SELAMAT BERINFORMASI

Wednesday, September 7, 2011

Tak sepatutnya dilakukan

Aku meminta murid tahun 6 untuk tidak balik seperti biasa kerana aku ingin membuat kelas tambahan kepada mereka.Aku janji akan benarkan balik pada jam 2.45 petang.Terdengar suara-suara sumbang di kalangan murid yang berkata:
"Balik pukul 4 tak apa cikgu"
"gi sekolah agama bukannya belajar"
"ustazah sembang aje,cikgu"
"kalau budak bergaduh,dia suruh selesaikan sendiri"
"ustaz tu janggut aje panjang,tapi tidur aje"
"budak-budak bising aje,ada yang main sebab ustazah kat bilik guru makan kuih raya aje"

Waduh,cubalah direnungkan apa yang dikata.Aku tak berani nak komen apa.Ini perkataan daripada budak-budak tahun 6 yang telah matang dan ingin belajar.Bagaimana nak melahirkan insan yang baik,kalau bersekolah agama pun tiada faedah kepada mereka.Bagaimanalah kalau anak kita berada di sekolah tersebut.Kepada siapa nak dilaporkan hal sedemikian.Agaknya kita pergi ambil video masukkan dalam you tube satu dunia tahu perjalanan di sekolah agama berkenaan.Mak bapak hantar anak ke sekolah dengan harapan agar anak mereka menjadi manusia yang berguna.Tapi kalau inilah gambarannya fikir-fikirkanlah generasi yang akan datang macam mana keadaan mereka.

No comments:

Post a Comment