SELAMAT BERINFORMASI

Wednesday, April 11, 2012

Cuti Tanpa Tekanan

Hari ini 11 April 2012,cuti sekolah kerana Hari Pertabalan Yang Dipertuan Agong.Kelab Bilik Guru (KEBIRU) sekolahku mengadakan pertandingan Badminton di kalangan guru lelaki dan guru wanita. Tujuannya adalah untuk mengeratkan persahabatan di kalangan guru agar menjadi lebih mesrta dan ceria di samping menghilangkan tekanan bekerja sepanjang masa.
Bertempat di Dewan Serbaguna Kg.Paya Merah,Labis, kami berkumpul dan bersantai sambil bermain badminton. Masing-masing dipasangkan secara undian.Nasiblah pasangan mana yang terkena pilihan yang kuat. Tapi apa yang penting bukan untuk mencapai kemenangan tapi sekadar untuk mengeluarkan peluh dan keringat yang telah lama terpendam tak keluar-keluar.Perlawanan demi perlawanan berlangsung tanpa tekanan. Masing-masing menunjukkan kehebatan dan kemahiran yang ada.Ada yang terlepas pukulan.Terjatuh kerana mengejar bulu tangkis yang diarahkan.Sokongan penonton amat menggalakkan.
Guru wanita bermain perseorangan.Ini kerana takut berlaga reket katanya.Dari segi kemahiran memang jauh sekali.Masing-masing hanya tahu pukul sahaja tanpa merancang permainan.Asalkan dapat balas balik dah puas hati.Nasiblah untung sabut timbul untung batu tenggelam.Keakraban jelas ditunjukkan dengan masing-masing memainkan peranan dalam menyediakan jamuan.Guru besar dan isteri memasak makanan di rumahnya.Kami dapat makan bersama-sama dengan makanan yang enak dan berselera sekali.Pertandingan berakhir hingga jam 2.30 petang.Selepas upacara penyampaian hadiah kami pun pulanglah ke rumah masing-masing.Cuma satu aje yang tidak dipraktikkan iaitu solat berjemaah.Walaupun dewan hampir dengan surau namun keprihatian amat kurang.Ada yang pergi sendiri-sendiri untuk solat termasuklah aku.

No comments:

Post a Comment