SELAMAT BERINFORMASI

Wednesday, December 2, 2009

Hari Raya Qurban

Hari Sabtu 28 November 2009 jam 7.45 pagi aku menghantar anakku Siti Sarah ke kelas Agama Darjah Khas.Kemudian aku ke masjid untuk menyertai majlis Qurban.Aku tumpang satu nama dalam majlis kurban tahun ini.Tiga ekor lembu di kurbankan.Aku menyertai jawatankuasa Kurban dan tugasku membantu melapah lembu yang telah disembelih.Majlis ini mengingatkan pengorbanan Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail.Penyembelihan dilakukan oleh Ustaz Wagiman.Beliau merupakan Naib Pengerusi Badan Masjid Labis,juga penceramah Kursus Haji Bersiri dalam Kawasan Labis.Majlis berjalan lancar dan jawatankuasa bertugas dengan penuh tanggungjawab.Setelah dilapah,daging dihantar kepada kumpulan yang mengasingkan daging dengan tulang,kemudian ditimbang 1 kg setiap bungkus.Tujuannya agar senang untuk diagihkan.
Setelah itu,daging-daging yang telah dibungkus diagihkan kepada penama-penama Kurban beserta dengan tulang,hati dan limpa.Aku pulang setelah bahagian kepunyaanku diberikan.Sampai di rumah aku pula mengagihkan daging kepada jiran-jiran yang terdekat dengan rumahku.Aku bersyukur kerana pada tahun ini dapat lagi aku menunaikan Kurban.Tahun sebelumnya aku menunaikan kurban di Tanah Suci Mekah.Aku berharap agar pada tahun-tahun akan datang aku akan terus menjalankan ibadah kurban ini selagi hayat dikandung badan.InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment