SELAMAT BERINFORMASI

Wednesday, June 1, 2011

Anakku ke universiti

28 Mei yang lalu selepas pergi jemputan kahwin rakan sekolah lama,aku sekeluarga bertolak ke Kuala Lumpur.Kami bergerak menuju ke tol Tangkak.Aku memandu secara santai sahaja.Tak perlu nak tergesa-gesa.Kami singgah di R & R Seremban untuk solat jamak qasar Zohor dan Asar. Kemudian membeli sedikit makanan untuk dimakan dalam perjalanan.
Aku keluar di tol UPM Serdang dan menelefon adik ku untuk ambil dan membawa kami sekeluarga ke rumahnya di Taman Impian Emas di Cheras.Kami bermalam di sana kerana pendaftaran anakku ke UTM pada keesokan harinya.
Esok harinya jam 9.00 pagi kami pun bertolak ke UTM di Jalan Semarak.Perjalanan mengambil masa setengah jam.Tiba di Kampus kami mencari tempat parking dan meletakkan kenderaan. Kami menemani anakku untuk mendaftarkan diri.Lama juga kami menunggu proses pendaftaran. Jam hampir 12 tengah hari.Kemudian kami bergerak ke kediaman siswa yang jauhnya hampir 3 km. Setelah menghantar beg dan melihat bilik penginapan anakku,kami pun turun untuk makan tengah hari.Kami makanlah di kampus tersebut.Harga makanan pun berpatutan.Setelah itu, kami pergi ke surau untuk solat zohor dan asar secara jamak qasar. Setelah semuanya selesai aku menghantar anakku semula ke kediamannya.Setelah bersalaman kami pun berangkat pulang.Adikku telah pun balik awal.Aku pun meneruskan perjalanan balik ke Johor.Kami melalui laluan smart dan sampai di tol sungai Besi.Perjalanan tidaklah sesibuk yang dijangkakan.Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar dan selamat.Kami tiba di rumah hampir jam 6 petang.Syukur aku ke hadrat Ilahi kerana memudahkan segala urusan kami.

No comments:

Post a Comment