SELAMAT BERINFORMASI

Monday, September 26, 2011

Aku ke Kelantan

21 dan 22 September yang lalu aku mengambil cuti rehat khas kerana menghantar anakku Nurnabilah ke UiTM Machang,Kelantan.Aku bertolak pada jam 6.40 pagi.Singgah di Stesen Minyak Shell di sebelah Balai Bomba Segamat.Isi mimyak penuh RM50.Kemudian teruskan perjalanan menghala ke Kuantan.Aku berhenti bersarapan di Muadzam Shah.Selepas itu teruskan perjalanan menghala ke Gambang dan masuk melalui tol Gambang ke Jabor.Konon nak ikut terus lebuhraya menghala ke Kuala Terengganu.Sampai kat Jabor laluan ditutup.Aku terus menghala ke arah Cherating.Kata orang lalu ikut pantai.Perjalanan diteruskan kerana hendak jimat masa.Kami berhenti untuk makan tengah hari di depan SK Padang Air.Makan nasi ayam.Nak nasi berlauk tak ada.Makan aje lah kerana perut dah lapar.Lepas tu berhenti pulak kat masjid Kg Gemuruh untuk solat Jamak Qasar Zohor dan Asar.Setelah siap teruskan perjalanan menghala ke Jerteh.Aduh terasa begitu jauh perjalanan aku hari itu.Tak pernah aku drive begitu jauh sekali.Aku berhenti kat stesen minyak petronas Kijal untuk isi minyak dan beli minuman segar.Kemudian teruskan perjalanan menuju ke Machang.Kami sampai di depan UiTM Machang pada jam 3.30 petang.Aku telefoh saudaraku yang tinggal di Machang.Anak beliau menjemput dan membawa kami ke rumahnya.Sampai kat rumah tersebut kami dijamu minum dan berehatlah.Aku dapatlah melelapkan mata sekejap.Lepas tu,tuan rumah pun balik dari kerja dan kami dijamu pula dengan keropok lekor,pisang goreng dan buah salak.Pertama kali aku makan buah salak.Nak kupas kulit pun kena belajar.Memang sedap rasanya.Sekali kupas dan makan terasa tak puas-puas.Menjelang maghrib kami mandi dan solat.Kemudian makan malam dan teruskan perbualan dengan Hj.Osman.Jam dah 10.30 malam.Mata pun dah kuyu.Aku terus masuk bilik dan tidur senyenyak-nyenyaknya.Tapi jam 4.30 dah sedar.Namun badan terasa berat nak bangun.Baring ajelah.Jam 5.30 pagi terus bangun dan mandi.Setelah solat subuh,aku baring sekejap.Orang rumah pula pening kepala dan tidurlah sebentar menjelang ke jam 8.30 pagi. Kemudian,kami dipanggil untuk bersarapan pagi.Hj Osman telah menyediakan juadah yang banyak pagi itu.Roti canai,kuih dan roti keping disediakan.Kami makanlah bersama.Setelah itu pada jam 9.30 pagi bersiaplah kami untuk ke kampus UiTM untuk mendaftarkan anak.Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada keluarga Hj Osman kerana memberikan layanan yang baik kepada kami sekeluarga.Beliau berpesan kalau ke Kelantan singgahlah ke rumah beliau.Tiba di kampus,anakku terus ke pejabat untuk mendaftarkan diri.Aku menunggulah di luar.Pada jam 11.00 pagi semuanya siap dan terus menuju ke kolej kediaman.Semua barang keperluan yang dibawa dari rumah diangkat masuk ke bilik.Kemudian,kami pun meninggalkan kampus UiTM dan berpesan kepada anakku supaya menjaga diri dan pandai-pandailah menyesuaikan diri di tempat orang.Aku singgah di stesen minyak di Machang dan isi minyak sebanyak RM43.00.Aku meneruskan perjalanan menghala ke Kuala Terengganu.Perjalanan berjalan lancar.Dalam perjalanan,aku singgah di gerai tepi jalan untuk membeli keropok lekor.Dua tempat aku singgah.Orang rumah beli keropok lekor untuk jamuan hari raya sekolah dia.Untuk rumah pula belilah keropok keping 4 bungkus.Seterusnya kami singgah kat masjid Chendering untuk solat zohor dan asar.Setelah selesai teruskan perjalanan menghala ke Dungun.Singgah kat gerai makan.Tengok nasi ayam lagi.Tiada pilihan makan nasi kukus ayam berlauk.Dah lapar makanlah dengan seleranya.Selepas itu kami meneruskan perjalanan menghala ke Kuantan.Lalulah Cherating di mana kami selalu mengadakan Family Day di sini.Sampai kat Gambang dah pukul 6.30 petang.Nak berhenti malas.Terus ajelah perjalanan ke Muadzam.Kami tiba di Muadzam dah pukul 7.40 malam.Singgah kat stesen Petronas untuk solat Maghrib dan Isyak.Setelah selesai kami meneruskan perjalanan ke Segamat.Kami singgah kat restoran Arshad untuk minum minuman panas.Dah segar teruskan perjalanan ke Labis.Tiba kat rumah dah pukul 10.00 malam.Terasa penatnya badan.Aku bersihkan diri dan terus masuk tidur.Begitulah perjalanan aku ke Kelantan.Alhamdulillah aku bersyukur kepada Mu ya Allah kerana memudahkan perjalananku dan kami semua selamat pergi dan balik.

1 comment: