Selamat datang Ramadhan.Bersyukur kepada Mu ya Allah kerana aku masih lagi diberikan peluang untuk bertemu bulan ramadhan.Usia kian meningkat.Namun amalan terasa masih berkurangan.Apakah ramadhan kali ini akan lebih baik daripada ramadhan yang lalu.Peringkat awal ramadhan,masjid dan surau mula dipenuhi.Solat tarawikh begitu ramai sekali jemaahnya.Dari peringkat dewasa hingga kanak-kanak.Tak pernah barisan saf hingga ke belakang masjid.Solat 5 waktu boleh dikira jemaahnya.Tapi yang jadi masalahnya ada yang solat hanya 8 rakaat sahaja.Selepas itu jemaahnya hilang dan pulang ke rumah.Apakah solat tarawikh hanya jadi adat dan budaya sahaja.Apakah tiada usaha untuk pertingkatkan ilmu dan iman di jiwa untuk mendekati Allah di bulan ramadhan ini.Walaupun telah banyak disampaikan para ustaz dan bacaan buku dikeluarkan,namun masyarakat melayu masih lagi tiada perubahan.Tapi biasalah seoalah-olah bulan ramadhan ini merupakan festival sahaja.Disambut tanpa rasa taqwa dan syukur.Itu baru solat tarawikh. Lihatlah pada waktu petang pula akan berduyun-duyun pula orang ramai ke bazar ramadhan.Akan wujud pula festival kuih-muih,air dan lauk-pauk.Berbungkus-bungkus pula akan dibeli dan dibawa pulang ke rumah masing-masing untuk jamu berbuka puasa.Akan penuhlah meja makan dengan makanan dan minuman.Pinggan mangkuk,cawan dan gelas memenuhi ruang meja.Maka akan mengeluh kaum wanita kerana sehusai makan akan mencuci pinggan mangkuk yang telah digunakan.Kesibukan ini pula akan menyebabkan solat maghrib dilewatkan.Apabila dah penat,solat Isyak dan tarawikh tak sempat dilaksanakan,kerana sibuk fikir apa nak makan waktu sahur nanti.Begitulah putaran kehidupan di bulan puasa ini.
No comments:
Post a Comment