SELAMAT BERINFORMASI

Sunday, April 8, 2012

Kenangan lalu

Ketika kecil lagi aku berminat sekali bermain bola sepak.Apa sahaja yang berbentuk bulat akan dijadikan bola untuk disepak.Kertas surat khabar dikeromokkan dan diikat dengan getah segerap menjadi bulat.Kemudian, beberapa rakan akan dipanggil untuk buat dua pasukan.Tempat bermain tak kisah,di halaman rumah atau di kebun getah.Kasut masa itu tak diperlukan.Hanya kaki ayam sahaja tanpa alas kaki.Memang kebal tapak kaki aku ketika itu.Sampai pijak rumput semalu pun tak jadi apa-apa.Nak kumpul duit nak beli bola memang tak mampu.Belanja pun kadang ada kadang tidak.Macam mana nak kumpul duit nak beli bola.Siapa yang ada kemampuan belilah bola plastik.Sampai pecah bola itu dikerjakan.Ada juga rakan-rakan yang terdiri anak-anak cikgu kampungku yang mampu beli bola getah.Memang seronok bermain.Dalam kebun getah lagi.Habis cawan getah orang pecah.Sudu getah pulak tanggal dan bengkok.Apabila dimarahi,berhentilah bermain seketika.Apabila dah reda main lagi.Nak buat macam mana dah feel budak kampung.Di kampung aku ada dua kawasan yang menjadi hit iaitu kampung kawah dan kampung tanjung.Walau pun sekampung tapi nama kawasan itu memang menjadi sebutan hingga kini.Kami ada dua pasukan.Masing-masing tunjukkan jagoan masing-masing.Kadang-kadang kawasan tanjung menang,kadang-kadang kalah.Gaduh juga waktu itu.Nak kata ada piala memang tak ada.Sebab tak ada penaja nak menaja permainan kami.Ada juga kampung sebelah nak ajak lawan.Kami sekampung pun bersatulah.Boleh tahan juga permainan kami.Biasalah adat permainan ada menang ada kalah.Itu lah permainan yang jadikan kami matang dalam kehidupan.Ketika bermain lupa diri hingga ke maghrib.Dah azan maghrib pun masih tendang bola lagi.Apabila balik ke rumah dah tentu kena marah sebab balik lewat.Dah lah penat kena bebel pulak dengan emak dan ayah.Pekakkan telinga ajelah.Kalau kat sekolah pulak tak ada padang rumput.Padang sekolah bertanah gerewel.Berbatu-batu kecil. Kalau panas berhabuk dan berdebu.Kalau hujan becak pulak.Punyalah kotor kasut.Setoking memang tak pakai.Sebab pergi sekolah pakai kasut getah.Boleh basuh bila-bila masa.Tapi kalau dah koyak dah macam mulut buaya kenalah buang dan belilah kasut yang baru pulak.Itu pun tahun berikutnya.Sementara itu pakailah selipar jepun.Nak buat macam mana tak ada kemampuan.Bajet tak ada.Ayah ku pulak pagi toreh getah.Petang pula ambil upah gunting rambut.Upah gunting rambut hanya 20 sen aje.Kalau sekarang lah dah kaya agaknya. Bayangkan satu kepada dewasa sampai RM7.Sehari dapat 10 kepada dah jadi RM70.Kalau seminggu kiralah sendiri. Tapi aku ada juga mewarisi bakat menggunting seperti ayahku.Cuma tak dipublisitikan.Cukup sekadar gunting rambut isteri dan anak perempuanku.
Berbalik semula tentang permainan yang jadi kegilaanku,pernah ketika berumur 18 tahun selepas SPM, pasukan kampung ku adakan perlawanan persahabatan dengan pasukan dari sebuah estet.Pemain estet pulak semuanya India.Pada mula permainan memang aku begitu lincah untuk menjaringkan gol awal.Tapi malang tidak berbau.Ketika aku sedang menahan bola,seorang pemain estet merempuh lututku.Aduh, sakit bukan kepalang.Kepala lututku beralih arah.Kesakitan melanda diri.Aku terhencut-hencut keluar padang.Aku sudah tidak boleh bermain lagi.Aku urut sendiri lututku dengan minyak panas.Hingga nak solat pun susah.Terpaksa lunjurkan kaki kerana terlalu sakit.Puas aku berurut dengan atok dan beberapa orang lagi yang handal mengurut di kampungku.Masih terasa hingga kini kepala lututku sakit.Sejak itu,aku sudah tak betah lagi bermain bola sepak.Aku mula berjinak-jinak dengan permainan bola tampar.Aku berminat dengan permainan ini ketika aku menjalani kursus di Pusat Latihan Belia di Bukit Senyum,Johor Bahru. Setiap petang aku turun berlatih,menjalani latihan fizikal dan senaman untuk menguatkan otot-otot. Di pusat latihan ini kami adakan kejohanan antara kumpulan.Kadang-kadang kami joint sama dengan pasukan FRU yang kebetulan berada bersebelahan dengan tempat latihan kami.Memang menarik permainan ini.Tapi perlukan kemahiran dan ketajaman serta fokus.Hinggalah kini telah berumur 50an,masih mampu untuk bermain bola tampar,kerana tak perlukan tenaga yang banyak untuk berlari seperti bermain bola sepak.Tapi kalau nak lompat untuk matikan bola ke pihak lawan hanya sekadar melepaskan bola sahaja untuk dapatkan mata.

No comments:

Post a Comment