SELAMAT BERINFORMASI

Sunday, April 24, 2011

Antara kini dan dulu

Ramai guru-guru baru yang memulakan tugas mereka di sekolah-sekolah.Ada yang mempunyai komitmen yang tinggi dengan tugas yang diberikan.Ada juga yang hanya melakukan kerana terpaksa dan ada juga yang langsung tak endah apa yang diarahkan.Kita boleh lihat akan sikap mereka apabila sesuatu tugas atau arahan diberikan kepada mereka.
Ada yang menerima tugas dengan sepenuh hati dan sentiasa bertanya tentang apa tugas yang lain yang perlu dilakukan oleh mereka.Guru begini perlu digilap kerajinan mereka.Perlu dibimbing dan diberikan galakan sepenuhnya agar semangat mereka dapat diperkukuhkan demi perkhidmatan mereka.Kita sebagai guru lama perlu memberikan dorongan dan kata semangat kepada guru ini.
Ada juga guru baru ni macam tak reti nak buat kerja.Dah lah tak tau tak nak bertanya pulak.Apa yang disuruh tu aje lah yang dia buat.Tak inovatif dan kreatif.Kadang-kadang hasil kerjanya pun menyakitkan hati aje.Kalau tak disuruh dia relaks aje.Macam tak ada kerja.Nak ikut perangai sebahagian cikgu lama yang memang dah mati akal nak disuruh.Baru kerja setahun dua dah buat perangai.Buku rekod mengajar dah mula malas nak tulis.Ada yang tak hantar langsung untuk disemak.Nak masuk kelas pun lambat semacam.Keluar kelas cepat pulak tu.Kalau ngajar tu tak serius.Kawalan kelas pun lemah.Bahan bantu mengajar pun tak dibawa ke dalam kelas.Main ngajar chalk and talk.Macam pensyarah kat IPT.Murid pun bukan makin pandai tapi terus bangang.
Hasil kerja murid pun tak ditanda.Dibiarkan aje.Apabila diminta hantar untuk semakan pentadbiran barulah kelam kabut nak menanda.Kalau kena tegur pihak pentadbiran,muka masam aje.Macam budak-budak,mudah merajuk.Nak kerja ke tak.Kalau tak nak kerja cikgu letak jawatan ajelah.Ramai lagi yang menunggu untuk menjadi guru.
Arahan yang diberi agar disiap ikut jangka masa yang ditetapkan pun tidak dipatuhi.Sampai masa apabila diminta macam-macam alasan diberi.Tak sempatlah,anak sakitlah,dan pelbagai alasan yang kurang menyenangkan untuk dicatatkan.
Kalau diberikan tugas guru kelas,memang banyak tugas perlu dibuat.Kelas mestilah ceria.Lengkap dengan hiasan,carta yang teratur,jadual waktu dan jadual tugasan yang menarik untuk dipandang.Bahan-bahan pembelajaran perlu disusun rapi agar kelas sentiasa kondusif untuk murid belajar.Cikgu dulu sanggup keluar belanja sendiri nak hias kelas.Sanggup waktu petang datang ke sekolah semata-mata nak menjadikan kelasnya cantik dan ceria.Setiap waktu terluang diisi masa dengan menanda buku,membuat lembaran kerja.Dulu buat lembaran kerja gunakan kertas stensil.Kenalah lukis sendiri gambar dan tulisan.Kini dah ada komputer, banyak bahan boleh didapati daripada komputer.Tapi entahlah makin canggih peralatan digunakan semakin malas pula nak gunakan kemudahan yang ada.Fikirkanlah sendiri.Nak buat macam mana.Tepuk dada tanya iman.

No comments:

Post a Comment