SELAMAT BERINFORMASI

Saturday, September 3, 2011

Selamat Hari Raya Aidil Fitri

Kami sekeluarga mengucapkan Selamat Aidul Fitri untuk semua umat Islam.Kami memohon kemaafan dan keampunan seandainya selama ini terdapat kata-kata atau tingkah laku yang kurang menyenangkan daripada kami sekeluarga sama ada disedari maupun tidak.Semoga semuanya sukses dan bergembira di sepanjang Syawal ini.

Hari pertama syawal,aku bersama anak-anak lelakiku ke masjid Jame' Labis untuk solat sunat hari raya aidul fitri.Kali ini aku memilih ke masjid untuk bersolat sunat aidul fitri.Sebelumnya aku melakukannya di Surau Al Islah Taman Mewah.Pada tahun ini aku tidak bertugas di sana sebagai bilal kerana bilal yang ada menjalankan tugasnya seperti biasa.

Setelah bersolat sunat hari raya,aku pulang ke rumah dan seperti biasa bersiap-siap untuk pulang ke kampung.Tempat pertama yang kami tuju adalah ke Tanah Perkuburan ibu dan ayahku.Kami sekeluarga bertahlil dan berdoa semoga roh kedua-dua ibu bapaku dicucuri rahmat. Selepas itu kami bergerak ke Kg Kuala Paya ke rumah akak ku yang sulung.Kami berkumpul di situ sebagai tanda rasa bersyukur aku kerana akak ku yang sulung inilah yang berkorban masa dan tenaganya menjaga kami semasa kami masih kecil lagi.

Setelah itu kami bergerak menuju ke rumah akak ku yang kedua di Kg Tonjos Pekan Jabi.Kakak ku ini telah uzur namun masih boleh bergerak kerana telah lama sakit.Alhamdulillah beliau telah sihat dan boleh bergerak.Kami telah bertembung dengan keluarga beliau semasa di tanah perkuburan ibu dan ayah ku ketika aku sampai di sana tadi.

Kemudian,kami bergerak ke rumah anak saudara ku iaitu anak kepada kakak ngah ku.Selepas itu kami menuju ke rumah abang ku di Jalan Pemuda.Ikutkan nak ke rumah abang Majid di Taman Mewah Buloh Kasap tapi beliau tidak ada kerana juga berhari raya.Selepas itu kami bergerak ke rumah abang Mad di Bukit Siput tapi beliau juga tiada di rumah.Kami pun baliklah ke rumah dan berehatlah hinggalah ke Maghrib.Malamnya selepas solat Maghrib kami bergerak semula ke rumah abang Mad.Di sana kami bertemu semula dengan abang Li yang juga datang ke rumah abang Mad.

Hampir jam 11.00 malam barulah kami bertolak pulang ke rumah.Keesokan harinya setelah siap berkemas di rumah kami bergerak ke Johor Bahru ke rumah kakak ipar ku di Taman Aman Senai.Dapat khabaran isteri abang ipar ku masuk ICU kerana lemah jantung.Di rumah kak Munah kami bertemu dengan kak long dan anak-anak serta Dolah abang isteriku bersama keluarganya.

Kami membacakan Yassin dan berdoa semoga kak Ani sembuh daripada sakitnya.Setelah itu kami bergerak ke Hospital Pakar Sultan Abd Samad untuk ziarah keluarga Abang Yunus. Kemudian kami bergerak ke Pasir Gudang ke rumah Dolah.Hampir jam 5.00 petang kami bergerak semula ke JB iaitu ke Taman Tun Aminah rumah kak Long.Kami dihidangkan mee goring dan roti canai(tempah kat kedai Mamak).Setelah selesai solat Maghrib dan Jamak Isyak kami bergerak pulang ke Labis.Kami singgah kat R & R Macap untuk minum malam dan menyegarkan sedikit mata yang dah mulai mengantuk.

Kami tiba di rumah hampir jam 10.30 malam.Kepenatan yang amat sangat membuatkan aku terlena tidur.Namun,jam 3.40 pagi dah terjaga untuk buang air.Lepas tu sukar untuk tidur hinggalah Subuh menjelang aku bergegas ke Masjid untuk solat subuh berjemaah.

Hari ke tiga raya,kami berehat di rumah.Tapi kakak ngah dan keluarganya datang pada tengah hari ke rumah ku.Kami menghidangkan mee goring dan kuih yang ada.Selepas kakak ku pulang, abang li pula tiba bersama keluarganya.Sehinggalah ke malam tiada tetamu yang datang.Tiba jam 9.45 tiba-tiba telefon berbunyi,seorang bekas anak muridku pula nak datang.Aku menyambutnya berhari raya di rumah.Kalau dulu dia bujang kini telah pun beristeri.Kami bersembang agak lama juga hingga ke jam 12.00 malam barulah dia pulang.Selepas itu kami pun membersih diri dan tidurlah selena-lenanya.Namun,jam 4.30 pagi aku terjaga kerana nak buang air.Lepas tu terus tak tidur dan bersiap untuk ke masjid bersolat subuh berjemaah.

No comments:

Post a Comment