SELAMAT BERINFORMASI

Wednesday, July 18, 2012

Susupan petang Selasa

Pengalaman pertama aku menaiki ambulans.Di suatu petang selepas pulang dari sekolah,aku bersama isteri dan anakku Hadi,pergi ke klinik kesihatan Labis.Aku ke sana untuk dapatkan rawatan pemeriksaan susulan selepas aku mendapat laporan kesihatan.
Setibanya di klinik aku mendaftarlah dan menunggu giliran.Ketika di peringkat saringan aku di periksa tekanan darah.Alangkah terkejutnya BP aku begitu tinggi sekali mencapai +200/+100.Aku diminta berjumpa doktor.Begitu juga hasil BP yang aku dapati.Doktor minta aku berehat sejam untuk diambil BP semula.Aku diberikan sebiji pil tekanan darah.Setelah hampir sejam terasa kepala aku mula terasa pening.Kemudian ketika berjumpa doktor bacaan BP aku turun sedikit sahaja dan aku dinasihatkan ke hospital.
Jam hampir 5.30 petang aku dihantar ke hospital menaiki ambulans.Itulah pertama kali aku menaiki ambulans.Punya le laju dipandu.Bergoyang-goyang aku dibuatnya.Agaknya kalau wanita mengandunglah agaknya nak terberanak dibuatnya.
Sampai di hospital aku diminta duduk di kerusi roda dan di bawa untuk pendaftaran lalu masuk ke wad kecemasan. Tekanan darah aku diperiksa lagi dan diberikan ubat tekanan darah.Doktor menghampiri aku lalu bertanya pelbagai soalan.Ada sakit kencing manis tak?Mata ada kabur tak?Badan sakit-sakit tak?Waduh,jawapan aku tak ada aje.Dia uji aku dengan menarik otot-otot tangan dan kaki adakah normal. Alhamdulillah masih normal.
Setiap 10 minit tekanan darah diambil.Kemudian darah aku diambil.Puhhh sakitnya tangan apabila pembantu perubatan cucuk untuk ambil darah.Berdenyut-denyut urat tangan aku menahan sakit.Tapi tak apalah.Kemudian beberapa jururawat datang membawa peralatan.Mereka kata nak uji denyutan jantung.Beberapa kabel wayar dipasang.Aku diam ajelah.Buat bodoh aje.Dah kerja mereka.
Setelah itu,datang lagi jururawat membawa peralatan lain.Dia memasukkan satu saluran cecair ke dalam saluran darahku.Terasa ubat itu masuk melalui saluran darah.Tekanan darah diambil lagi.Alhamdulillah,tekanan darah dah turun.Beberapa kali mereka mengambil tekanan darah.untuk pastikan benar-benar aku kembali pulih.Akhirnya jururawat berkata pakcik punya tekanan darah dah ok jadi tak lah masuk wad.Punyalah suka hatiku.Tapi kepala terasa sakit lagi.Perut pulak dah keroncong.Punya le lapar.Aku telefon orang rumah.Syukur dia dah sampai bersama 3 anakku.Aku minta sedikit makanan dan air.Isteriku seorang yang memahami aku.Dia membawa sebungkus roti dan sebotol air mineral.Dapatlah aku makan dua buku roti kerana perut terasa sangat lapar.Tapi kepala ni masih lagi sakit.Ketika doktor membawa sepucuk surat aku mengadu kepadanya kepala aku masih sakit.Doktor menyatakan dia akan memberikan satu suntikan di punggung.Aduh,kena cucuk lagi.Nak buat macam mana terima ajelah.Seorang pembantu perubatan lelaki melakukan suntikan.Aku dinasihatkan untuk ke klinik kesihatan terdekat untuk dapatkan rawatan susulan dan surat cuti sakit.Akhirnya aku pun keluarlah dari wad kecemasan untuk pulang ke rumah.Syukur aku kepada Mu Ya Allah kerana aku tak di masukkan ke wad.

No comments:

Post a Comment