemputan lain di Buloh Kasap.
Selepas solat zohor,kami pun bertolak ke Buloh Kasap kerana meraikan jemputan kahwin kawan sekampungku yang tinggal di Buloh Kasap.Kami tiba hampir jam 3 petang.Para tetamunya begitu ramai.Kelihatan banyak kereta di kiri dan kanan jalan.Setelah menikmati jamuan makan, aku pun mengucapkan terima kasih kepada tuan rumah atas jemputan tersebut walaupun melalui facebook.Aku tak kisah walau apa cara pun dijemput asalkan jemputannya ikhlas. Setelah itu kami pun bergerak menuju ke rumah abangku yang kebetulan tak jauh dari situ.Setelah bersembang agak lama juga,abang ku ada jemputan di sekitar tamannya.Kami pun mula bergerak pulang.Kali ini aku menuju ke rumah kakak ku di Kg.Tonjos.Memang jadi budayaku kalau balik ke Segamat pasti aku akan singgah ke rumah adik-beradik mana yang aku sempat.Aku budayakan ini agar anak-anakku tidak lupa kepada bapa saudara dan juga emak saudara mereka.Hubungan yang akrab menjadi silaturahim antara kami adik beradik.Dalam pada tu ada juga yang melupakan diriku.Beginilah dunia.Kadang-kadang terfikir juga,aku sahaja yang kerap datang ke rumah mereka.Namun,demi mencari keredaan Allah aku akan tetap tidak terbujuk dengan godaan syaitan yang sentiasa menyesatkan anak-anak Adam.
Selepas solat Asar,kami pun bergerak balik ke Labis.Kami singgah di restoran Zubaidah di Taman Tenang.Kami minum petang bersama.Kalau dulu aku suka minum teh panas,kini selera ku telah bertukar kepada horlick panas kurang manis.Begitulah apabila telah dinasihati doktor barulah nak dengar cakapnya.Maklumlah umur telah meningkat 50 segala penyakit telah sedia ada di dalam badan.Silap makan terkenalah pelbagai jenis penyakit yang timbul.Selepas itu kami pun baliklah ke rumah.Malamnya aku ke masjid untuk solat isyak.
Hari Isnin,bermula tugasku untuk kelas tambahan UPSR.Kelas bermula jam 8.30 pagi.Aku bertolak jam 8.00 pagi.Tiba di sekolah aku mengambil bahan untuk mengajar kelas tahun 6 Alfa. Kelas ini adalah kelas ke dua.Murid-muridnya sederhana pandai.Mereka perlukan bimbingan dan input sebanyak-banyaknya.Mereka tidak boleh berdikari untuk belajar.Jadi,cikgulah yang kena gigih berusaha untuk memandaikan mereka.Dalam pada tu ada juga yang tak datang.Dah le tak pandai tapi malas nak datang belajar.Tu yang aku kecewa sangatni.Tapi dalam hati hanya berdoa semoga yang tidak datang ni akan berubah dan rajin datang ke sekolah.Maklumlah kalau dah musim cuti,kadang-kadang bukan salah budak,salah mak bapak juga bawa anak pergi jalan-jalan bercuti.Ada juga yang menjalani latihan sukan.Tak kisahlah kerana nak mewakili sekolah dalam olahraga yang akan diadakan minggu depan.Dari jam 8.30 hinggalah jam 12.00 tengah hari kelas berlangsung.Aku berbincang dengan murid tentang soalan UPPM 1 yang lalu. Aku memberikan penjelasan dan penerangan setiap perkataan yang mereka tak tahu maksudnya.Mudah-mudahan ujian ini memberikan satu pengalaman kepada mereka.

Saturday, February 19, 2011

Bai'ah usaha yang murni.

Bai'ah bermaksud aku janji.Semalam aku hadir ke majlis bai'ah anjuran SMKA Segamat.Aku hadir kerana ada anakku yang akan ambil PMR tahun ini.Aku amat setuju program ini yang bertujuan untuk memberikan motivasi kepada pelajar-pelajar supaya sentiasa bersedia dan berusaha untuk mencapai kejayaan dalam sesuatu peperiksaan.
Kita mestilah tanamkan semangat kepada anak-anak kita agar mereka sentiasa berfikiran positif. Kita tidak mahu anak kita lalai dan sibuk dengan keinginannya yang tersendiri.Kita mahu anak kita mempunyai keyakinan yang tinggi untuk mengejar cita-cita.Di samping mengejar kejayaan kita mestilah selalu memperingatkan anak kita tentang sahsiah diri.Hidup mereka masih lagi jauh ke hadapan.Pelbagai cabaran dan dugaan yang mesti mereka tempuhi.
Ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam memberikan keyakinan diri kepada anak-anak. Segalanya bermula daripada keluarga.Untuk melahirkan anak yang baik,bermula dari perkenalan ibu dan bapa lagi.Bagaimana mereka bermula?Adakah melalui percintaan yang murni dan diredhai Allah.Atau melalui cinta yang terlarang.Daripada permulaan itulah setiap anak yang dilahirkan akan digambarkan.Kata orang bijak pandai,perlakuan anak itu adalah gambaran perlakuan kita sebagai ibu bapa.Anak adalah cermin ibu bapa.
Ibu bapa memang mengharapkan yang terbaik daripada anak-anak.Jadi bai'ah ini menjadi pemangkin sebagai sasaran yang perlu diusahakan oleh anak-anak dalam mencapai kejayaan. Mereka berjanji akan berusaha bersungguh-sungguh sebagaimana mereka janjikan,bukan sahaja kepada ibu bapa,guru bahkan juga kepada diri mereka sendiri.Untuk itu mereka akan lakukan yang terbaik bagaimana untuk mencapai hasrat hati mereka.Jiwa remaja kalau dibakar hatinya dengan betul dan terpimpin,mereka tidak akan terleka.

Agenda 5 S yang patut kita fikirkan

Ada agenda tersembunyi dalam 5 S yang kini sedang dilakukan oleh pihak tertentu dalam melemahkan sesuatu bangsa dan agama Islam.
S pertama adalah Sport - Sukan.Semua orang minat sukan.Melalui sukan setiap orang sanggup berkorban apa saja.Wang ringgit,masa dan tenaga sanggup dicurahkan.Apabila semua itu menjadi minat yang mendalam akan melemahkan semangat ketaqwaan kepada Allah.Mereka lupa dalam menunaikan hak Allah,seperti solat.Mereka menjadi leka dan alpa dalam melakukan amal ibadat kerana lebih memfokuskan sukan yang diminati.Lihat sahaja permainan bola sepak.Waktu perlawanan bermula jam 8.45 malam.Adakah pemain itu telah menunaikan solat isyak ke belum. Katakanlah waktu solat isyak itu panjang,adakah menjadi jaminan untuk seseorang itu akan menunaikan solat tersebut.Selepas bermain dah tentu akan kepenatan.Letih akibat bermain menjadikan seseorang itu akan meninggalkan solat yang wajib bagi mereka.Itu kalau pemain bola sepak.Kalau sebagai penonton umpamanya.Dah tentu mereka akan datang ke stadium lebih awal iaitu sebelum solat asar lagi kerana hendak mendapatkan tiket.Berapa kali solat yang mereka tinggalkan.Asar,kemudian maghrib dan isyak.Tentu mereka balik lewat malam dan tidur hingga kesiangan.Subuhnya entah ke mana.Bayangkanlah sehari semalam sebagai umat Islam yang meninggalkan solat 5 waktu.Apabila telah menjadi kebiasaan lama kelamaan lunturlah keimanan yang ada dalam diri seseorang Islam.Maka berjayalah usaha yang tersirat ini dalam melemahkan syariat umat Islam.
S kedua adalah smokes - merokok.Mengikut kajian ramai di kalangan perokok adalah terdiri daripada umat Islam.Hingga ada yang berjawatan mufti pun merokok.Inikan pula sebagai orang biasa.Sejak dari awal setiap anak orang Islam telah dicandukan dengan rokok.Daripada rokok akan merebak kepada dadah.Lihat sahaja di Pusat Serenti berapa ramai di kalangan anak orang Islam yang telah terjebak dengan dadah.Satu lagi kejayaan daripada pihak tertentu dalam melemahkan syariat umat Islam.
S ketiga adalah songs - nyanyian.Ramai orang sukakan nyanyian.Nyanyian merupakan hiburan.Bukan tak boleh nak nyanyi.Nyanyian yang memuji Allah dan rasulnya itu dapat mententeramkan jiwa.Tapi kini nyanyian telah melalaikan setiap anak orang Islam.Pelbagai program realiti dirancang dalam usaha menarik anak-anak orang Islam menyertainya.Kita lihatlah senario masa kini.Gelagat anak muda terutama kalangan gadis remaja dengan pakaian yang menjolok mata.Tutur kata yang tidak melambangkan budaya gadis melayu.Menjadikan mereka jauh tersesat.Jauh dari syariat Islam.Satu lagi kejayaan untuk mereka yang akan melemahkan umat Islam.
S keempat adalah screen - skrin.Tayangan berupa paparan melalui skrin televisyen,telefon bimbit,layar besar dan sebagainya.Melalui papan layar dari yang sebesar-besarnya hinggalah kepada yang sekecil-kecilnya.Dari paparan tersebut dimuntahkan tayangan filem-filem,gambar-gambar lucah,ganas dan sebagainya dan ditonton oleh anak-anak orang Islam.Ada juga yang ambil gambar sendiri yang tak cukup kain dipamerkan dan disebarkan kepada pihak lain macam mempromosi barangan gayanya.Peristiwa dirakam,dihantar kepada pihak lain dan dijadikan You Tube untuk disebar luaskan ke alam maya.Bukankah itu merosakkan.Inilah yang dilakukan oleh pihak tertentu dalam menyesatkan akidah dan akhlak anak orang Islam.Tambahan pula adanya twitter,facebook dan pelbagai lagi kemudahan canggih yang menjadi tarikan dan budaya kepada anak-anak muda dewasa ini.
S kelima adalah seks.Kebanyakan minda anak Melayu mudah terpengaruh dengan budaya seks ini.Kalau sekitar tahun 60 - 70 an dahulu kita jarang mendengar cerita-cerita tentang perlakuan rogol.Tapi kini kalau kita menonton televisyen atau media massa,hampir separuh cerita memaparkan tentang seks.Filem-filem pula banyak berkisar tentang seks.Begitu juga buku-buku cerita,majalah dan sebagainya.Kalau tak ada cerita atau gambar seksi macam tak lakulah media yang dijual.
Begitulah 5 S yang saya paparkan.Ini semua adalah keluhan seorang penceramah yang membuat kajian tentang 5 perkara ini.Justeru,sebagai umat Islam yang mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah dan Muhammad itu pesuruh Allah,fikir-fikirkanlah apa matlamat hidup kita.Adakah kita hanya nak hidup di dunia ini sahaja.Apakah kita tak terfikir tentang dosa dan pahala.Ingat 5 perkara sebelum datang 5 perkara.