25 Disember aku dan keluarga balik ke JB.Kami ke rumah abang Yunus(ibang ipar) kerana perkahwinan anaknya Mohd Yusri.Dah lama kami tak jumpa anaknya termasuk abang Yunus dan keluarganya.Kami terus menuju ke rumahnya di Taman Selesa Jaya.Puas juga kami mencari rumahnya
maklumlah ingat-ingat lupa.Kami terus menuju ke Masjid Selesa Jaya.Kami sampai mempelai sedang membacakan ikrar masing-masing(Program Sakinah).Aku dulu tak macam tu semasa nikah.Tapi sekarang semua kena buat.Si ayah kena baca.Si ibu kena baca.Kadang-kadang terlihat jelas kesebakan pihak ibu dan ayah ketika membaca skrip yang telah disediakan oleh Naib Kadhi.Ada juga yang tak tertahan hingga tak dapat membaca skrip tersebut.Maklumlah nak serahkan tanggungjawab anak perempuan kepada suaminya.
Aku tak terus masuk ke masjid,tapi kami bergerak menuju ke rumah abang Yunus.Sampai saja di situ,terdapat ramai para jemputan sedang menikmati jamuan yang disediakan.Dah lama juga orang Johor tak buat majlis kahwin pada hari Jumaat,selalunya hari Sabtu atau hari Ahad.Aku terus menjamu selera dan makan apa yang ada sambil berbual mesra dengan kaum keluarga sebelah isteriku.
Menjelang pukul satu,aku bergerak ke masjid semula untuk tunaikan solat Jumaat bersama dua anak lelaki ku dan menantu kak Long.Setelah selesai solat,kami kembali semula ke rumah abang Yunus.Baru beberapa langkah,isteriku minta hantar ke masjid kerana dia nak solat Zohor.Kenalah bergerak semula ke masjid.Sementara menunggu isteri dan dua anak perempuan solat,aku berehat ajelah dalam kereta.
Ramai tetamu yang hadir.Kebanyakannya dari keluarga TNB.Maklum abang iparku kerja TNB.Jam 3.00 mempelai keluar dan duduk di ruang makan yang disediakan.Aku hanya memperhatikan saja sambil melihat dan bersalaman dengan rakan-rakan abang iparku.Sementara itu majlis tersebut dihiburkan oleh dj. sambil mengalunkan lagu-lagu hiburan bagi memeriahkan majlis tersebut.Macam dah jadi budaya pulak kalau tak ada lagu tak seronok.Bagi aku kalau tak ada pun tak apa.Kan elok kalau ada lagu-lagu nasyid memuji rasulullah dan Allah.Tambahlah keberkatan majlis yang diadakan.Tapi nak buat macam mana aku hanya berdoa aje agar semuanya selamat.
Aku ambillah gambar pengantin yang sedang makan.Sedang snap gambar,emak pengantin kak Ani memberitahu pengantin aku adalah ayah cu.Apa lagi Mohd Yusri bangunlah lalu bersalaman dengan ku.Dia kata dah lama tak jumpa dan tak cam kerana aku bercermin mata dan berkupiah pula.Katanya macam imam yang nikahkan dia tadi.Aku ucapkan tahniah berdoa semoga diberikan keberkatan kepadanya.Dia memperkenalkan aku kepada isterinya.
Sementara menunggu untuk balik,kami adakan sesi bergambar.Kemudian kami bersalaman untuk meninggalkan majlis itu.Kami menuju ke masjid untuk solat Asar.Setelah itu,kami pun bergerak untuk pulang ke Labis.

No comments:
Post a Comment