Aku dulu berhasrat untuk pergi ke sekolah pondok.Tambahan pulak adanya perkumpulan Al Arqam yang mendominasi usaha dakwah pada waktu itu.Dengan berpakaian jubah dan berserban menarik perhatian aku. Mereka menjalankan usaha perniagaan yang gigih.Mereka mengeluarkan pelbagai jenama makanan dan pakaian serta buku-buku berbentuk majalah.Majalah yang diterbitkan begitu menarik sekali dengan qualiti kertas dan grafik yang memikat kepada sesiapa sahaja yang melihatnya.Namun hasrat hati tak kesampaian.
Kesedaran tentang pentingnya diri mendekati agama Islam tertanam ketika aku berada di Tingkatan Enam. Pembacaan majalah seperti Dakwah dan sebagainya dengan gaya bahasa yang mudah dan menarik menjadikan aku sedar betapa setiap muslim perlukan kekuatan untuk bangun kembali.Revolusi Islam di Iran menjadi pemangkin kepada aku dan beberapa orang rakan.Diskusi dan situasi ketika itu membolehkan diri ini amat mencintai perjuangan yang diperjuangkan oleh Imam Hassan Al Bana,Syed Qutub bersama ikhwanulmuslim di Mesir.Betapa sukar dan siksanya mereka hingga syahid diperlakukan oleh pemerintah Mesir ketika itu iaitu Gamal Al Nasir selaku presiden Mesir.Dari apa yang dibaca ternyata kebanyakan pemerintah di negara-negara Islam ini telah diperkudakan oleh anasir-anasir Zionis Yahudi.Mereka bergerak sederap dengan merancang agar setiap pemerintah negara Islam perlu diindotrinasikan kebaratan.Namun ternyata,dalam usaha yang dilakukan Allah juga merancangkan agar negara umat Islam tidak terus dihancurkan.Kebangkitan rakyat Iran hingga tergulingnya pemerintah Shah Iran Pahlavi merencatkan perancangan kolonialisme ini.Hingga kini tak ada negara barat pun yang berani mencuba menggulingkan pemerintah Iran.Walaubagaimanapun,negara-negara Arab yang lain semakin hancur luluh.Iraq telah dimusnahkan.Presiden Saddam Hussein telah ditangkap dan dibunuh.Lihat Libya juga musnah dihancurkan.Presiden Muammar Ghadapi dibunuh sesuka hati.Beginilah halnya apabila pemerintah melupakan amanah yang Allah berikan.Mereka lupa tanggungjawab sebagai khalifah di muka bumi ini.Negara Mesir kini dalam proses pendemokrasian.Kita lihat bumi Afghanistan,juga hancur akibat peperangan.Palestin masih terkapai-kapai untuk bersatu.Mereka diperkotak-katikkan oleh konco-konco Israil.Inilah dikatakan sikap barat yang suka pecah dan perintah.Di kalangan pemimpin Islam bertelagah sesama sendiri.Sukar untuk bersatu.Sudahlah seagama tapi berlainan mazhab menyebabkan tiada keserasian.Egois diri dan kepentingan bangsa dan kaum melemahkan perpaduan umat Islam.Ada sahaja virus-virus yang menyerang dan memecahkan usaha ke arah perpaduan.Apakah nak tunggu Nabi Isa turun dari langit baru nak bersatu.Di negara kita sendiri,seolah-olah sukar hendak berdakwah.Nak berdakwah perlukan tauliah.Sultan dan raja menjadi ketua agama.Apabila menjadi ketua agama sudah tentu menjadi role model kepada sekelian umat Islam.Bagaimana kalau di kalangan istana pun masih teraba-raba mencari syariat.Kehidupan mewah dan serba terkongkong dengan prosedur yang entah apa-apa mengongkong kebebasan untuk keluar dari kepompong kehidupan bangsawan.Raja tak boleh bergaul dengan rakyat nanti jatuh martabat.Bagaimana dengan pepatah Melayu ada mengatakan Ular menyusur akar takkan hilang bisanya.Perubahan perlu dilakukan.Tiada siapa yang akan merubah itu semua melainkan raja-raja itu sendiri yang mengubah diri mereka sendiri.Rakyat kebanyakan hanya perlu diberikan penjelasan.Rakyat bawahan ada berkata apa fungsi raja dan sultan.Setakat hadir majlis rasmi,diberikan penghormatan dan tandatangan cap mohor raja-raja nak isytihar hari raya dan permulaan puasa.Yang lain-lain tak tahulah apa nak diperkatakan lagi.Belajarlah daripada sejarah seperti Khalifah Umar Al Khatab atau Umar Bin Abd Aziz. Mereka ini begitu prihatin sekali akan permasalahan rakyat.Sanggup menyamar diri untuk mengetahui kehidupan rakyat yang sebenarnya.Raja sekarang semua disediakan.Sebelum berangkat kuncu-kuncu telah bersiap sedia dari segi pengangkutan,laluan,tempat hadir,makanan perlu sentiasa terjamin dari segi keselamatannya.Apa salahnya kalau sultan atau raja nak melawat,tak perlu dimaklumkan kepada sesiapa saja.Datanglah dan lihat sendiri bagaimana kehidupan rakyat yang sebenarnya.Ini tidak apabila raja nak lalu jalanraya barulah ditar dan diperbaiki.Laluan-laluan kenderaan di sekat untuk mereka lalu dengan selesa dan laju.Kalau rakyat biasalah pandu kereta laju dah kena saman.Inilah yang diperhatikan rakyat kebanyakan. Mereka kata raja bukan menyenangkan mereka tapi menyusahkan.Rakyat terpaksa menunggu lama untuk memberikan laluan kenderaan di raja lalu.Itu tak apalah kalau dalam kenderaan.Bagaimana rakyat yang menunggu dan melambaikan ketibaan raja.Mereka sejak awal lagi sudah berbaris dengan bendera,berpanas dengan berdiri di tepi jalan sambil mengibarkan bendera kecil tanda menyambut kedatangan raja melalui tempat mereka.Tapi apa mereka kata.Patutnya perlahankanlah kenderaan.Ini tidak laju semacam aje.Nak tengok mukapun tak nampak.Mana nak nampak pakai cermin gelap,langsung tak nampak apa-apa. Kalau rakyat biasa dah kena saman oleh JPJ pakai kereta cermin gelap tak ikut kelulusan yang dibenarkan.
Sampai bilalah kita akan begini?Apakah nak tunggu wawasan 2020 idea Mahathir.Atau aku pun tak tahu nak jawab bila akan berubah.
No comments:
Post a Comment