SELAMAT BERINFORMASI

Saturday, August 27, 2011

Selamat Aidil Fitri

Saya sekeluarga mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidil Fitri kepada semua umat Islam tak kira di mana sahaja mereka berada.Mohon ampun dan maaf seandainya saya sekeluarga ada membuat kesilapan dalam menulis di dalam blog ini.Apabila tiba hari raya sudah pasti bagi mereka yang beriman dan beramal soleh akan gembira dan bersyukur kepada Ilahi atas kejayaan dapat menunaikan ibadat puasa selamat sebulan.Di saat beginilah kita yang beriman mengucapkan rasa syukur yang teramat sangat kepada Allah kerana tanpanya belum pasti kita dapat menikmati kehidupan yang bahagia di samping keluarga dan sanak saudara.

Dewasa ini masih kedapatan umat Islam menyambut hari raya dengan melanggar sunnah nabi. Di saat penghujung ramadhan kita bertungkus-lumus untuk meningkatkan ibadah sempena lailatul qadr,namun di setiap masjid dan surau semakin susut jemaahnya.Mereka lebih membuat persediaan untuk menyambut hari raya.Sedangkan kita telah diberitahu dan diberikan peringatan sesungguhnya sesiapa yang beramal pada 10 akhir ramadhan akan dilipatgandakan amalan pahalanya hingga 1000 bulan.Betapa lemahnya iman jika lebih fokus untuk sambut hari raya.

Justeru,sama-samalah kita saling mengingati agar kita tidak tergelincir dari apa yang telah diajarkan kepada kita semua tentang sunnah nabi Muhammad.

No comments:

Post a Comment