SELAMAT BERINFORMASI

Friday, December 25, 2009

Perlu berubah ke arah Islamic

Hari ini ramai di kalangan kita orang Melayu yang beragama Islam mengadakan majlis-majlis seperti khenduri,hari jadi,potong jambul,berkhatan dan sebagainya.Walaupun pada asalnya mempunyai niat yang baik tetapi kerana kurangnya ilmu agama sedikit sebanyak menjejaskan keberkatan majlis yang diadakan.

Kita sedia maklum,apabila meninggalnya anak Adam,hanya tiga perkara yang dibawanya untuk menyelamatkan dirinya daripada siksaan Allah dan api neraka.Pertama,amalan-amalan ibadahnya yang ikhlas kerana Allah.Kedua,sedekah jariah yang ikhlas dan tersembunyi.Ketiga,anak-anak yang soleh yang mendoakan kedua ibu bapanya.Jelas ayat tersebut mengingatkan diri kita.Tapi dah jadi budaya orang Melayu mengadakan khenduri arwah dengan menjemput jiran-jiran membacakan tahlil dan doa untuk arwah ibu bapa mereka.Aku pun tak berapa faham akan hal demikian.Ada ulama kata tak jadi masalah.Tapi jika difikirkan tentang ayat yang di atas,adakah kita yang dikurniakan akal fikiran yang waras memikirkan maksud ayat tersebut.Apabila diadakan khenduri baca Yasin dan tahlil arwah,kadang-kadang yang baca adalah tetamu tapi anak-anak dan kaum kelurga tuan rumah sibuk menguruskan jamuan.Itulah yang jadi tak betulnya.Kalau boleh biarlah bersama-sama membaca Yasin dan bertahlil demi menambahkan keberkatan majlis yang diadakan.

Ada pula dalam tersebut,suara anak-anak atau dalam kalangan keluarga tersebut berbual-bual atau ada yang menonton televisyen.Jadi suara orang yang baca Yasin dengan suara riuh tadi bercampur-campur.Aku pun tak tahu macam mana nak berikan penjelasan.Apabila diadakan khenduri dah tentu ada makan-makan.Selepas majlis tahlil,tetamu akan disajikan makanan.Kalau ikut sunnah sepatutnya jika hendak beri sedekah berilah kepada orang yang miskin atau fakir atau kita jamu kepada anak-anak yatim piatu.Ini kita jamu kepada orang yang memang hari-hari dapat makanan yang lazat.Dah jadi lumrah manusia sudah tentu akan berkata.Makanan khenduri rumah si anu tu nasinya keraslah.Atau apa-apa ajelah komen mereka.Untuk mengelak hal demikian berlaku tuan rumah terpaksalah menyediakan makanan yang terbaik.Mereka kenalah keluar bajet lebih.Bagaimanalah kalau di kalangan kita yang hidupnya kais pagi makan pagi.Maka dah tentulah mereka tak mampu nak buat ini semua.

Seperkara lagi,khenduri selepas kematian.Setelah jenazah dikebumikan, malamnya diadakah khenduri arwah.Maka dijemputlah pak imam dan orang ramai hadir pada malam tersebut.Sepatutnya,tak payahlah diadakan.Cukuplah sekadar kaum keluarga berkumpul sambil membaca Yasin dan bertahlil anak beranak untuk mendoakan kesejahteraan si Mati.Di sinilah kita harus berfikir apakah kita telah melahirkan seorang anak yang soleh yang faham akan agamanya dan sunnah nabi.Hal ini demikian,kerana bila nak adakan majlis bersama keluarga dapatlah salah seorang anak-anak kita memimpin majlis tersebut.Jadi tak perlulah kita nak jemput imam atau ustaz.

Mengenai majlis potong jambul pula,aku pun tak faham akan sikap orang Melayu kita ni.Kalau ikut sunnah,yang ada cukur rambut.Itu pun setelah anak dilahirkan 7 hari.Maka hari ke 7 itulah rambutnya dicukur,diakikahkan dan diberikan nama yang baik-baik.Aku macam keberatan kalau nak hadir majlis ini.Tapi apa kan daya kalau dijemput nak buat macam mana.Tambahan pula kalau kena berzanji.Dalam kumpulan Yasin taman aku,kebanyakan ahli tak berapa mahir nak berzanji.Kalau ada majlis ini,nampak gayanya aku kenalah membacanya.Ini semua kerana nak kata aku pandai tak juga.Kalau tak rotan akar pun berguna juga.Tapi anak-anak aku tak minat pula nak berzanji.Apa nak buat kalau di sekolah pun tak ada pelajaran ni.Ustaz pun ada yang tak tahu nak berzanji.

Justeru,sebagai seorang Islam yang beriman,kita mestilah bermuhasabah diri dan berfikir serta mencari ilmu sebanyak mungkin agar kita tak lah menjadi pak turut atau budaya ikut-ikut.Tapi syaratnya kalau tak nak buat diam-diam ajelah.Tak payah nak heboh-heboh nanti jadi masalah pula.Kita kenalah bertukar-tukar pendapat dan memberikan input kepada mereka-mereka yang belum faham akan hal-hal sedemikan.Sekian,kita jumpa lagi.




Majlis Kahwin lagi

25 Disember aku dan keluarga balik ke JB.Kami ke rumah abang Yunus(ibang ipar) kerana perkahwinan anaknya Mohd Yusri.Dah lama kami tak jumpa anaknya termasuk abang Yunus dan keluarganya.Kami terus menuju ke rumahnya di Taman Selesa Jaya.Puas juga kami mencari rumahnya maklumlah ingat-ingat lupa.Kami terus menuju ke Masjid Selesa Jaya.Kami sampai mempelai sedang membacakan ikrar masing-masing(Program Sakinah).Aku dulu tak macam tu semasa nikah.Tapi sekarang semua kena buat.Si ayah kena baca.Si ibu kena baca.Kadang-kadang terlihat jelas kesebakan pihak ibu dan ayah ketika membaca skrip yang telah disediakan oleh Naib Kadhi.Ada juga yang tak tertahan hingga tak dapat membaca skrip tersebut.Maklumlah nak serahkan tanggungjawab anak perempuan kepada suaminya.

Aku tak terus masuk ke masjid,tapi kami bergerak menuju ke rumah abang Yunus.Sampai saja di situ,terdapat ramai para jemputan sedang menikmati jamuan yang disediakan.Dah lama juga orang Johor tak buat majlis kahwin pada hari Jumaat,selalunya hari Sabtu atau hari Ahad.Aku terus menjamu selera dan makan apa yang ada sambil berbual mesra dengan kaum keluarga sebelah isteriku.

Menjelang pukul satu,aku bergerak ke masjid semula untuk tunaikan solat Jumaat bersama dua anak lelaki ku dan menantu kak Long.Setelah selesai solat,kami kembali semula ke rumah abang Yunus.Baru beberapa langkah,isteriku minta hantar ke masjid kerana dia nak solat Zohor.Kenalah bergerak semula ke masjid.Sementara menunggu isteri dan dua anak perempuan solat,aku berehat ajelah dalam kereta.

Ramai tetamu yang hadir.Kebanyakannya dari keluarga TNB.Maklum abang iparku kerja TNB.Jam 3.00 mempelai keluar dan duduk di ruang makan yang disediakan.Aku hanya memperhatikan saja sambil melihat dan bersalaman dengan rakan-rakan abang iparku.Sementara itu majlis tersebut dihiburkan oleh dj. sambil mengalunkan lagu-lagu hiburan bagi memeriahkan majlis tersebut.Macam dah jadi budaya pulak kalau tak ada lagu tak seronok.Bagi aku kalau tak ada pun tak apa.Kan elok kalau ada lagu-lagu nasyid memuji rasulullah dan Allah.Tambahlah keberkatan majlis yang diadakan.Tapi nak buat macam mana aku hanya berdoa aje agar semuanya selamat.

Aku ambillah gambar pengantin yang sedang makan.Sedang snap gambar,emak pengantin kak Ani memberitahu pengantin aku adalah ayah cu.Apa lagi Mohd Yusri bangunlah lalu bersalaman dengan ku.Dia kata dah lama tak jumpa dan tak cam kerana aku bercermin mata dan berkupiah pula.Katanya macam imam yang nikahkan dia tadi.Aku ucapkan tahniah berdoa semoga diberikan keberkatan kepadanya.Dia memperkenalkan aku kepada isterinya.

Sementara menunggu untuk balik,kami adakan sesi bergambar.Kemudian kami bersalaman untuk meninggalkan majlis itu.Kami menuju ke masjid untuk solat Asar.Setelah itu,kami pun bergerak untuk pulang ke Labis.





Sunday, December 20, 2009

Memori Lama (bah 2)

Dah lama tak tulis,rehat kejap,tak ada idea.Banyak perkara yang berlaku dalam masa cuti ni.Minggu lepas 4 hari aku bertugas di sekolah.Banyak kerja-kerja aku siapkan.Fail-fail koko telah aku siapkan untuk 2010.kecuali fail bahasa melayu sebab tak dihantar.katanya tak siap.Kad gerko telah aku siapkan.Tahun depan setiap murid dari Tahun 3 hingga Tahun 6 wajib ada kad ini.Aku harap semua rakan-rakan akan lebih bersemangat dan berdedikasi untuk meningkatkan prestasi sekolah sama ada dalam bidang akademik maupun kokurikulum.

Setiap minggu ada aje jemputan kahwin.Nak makan kena hati-hati.Maklumlah bila umur dah mningkat kena jaga kesihatan.Makan bila rasa lapar,berhentilah sebelum kenyang.Perut pun dah naik boroi ni,macam dah tiga bulan gamaknya.Nak kempiskan pun susah sangat.Joging juga dengan orang umah.Tapi tak gak kempis.

Tahun ni tak ada bonus pulak.Bajet beli peralatan sekolah dah meningkat.Pakaian sendiri pun mis nak beli.Pentingkan untuk anak-anak.Bayaran sekolah pun dah naik.Segalanya naik.Nasib baik orang umah pandai ekonomi,pandai bajet,kalau tak semput juga dibuatnya.Namun, bersyukur kepada Allah atas rezeki yang dikurniakan.Mungkin orang lain lebih susah dari kita.Bagaimana dengan orang-orang kampung,tak pa juga harga getah dah naik.Tapi meriusim hujan ni tak dapat nak noreh.

Teringat aku dulu,masa sekolah rendah.Belanja hanya 5 sen aje.tapi masa tu, 5 sen boleh beli nasi lemak sebungkus.Air free aje maklumlah air paip.Gogok ajelah.Naik sekolah menengah belanja hanya 10 sen aje.Dapat la mi sepinggan.buat alas perut.Kalau sempat masak bawalah bekal.Kalau tak telah air liur ajelah.Aku dulu pandai ga tanak nasi dapur kayu.Buat sambal ikan bilis.Sedap tak sedap aku yang masak, makan aje lah.Kadang-kadang kalau ada rezeki,tokey kantin bagi free makan mi pada aku.Syukur aku kerana ada yang prihatin.

Masuk Tingkatan 4, aku terima biasiswa Dato Onn.Menggigil aku terima duit kali pertama.Banyak gak RM300 sekali terima.Ayahku tak beri lagi duit belanja.Aku kena bajet sendiri.Bayar duit tambang bas,beli buku,pakaian dan belanja harian.Semua pakai duit biasiswa. Nak jimat belanja gi sekolah tunggang basikal.Itu pun basikal hadiah daripada abangku atas permintaan aku kerana berjaya cemerlang dalam SRP. Kayuhlah basikal setiap pagi dari rumah ke sekolah sejauh 7 batu.Penat juga rasanya.Mula-mula rasa seronok ga.Tapi lama-lama tak tahan.Akhirnya naik bas.Bayarla tambang RM13 sebulan.

Tamat SPM aku ditawarkan ke Tingkatan Enam kat sekolah Tinggi Segamat.Dah tak jauh dari kampungku.Masa tu aku tumpang rumah akakku kerana jaraknya tak jauh dari sekolah.Sekali-sekali balik ga kampung.Tolong toreh getah bila cuti.Nak study ngan kawan tak ada.Ramai kawan sekampung lepas SPM ntah ke mana pergi.Tak ada yang seiring dengan aku.Study sendirilah jawabnya.Bacalah apa yang ada ikut kemampuan.Rasa bersyukur juga kerana dapat buku teks pinjaman.Tebal-tebal pula bukunya.Buku Sejarah Dunia adalah sejengkal tebal.Puas juga nak baca.Masa tu tak macam sekarang,ada kelas tambahan,tusyen.Nak tak nak usaha sendiri dan berdoa dan bertawakkal kepada Allah.

Dalam pada tu,cuba juga mohon maktab.tapi tak ada rezeki.Temuduga dapat juga.Agaknya belum ada peluang nak jadi cikgu.Tamat STP aku hanya duduk di kampung.Dalam hati nak juga berhijrah ke tempat lain,tapi nak gi mana?Aku cuba juga belek surat khabar kot-kot ada kerja ke atau kursus ke.Tup-tup terbaca satu iklan temuduga kursus belia di JKM .Aku pergilah mengadu nasib kat pejabat JKM untuk temuduga.Aku mohon kursus mekanik radio dan televisyen.Alhamdulillah,aku dapat ikuti kursus itu.Tapi kat JB.

Sampai masanya aku pun pergilah ke JB sorang pulak tu.Tak sapa yang antar.Emak bagi duit tambang aje.Duit lebih tu pun baki duit biasiswa aku Tingkatan 6 yang aku simpan.Aku nekad nak ikuti kursus tersebut.Dalam fikiran kalau tak kemahiran sukar untuk mendapatkan pekerjaan.Di situlah bermulanya aku menjadi dewasa,belajar bukan sahaja ilmu kemahiran,aku juga dapat ilmu agama dengan lebih baik melalui seorang ustaz.Berkat ajaran dan nasihat yang diberikan ku sematkan dan ku amalkan.

Menjadi pelatih di Pusat Latihan Belia Bukit Senyum Johor Bahru,bukannya mudah.Sebagai pelatih kami di latih seperti ala tentera.Setiap pagi kena kawad kaki,berjoging dan sebagainya.Di samping menerima arahan dari pihak penguasa,pelatih senior pun tumpang sekaki membuli dan meraging kami.Pelbagai cara dan kaedah dilakukan.Ada kena pumping,jalan itik,turun naik bukit,malam-malam kena merangkak bawah katil.Hanya berseluar pendek aje.

Pada waktu itu,masalah dadah begitu kronik sekali.Ramai pelatih yang terlibat dengan dadah.Jika terdapat pelatih yang terlibat dengan dadah atau merokok, mereka akan dibuang dari pusat tersebut.Aku bersyukur kerana diriku ini dilindungi Allah daripada sebarang musibah.Aku intim dengan ustaz,kadang-kadan bila ustaz tak hadir,aku ke depan jadi imam sembahyang.Bermulalah kehidupan aku menjadi imam kepada pelatih-pelatih di situ.Baik yang senior maupun yang setaraf dengan ku.

Masuk semester ke 2 aku dilantik sebagai pengawas.Ramai pelatih-pelatih senior mula risau bila aku jadi pengawas.Mereka tahu aku tak mudah dipengaruhi.Orang kata kalau nak bodek pun tak jalan.Aku buat selamba aje.Mereka takut aku buat repot tentang kegiatan mereka yang merokok.Kalau kena tangkap abislah peluang mereka nak belajar di situ.

Di Tahun ke 2 aku dilantik menjadi Ketua Pengawas.Aku menjalankan tugas yang diamanahkan dengan bertanggungjawab.Tambahan pula kalau ada pelatih baru masuk,aku pastikan tiada deraan dilakukan.Aku tak mahu budaya ini berleluasa.Tapi kalau sikit-sikit tu tak apalah.Tak tak boleh nak usik langsung.Tu sebab pelatih-pelatih baru ni manja tak tahan lasak.Penakut dan sebagainya.

Aku menamatkan kursus selama 2 tahun di situ dan mendapat sijil kemahiran LLPPKK.Aku gunakannya mendapatkan pekerjaan.Aku mulakan kerja di Sharp Roxy Elektronik di Sri Gading Batu Pahat.Aku ditugaskan di Sheild Room iaitu sebuah bilik daripada aluminium yang kalis dengan sinar x.Aku perlu mempastikan setiap TV yang dikeluarkan berkualiti dan tiada sinaran Ultra ungu yang membahayakan pengguna.Pada mulanya rasa seronok juga maklumla baru dapat kerja.Lama kelamaan bosan juga.Takut-takut aku kena kanser.Aku bertekad cukuplah setahun aku bekerja di situ.Akhirnya aku balik semula ke kampung tanam kacang dan tanam jagung,toreh getah waktu pagi,petang-petang main bola.


Thursday, December 3, 2009

Memori Lama (bah.1)

Aku ingin menceritakan tentang suatu peristiwa ketika aku masih bujang lagi.Sebelum aku memasuki bidang perguruan,aku adalah seorang budak kampung yang kerjanya adalah menoreh getah.Itu pun kebun getah ayahku.Di saat ayahku mula uzur,beliau menyerahkan usaha menoreh getah kepadaku.Kebunnya terletak jauh daripada kampung.Aku bermotosikal ke sana.Jam 6.30 pagi aku memulakan perjalanan.Hampir setengah jam barulah sampai.Dengan sebilah pisau di tangan aku memulakan menoreh dari sebatang pokok ke sebatang pokok.Di samping menoreh aku juga mengumpulkan getah segerap.Hinggalah ke pukul 10.00 pagi barulah kesemua pokok siap ditoreh.Sementara menunggu getah tus,aku minum dan makan bekalan yang dibawa.Nyamuk menjadi kawan karibku.Macam lalat mengerumuni setiap anggota badan.Sekali di tampar hampir 4 ke 5 ekor yang mati di tanganku.Namun,nyamuk tak pernah serik.
Jam 10.20 aku mula mengumpulkan susu getah ke dalam baldi.Susu kemudian dimasukkan ke dalam takung getah untuk dibekukan.Asid dicampurkan dan susu dikacau hingga beku.Setelah itu,getah dikeluarkan dan dileperkan dengan tangan.Kerja ini telah menjadi kebiasaanku.Alah bisa tegal biasa.Untuk menipiskan kepingan getah tadi digelek dengan mesin peleper getah.Seterusnya kepingan dimesin dengan peleper berbunga.Kepingan getah sebanyak 13 keping diletakkan di atas motorsikal untuk dibawa pulang ke rumah.Sampai di rumah kepingan getah diampaikan di belakang rumah untuk dikeringkan.Menjelang petang kepingan getah diletakkan di bawah rumah.Begitulah rutin harianku kecuali jika hari hujan.
Sebelah petangnya aku bermain bola sepak bersama rakan sekampung.Disebabkan tiada padang kebun getah orang kampung jadi tempat bermain.Kadang-kadang merungut tuan punya kebun getah kerana habis cawan dan sudu getahnya rosak.Apa nak buat masa tu tak terpikir pun hal begitu.Yang penting rasa seronok dan dapat hilangkan rasa bosan.
Menjelang maghrib aku ke masjid.Pada masa tu, suasana jemaah masjid tak macam sekarang.Kadang-kadang aku seorang je orang muda dan adalah seorang dua orang dewasa untuk sembahyang jemaah kat masjid.Berkat sabar dan semangat dijiwa remaja yang ada padaku,aku istiqamah juga.Bila cuti adalah kawan lama yang turut bersamaku untuk mengimarahkan masjid.Tambahan pula adalah seorang guru agama Cikgu Alias (dah meninggal ketika aku di Maktab)yang turut bersama kami untuk berbincang hal-hal agama dan isu semasa.Imam pula Pak Utehku yang kadang-kadang ada kadang-kadang tidak ada.
Semasa bersembang-sembang aku meluahkan perasaanku,bagaimana jika suatu hari nanti anak-anak muda menjauhkan diri daripada masjid.Siapakah yang akan menjadi imam,bilal?Siapa yang nak uruskan jenazah?Sehingga hari ini pun di kampungku masih berkeadaan macam tu.Apa nak buat,kesemua anak-anak muda tidak disalurkan ke pendidikan agama.Masing-masing melanjutkan pelajaran dalam bidang keduniaan.Ramai anak-anak muda kampungku telah meninggalkan kampung kerana mereka semua bekerja di tempat lain.Adik-beradikku sendiri daripada 11 orang yang ada hanya seorang saja yang tinggal di kampung.Dialah adikku yang bungsu yang menghuni rumah pusaka ibu dan ayahku atas persetujuan dan sepakat kami adik-beradik.Yang lain semua telah mempunyai rumah dan pekerjaan di tempat lain seperti aku yang kini menetap di Labis.Walaubagaimanapun kami masih lagi mempunyai talian keakraban adik-beradik dan boleh berkunjung dan berkumpul sekiranya ada majlis-majlis khenduri atau perkahwinan.O keylah setakat ni sajalah memori kali ini.Kita sambung lagi di lain masa.



Wednesday, December 2, 2009

Hari Raya Qurban

Hari Sabtu 28 November 2009 jam 7.45 pagi aku menghantar anakku Siti Sarah ke kelas Agama Darjah Khas.Kemudian aku ke masjid untuk menyertai majlis Qurban.Aku tumpang satu nama dalam majlis kurban tahun ini.Tiga ekor lembu di kurbankan.Aku menyertai jawatankuasa Kurban dan tugasku membantu melapah lembu yang telah disembelih.Majlis ini mengingatkan pengorbanan Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail.Penyembelihan dilakukan oleh Ustaz Wagiman.Beliau merupakan Naib Pengerusi Badan Masjid Labis,juga penceramah Kursus Haji Bersiri dalam Kawasan Labis.Majlis berjalan lancar dan jawatankuasa bertugas dengan penuh tanggungjawab.Setelah dilapah,daging dihantar kepada kumpulan yang mengasingkan daging dengan tulang,kemudian ditimbang 1 kg setiap bungkus.Tujuannya agar senang untuk diagihkan.
Setelah itu,daging-daging yang telah dibungkus diagihkan kepada penama-penama Kurban beserta dengan tulang,hati dan limpa.Aku pulang setelah bahagian kepunyaanku diberikan.Sampai di rumah aku pula mengagihkan daging kepada jiran-jiran yang terdekat dengan rumahku.Aku bersyukur kerana pada tahun ini dapat lagi aku menunaikan Kurban.Tahun sebelumnya aku menunaikan kurban di Tanah Suci Mekah.Aku berharap agar pada tahun-tahun akan datang aku akan terus menjalankan ibadah kurban ini selagi hayat dikandung badan.InsyaAllah.