SELAMAT BERINFORMASI

Sunday, December 20, 2009

Memori Lama (bah 2)

Dah lama tak tulis,rehat kejap,tak ada idea.Banyak perkara yang berlaku dalam masa cuti ni.Minggu lepas 4 hari aku bertugas di sekolah.Banyak kerja-kerja aku siapkan.Fail-fail koko telah aku siapkan untuk 2010.kecuali fail bahasa melayu sebab tak dihantar.katanya tak siap.Kad gerko telah aku siapkan.Tahun depan setiap murid dari Tahun 3 hingga Tahun 6 wajib ada kad ini.Aku harap semua rakan-rakan akan lebih bersemangat dan berdedikasi untuk meningkatkan prestasi sekolah sama ada dalam bidang akademik maupun kokurikulum.

Setiap minggu ada aje jemputan kahwin.Nak makan kena hati-hati.Maklumlah bila umur dah mningkat kena jaga kesihatan.Makan bila rasa lapar,berhentilah sebelum kenyang.Perut pun dah naik boroi ni,macam dah tiga bulan gamaknya.Nak kempiskan pun susah sangat.Joging juga dengan orang umah.Tapi tak gak kempis.

Tahun ni tak ada bonus pulak.Bajet beli peralatan sekolah dah meningkat.Pakaian sendiri pun mis nak beli.Pentingkan untuk anak-anak.Bayaran sekolah pun dah naik.Segalanya naik.Nasib baik orang umah pandai ekonomi,pandai bajet,kalau tak semput juga dibuatnya.Namun, bersyukur kepada Allah atas rezeki yang dikurniakan.Mungkin orang lain lebih susah dari kita.Bagaimana dengan orang-orang kampung,tak pa juga harga getah dah naik.Tapi meriusim hujan ni tak dapat nak noreh.

Teringat aku dulu,masa sekolah rendah.Belanja hanya 5 sen aje.tapi masa tu, 5 sen boleh beli nasi lemak sebungkus.Air free aje maklumlah air paip.Gogok ajelah.Naik sekolah menengah belanja hanya 10 sen aje.Dapat la mi sepinggan.buat alas perut.Kalau sempat masak bawalah bekal.Kalau tak telah air liur ajelah.Aku dulu pandai ga tanak nasi dapur kayu.Buat sambal ikan bilis.Sedap tak sedap aku yang masak, makan aje lah.Kadang-kadang kalau ada rezeki,tokey kantin bagi free makan mi pada aku.Syukur aku kerana ada yang prihatin.

Masuk Tingkatan 4, aku terima biasiswa Dato Onn.Menggigil aku terima duit kali pertama.Banyak gak RM300 sekali terima.Ayahku tak beri lagi duit belanja.Aku kena bajet sendiri.Bayar duit tambang bas,beli buku,pakaian dan belanja harian.Semua pakai duit biasiswa. Nak jimat belanja gi sekolah tunggang basikal.Itu pun basikal hadiah daripada abangku atas permintaan aku kerana berjaya cemerlang dalam SRP. Kayuhlah basikal setiap pagi dari rumah ke sekolah sejauh 7 batu.Penat juga rasanya.Mula-mula rasa seronok ga.Tapi lama-lama tak tahan.Akhirnya naik bas.Bayarla tambang RM13 sebulan.

Tamat SPM aku ditawarkan ke Tingkatan Enam kat sekolah Tinggi Segamat.Dah tak jauh dari kampungku.Masa tu aku tumpang rumah akakku kerana jaraknya tak jauh dari sekolah.Sekali-sekali balik ga kampung.Tolong toreh getah bila cuti.Nak study ngan kawan tak ada.Ramai kawan sekampung lepas SPM ntah ke mana pergi.Tak ada yang seiring dengan aku.Study sendirilah jawabnya.Bacalah apa yang ada ikut kemampuan.Rasa bersyukur juga kerana dapat buku teks pinjaman.Tebal-tebal pula bukunya.Buku Sejarah Dunia adalah sejengkal tebal.Puas juga nak baca.Masa tu tak macam sekarang,ada kelas tambahan,tusyen.Nak tak nak usaha sendiri dan berdoa dan bertawakkal kepada Allah.

Dalam pada tu,cuba juga mohon maktab.tapi tak ada rezeki.Temuduga dapat juga.Agaknya belum ada peluang nak jadi cikgu.Tamat STP aku hanya duduk di kampung.Dalam hati nak juga berhijrah ke tempat lain,tapi nak gi mana?Aku cuba juga belek surat khabar kot-kot ada kerja ke atau kursus ke.Tup-tup terbaca satu iklan temuduga kursus belia di JKM .Aku pergilah mengadu nasib kat pejabat JKM untuk temuduga.Aku mohon kursus mekanik radio dan televisyen.Alhamdulillah,aku dapat ikuti kursus itu.Tapi kat JB.

Sampai masanya aku pun pergilah ke JB sorang pulak tu.Tak sapa yang antar.Emak bagi duit tambang aje.Duit lebih tu pun baki duit biasiswa aku Tingkatan 6 yang aku simpan.Aku nekad nak ikuti kursus tersebut.Dalam fikiran kalau tak kemahiran sukar untuk mendapatkan pekerjaan.Di situlah bermulanya aku menjadi dewasa,belajar bukan sahaja ilmu kemahiran,aku juga dapat ilmu agama dengan lebih baik melalui seorang ustaz.Berkat ajaran dan nasihat yang diberikan ku sematkan dan ku amalkan.

Menjadi pelatih di Pusat Latihan Belia Bukit Senyum Johor Bahru,bukannya mudah.Sebagai pelatih kami di latih seperti ala tentera.Setiap pagi kena kawad kaki,berjoging dan sebagainya.Di samping menerima arahan dari pihak penguasa,pelatih senior pun tumpang sekaki membuli dan meraging kami.Pelbagai cara dan kaedah dilakukan.Ada kena pumping,jalan itik,turun naik bukit,malam-malam kena merangkak bawah katil.Hanya berseluar pendek aje.

Pada waktu itu,masalah dadah begitu kronik sekali.Ramai pelatih yang terlibat dengan dadah.Jika terdapat pelatih yang terlibat dengan dadah atau merokok, mereka akan dibuang dari pusat tersebut.Aku bersyukur kerana diriku ini dilindungi Allah daripada sebarang musibah.Aku intim dengan ustaz,kadang-kadan bila ustaz tak hadir,aku ke depan jadi imam sembahyang.Bermulalah kehidupan aku menjadi imam kepada pelatih-pelatih di situ.Baik yang senior maupun yang setaraf dengan ku.

Masuk semester ke 2 aku dilantik sebagai pengawas.Ramai pelatih-pelatih senior mula risau bila aku jadi pengawas.Mereka tahu aku tak mudah dipengaruhi.Orang kata kalau nak bodek pun tak jalan.Aku buat selamba aje.Mereka takut aku buat repot tentang kegiatan mereka yang merokok.Kalau kena tangkap abislah peluang mereka nak belajar di situ.

Di Tahun ke 2 aku dilantik menjadi Ketua Pengawas.Aku menjalankan tugas yang diamanahkan dengan bertanggungjawab.Tambahan pula kalau ada pelatih baru masuk,aku pastikan tiada deraan dilakukan.Aku tak mahu budaya ini berleluasa.Tapi kalau sikit-sikit tu tak apalah.Tak tak boleh nak usik langsung.Tu sebab pelatih-pelatih baru ni manja tak tahan lasak.Penakut dan sebagainya.

Aku menamatkan kursus selama 2 tahun di situ dan mendapat sijil kemahiran LLPPKK.Aku gunakannya mendapatkan pekerjaan.Aku mulakan kerja di Sharp Roxy Elektronik di Sri Gading Batu Pahat.Aku ditugaskan di Sheild Room iaitu sebuah bilik daripada aluminium yang kalis dengan sinar x.Aku perlu mempastikan setiap TV yang dikeluarkan berkualiti dan tiada sinaran Ultra ungu yang membahayakan pengguna.Pada mulanya rasa seronok juga maklumla baru dapat kerja.Lama kelamaan bosan juga.Takut-takut aku kena kanser.Aku bertekad cukuplah setahun aku bekerja di situ.Akhirnya aku balik semula ke kampung tanam kacang dan tanam jagung,toreh getah waktu pagi,petang-petang main bola.


No comments:

Post a Comment