SELAMAT BERINFORMASI

Saturday, April 23, 2011

Satu lagi kerja

Baru-baru ini kita terdengar berita tentang murid-murid sekolah yang obesiti.Antara sebab obesiti adalah kerana sistem pemakanan yang tidak seimbang,kurang aktif dalam aktiviti fizikal dan keturunan.Memang kita tidak nafikan ramai anak murid yang ada kat sekolah mempunyai saiz badan yang besar dan tidak sepadan dengan usia mereka.
Sekali lagi pihak sekolah disyorkan agar menimbang berat badan murid-murid ini.Wah,senangnya mereka mengeluarkan kenyataan agar guru-guru sentiasa mengambil berat tentang isu berat badan murid.Agaknya cikgu ni macam apa ya.Nak jaga kebersihan gigi murid pun cikgu kena aturkan jadual.Murid sakit pun cikgu kena hantar ke klinik.Agak mak bapak diorang ni buat apa ha? Asyik nak kerja aje cari duit aje ke?Kalau dah banyak duit pun susah juga nak minta bayaran. Apabila pihak sekolah nak minta sumbangan macam-macam kata. Pihak sekolah menyusahkan mak bapak. Soalnya sampai bila cikgu-cikgu mesti dibebankan dengan masalah sedemikian. Cikgu pada hakikinya mengajar dan mendidik anak murid.Tapi apabila telah dibebankan dengan tugas yang bukan-bukan bila masa cikgu nak ngajar. Apabila cikgu kurang ngajar,sukatan pelajaran tak habis diajar,nanti apabila tiba peperiksaan murid tak tahu jawapan cikgu juga disalahkan.
Lain kali pihak kerajaan melalui jabatan-jabatan yang dipertanggungjawabkan buatlah program bersama ibu bapa.Perjelaskan peranan mereka terhadap anak-anak mereka.Jabatan Kesihatan buatlah program atau kempen Anti Obesiti.Buat penerangan tentang pemakanan seimbang kepada semua masyarakat tentang kepentingan kesihatan.Ini tidak semua nak disuruh kepada pihak sekolah.
Jabatan penerangan perlu proaktif membuat penerangan kepada masyarakat tentang cara hidup bermasyarakat,cara menambahkan pendapatan,memelihara kehidupan.Ni tidak asyik berbicara tentang politik.Itu lah sebabnya kadang-kadang masyarakat naik menyampah dengan program yang diadakan.
Jabatan Agama Islam pula buatlah ceramah,tazkirah,usrah ke dalam masyarakat.Masyarakat kita dahagakan ilmu agama.Mereka ni tak faham tentang syariah yang betul.Gunalah pendekatan yang berhemah.Kalau kita kat masjid yang datang pun orang yang dah berumur subsidi.Yang mudanya ke mana?Tak kan tak terfikir nak adakan program untuk orang muda. Sediakan penceramah atau ulama untuk mengadakan program-program agama. Memang sukar nak cari penceramah,kerana kebanyakan penceramah adalah penceramah cari makan.Makin popular makin besar cengkadaknya.Nak bayar lebih.Tak ada yang hendak menyampaikan ilmu demi mencari keredhaan Allah.Apabila berceramah sibuk nak menginap kat hotel,bayaran mesti ribu-ribu.Suruh orang buat amal kebajikan,tapi diri sendiri pun tak serupa bikin. Nak suruh orang ikut sunnah rasul.Tapi diri sendiri banyak yang mantul.
Beginilah keadaannya sekiranya semua pihak berfikir ikut hukum akal.Kembalilah kepada Al Quran dan Al Hadis dalam menyelesaikan permasalahan umat.

No comments:

Post a Comment