SELAMAT BERINFORMASI

Wednesday, April 11, 2012

Cuti Tanpa Tekanan

Hari ini 11 April 2012,cuti sekolah kerana Hari Pertabalan Yang Dipertuan Agong.Kelab Bilik Guru (KEBIRU) sekolahku mengadakan pertandingan Badminton di kalangan guru lelaki dan guru wanita. Tujuannya adalah untuk mengeratkan persahabatan di kalangan guru agar menjadi lebih mesrta dan ceria di samping menghilangkan tekanan bekerja sepanjang masa.
Bertempat di Dewan Serbaguna Kg.Paya Merah,Labis, kami berkumpul dan bersantai sambil bermain badminton. Masing-masing dipasangkan secara undian.Nasiblah pasangan mana yang terkena pilihan yang kuat. Tapi apa yang penting bukan untuk mencapai kemenangan tapi sekadar untuk mengeluarkan peluh dan keringat yang telah lama terpendam tak keluar-keluar.Perlawanan demi perlawanan berlangsung tanpa tekanan. Masing-masing menunjukkan kehebatan dan kemahiran yang ada.Ada yang terlepas pukulan.Terjatuh kerana mengejar bulu tangkis yang diarahkan.Sokongan penonton amat menggalakkan.
Guru wanita bermain perseorangan.Ini kerana takut berlaga reket katanya.Dari segi kemahiran memang jauh sekali.Masing-masing hanya tahu pukul sahaja tanpa merancang permainan.Asalkan dapat balas balik dah puas hati.Nasiblah untung sabut timbul untung batu tenggelam.Keakraban jelas ditunjukkan dengan masing-masing memainkan peranan dalam menyediakan jamuan.Guru besar dan isteri memasak makanan di rumahnya.Kami dapat makan bersama-sama dengan makanan yang enak dan berselera sekali.Pertandingan berakhir hingga jam 2.30 petang.Selepas upacara penyampaian hadiah kami pun pulanglah ke rumah masing-masing.Cuma satu aje yang tidak dipraktikkan iaitu solat berjemaah.Walaupun dewan hampir dengan surau namun keprihatian amat kurang.Ada yang pergi sendiri-sendiri untuk solat termasuklah aku.

Sunday, April 8, 2012

Sekadar Keluhan

Aku dulu berhasrat untuk pergi ke sekolah pondok.Tambahan pulak adanya perkumpulan Al Arqam yang mendominasi usaha dakwah pada waktu itu.Dengan berpakaian jubah dan berserban menarik perhatian aku. Mereka menjalankan usaha perniagaan yang gigih.Mereka mengeluarkan pelbagai jenama makanan dan pakaian serta buku-buku berbentuk majalah.Majalah yang diterbitkan begitu menarik sekali dengan qualiti kertas dan grafik yang memikat kepada sesiapa sahaja yang melihatnya.Namun hasrat hati tak kesampaian.
Kesedaran tentang pentingnya diri mendekati agama Islam tertanam ketika aku berada di Tingkatan Enam. Pembacaan majalah seperti Dakwah dan sebagainya dengan gaya bahasa yang mudah dan menarik menjadikan aku sedar betapa setiap muslim perlukan kekuatan untuk bangun kembali.Revolusi Islam di Iran menjadi pemangkin kepada aku dan beberapa orang rakan.Diskusi dan situasi ketika itu membolehkan diri ini amat mencintai perjuangan yang diperjuangkan oleh Imam Hassan Al Bana,Syed Qutub bersama ikhwanulmuslim di Mesir.Betapa sukar dan siksanya mereka hingga syahid diperlakukan oleh pemerintah Mesir ketika itu iaitu Gamal Al Nasir selaku presiden Mesir.Dari apa yang dibaca ternyata kebanyakan pemerintah di negara-negara Islam ini telah diperkudakan oleh anasir-anasir Zionis Yahudi.Mereka bergerak sederap dengan merancang agar setiap pemerintah negara Islam perlu diindotrinasikan kebaratan.Namun ternyata,dalam usaha yang dilakukan Allah juga merancangkan agar negara umat Islam tidak terus dihancurkan.Kebangkitan rakyat Iran hingga tergulingnya pemerintah Shah Iran Pahlavi merencatkan perancangan kolonialisme ini.Hingga kini tak ada negara barat pun yang berani mencuba menggulingkan pemerintah Iran.Walaubagaimanapun,negara-negara Arab yang lain semakin hancur luluh.Iraq telah dimusnahkan.Presiden Saddam Hussein telah ditangkap dan dibunuh.Lihat Libya juga musnah dihancurkan.Presiden Muammar Ghadapi dibunuh sesuka hati.Beginilah halnya apabila pemerintah melupakan amanah yang Allah berikan.Mereka lupa tanggungjawab sebagai khalifah  di muka bumi ini.Negara Mesir kini dalam proses pendemokrasian.Kita lihat bumi Afghanistan,juga hancur akibat peperangan.Palestin masih terkapai-kapai untuk bersatu.Mereka diperkotak-katikkan oleh konco-konco Israil.Inilah dikatakan sikap barat yang suka pecah dan perintah.Di kalangan pemimpin Islam bertelagah sesama sendiri.Sukar untuk bersatu.Sudahlah seagama tapi berlainan mazhab menyebabkan tiada keserasian.Egois diri dan kepentingan bangsa dan  kaum melemahkan perpaduan umat Islam.Ada sahaja virus-virus yang menyerang dan memecahkan usaha ke arah perpaduan.Apakah nak tunggu Nabi Isa turun dari langit baru nak bersatu.Di negara kita sendiri,seolah-olah sukar hendak berdakwah.Nak berdakwah perlukan tauliah.Sultan dan raja menjadi ketua agama.Apabila menjadi ketua agama sudah tentu menjadi role model kepada sekelian umat Islam.Bagaimana kalau di kalangan istana pun masih teraba-raba mencari syariat.Kehidupan mewah dan serba terkongkong dengan prosedur yang entah apa-apa mengongkong kebebasan untuk keluar dari kepompong kehidupan bangsawan.Raja tak boleh bergaul dengan rakyat nanti jatuh martabat.Bagaimana dengan pepatah Melayu ada mengatakan Ular menyusur akar takkan hilang bisanya.Perubahan perlu dilakukan.Tiada siapa yang akan merubah itu semua melainkan raja-raja itu sendiri yang mengubah diri mereka sendiri.Rakyat kebanyakan hanya perlu diberikan penjelasan.Rakyat bawahan ada berkata apa fungsi raja dan sultan.Setakat hadir majlis rasmi,diberikan penghormatan dan tandatangan cap mohor raja-raja nak isytihar hari raya dan permulaan puasa.Yang lain-lain tak tahulah apa nak diperkatakan lagi.Belajarlah daripada sejarah seperti Khalifah Umar Al Khatab atau Umar Bin Abd Aziz. Mereka ini begitu prihatin sekali akan permasalahan rakyat.Sanggup menyamar diri untuk mengetahui kehidupan rakyat yang sebenarnya.Raja sekarang semua disediakan.Sebelum berangkat kuncu-kuncu telah bersiap sedia dari segi pengangkutan,laluan,tempat hadir,makanan perlu sentiasa terjamin dari segi keselamatannya.Apa salahnya kalau sultan atau raja nak melawat,tak perlu dimaklumkan kepada sesiapa saja.Datanglah dan lihat sendiri bagaimana kehidupan rakyat yang sebenarnya.Ini tidak apabila raja nak lalu jalanraya barulah ditar dan diperbaiki.Laluan-laluan kenderaan di sekat untuk mereka lalu dengan selesa dan laju.Kalau rakyat biasalah pandu kereta laju dah kena saman.Inilah yang diperhatikan rakyat kebanyakan. Mereka kata raja bukan menyenangkan mereka tapi menyusahkan.Rakyat terpaksa menunggu lama untuk memberikan laluan kenderaan di raja lalu.Itu tak apalah kalau dalam kenderaan.Bagaimana rakyat yang menunggu dan melambaikan ketibaan raja.Mereka sejak awal lagi sudah berbaris dengan bendera,berpanas dengan berdiri di tepi jalan sambil mengibarkan bendera kecil tanda menyambut kedatangan raja melalui tempat mereka.Tapi apa mereka kata.Patutnya perlahankanlah kenderaan.Ini tidak laju semacam aje.Nak tengok mukapun tak nampak.Mana nak nampak pakai cermin gelap,langsung tak nampak apa-apa. Kalau rakyat biasa dah kena saman oleh JPJ pakai kereta cermin gelap tak ikut kelulusan yang dibenarkan.
Sampai bilalah kita akan begini?Apakah nak tunggu wawasan 2020 idea Mahathir.Atau aku pun tak tahu nak jawab bila akan berubah.

Kenangan lalu

Ketika kecil lagi aku berminat sekali bermain bola sepak.Apa sahaja yang berbentuk bulat akan dijadikan bola untuk disepak.Kertas surat khabar dikeromokkan dan diikat dengan getah segerap menjadi bulat.Kemudian, beberapa rakan akan dipanggil untuk buat dua pasukan.Tempat bermain tak kisah,di halaman rumah atau di kebun getah.Kasut masa itu tak diperlukan.Hanya kaki ayam sahaja tanpa alas kaki.Memang kebal tapak kaki aku ketika itu.Sampai pijak rumput semalu pun tak jadi apa-apa.Nak kumpul duit nak beli bola memang tak mampu.Belanja pun kadang ada kadang tidak.Macam mana nak kumpul duit nak beli bola.Siapa yang ada kemampuan belilah bola plastik.Sampai pecah bola itu dikerjakan.Ada juga rakan-rakan yang terdiri anak-anak cikgu kampungku yang mampu beli bola getah.Memang seronok bermain.Dalam kebun getah lagi.Habis cawan getah orang pecah.Sudu getah pulak tanggal dan bengkok.Apabila dimarahi,berhentilah bermain seketika.Apabila dah reda main lagi.Nak buat macam mana dah feel budak kampung.Di kampung aku ada dua kawasan yang menjadi hit iaitu kampung kawah dan kampung tanjung.Walau pun sekampung tapi nama kawasan itu memang menjadi sebutan hingga kini.Kami ada dua pasukan.Masing-masing tunjukkan jagoan masing-masing.Kadang-kadang kawasan tanjung menang,kadang-kadang kalah.Gaduh juga waktu itu.Nak kata ada piala memang tak ada.Sebab tak ada penaja nak menaja permainan kami.Ada juga kampung sebelah nak ajak lawan.Kami sekampung pun bersatulah.Boleh tahan juga permainan kami.Biasalah adat permainan ada menang ada kalah.Itu lah permainan yang jadikan kami matang dalam kehidupan.Ketika bermain lupa diri hingga ke maghrib.Dah azan maghrib pun masih tendang bola lagi.Apabila balik ke rumah dah tentu kena marah sebab balik lewat.Dah lah penat kena bebel pulak dengan emak dan ayah.Pekakkan telinga ajelah.Kalau kat sekolah pulak tak ada padang rumput.Padang sekolah bertanah gerewel.Berbatu-batu kecil. Kalau panas berhabuk dan berdebu.Kalau hujan becak pulak.Punyalah kotor kasut.Setoking memang tak pakai.Sebab pergi sekolah pakai kasut getah.Boleh basuh bila-bila masa.Tapi kalau dah koyak dah macam mulut buaya kenalah buang dan belilah kasut yang baru pulak.Itu pun tahun berikutnya.Sementara itu pakailah selipar jepun.Nak buat macam mana tak ada kemampuan.Bajet tak ada.Ayah ku pulak pagi toreh getah.Petang pula ambil upah gunting rambut.Upah gunting rambut hanya 20 sen aje.Kalau sekarang lah dah kaya agaknya. Bayangkan satu kepada dewasa sampai RM7.Sehari dapat 10 kepada dah jadi RM70.Kalau seminggu kiralah sendiri. Tapi aku ada juga mewarisi bakat menggunting seperti ayahku.Cuma tak dipublisitikan.Cukup sekadar gunting rambut isteri dan anak perempuanku.
Berbalik semula tentang permainan yang jadi kegilaanku,pernah ketika berumur 18 tahun selepas SPM, pasukan kampung ku adakan perlawanan persahabatan dengan pasukan dari sebuah estet.Pemain estet pulak semuanya India.Pada mula permainan memang aku begitu lincah untuk menjaringkan gol awal.Tapi malang tidak berbau.Ketika aku sedang menahan bola,seorang pemain estet merempuh lututku.Aduh, sakit bukan kepalang.Kepala lututku beralih arah.Kesakitan melanda diri.Aku terhencut-hencut keluar padang.Aku sudah tidak boleh bermain lagi.Aku urut sendiri lututku dengan minyak panas.Hingga nak solat pun susah.Terpaksa lunjurkan kaki kerana terlalu sakit.Puas aku berurut dengan atok dan beberapa orang lagi yang handal mengurut di kampungku.Masih terasa hingga kini kepala lututku sakit.Sejak itu,aku sudah tak betah lagi bermain bola sepak.Aku mula berjinak-jinak dengan permainan bola tampar.Aku berminat dengan permainan ini ketika aku menjalani kursus di Pusat Latihan Belia di Bukit Senyum,Johor Bahru. Setiap petang aku turun berlatih,menjalani latihan fizikal dan senaman untuk menguatkan otot-otot. Di pusat latihan ini kami adakan kejohanan antara kumpulan.Kadang-kadang kami joint sama dengan pasukan FRU yang kebetulan berada bersebelahan dengan tempat latihan kami.Memang menarik permainan ini.Tapi perlukan kemahiran dan ketajaman serta fokus.Hinggalah kini telah berumur 50an,masih mampu untuk bermain bola tampar,kerana tak perlukan tenaga yang banyak untuk berlari seperti bermain bola sepak.Tapi kalau nak lompat untuk matikan bola ke pihak lawan hanya sekadar melepaskan bola sahaja untuk dapatkan mata.

Saturday, April 7, 2012

Perjalanan masih jauh

Aku lihat beberapa orang guru di sekolahku yang masih dianggap perlu dinasihati dan diingati selalu.Macam budak-budak sekolah aje.Padahal bekerja sebagai guru belum capai 10 tahun.Datang sekolah pulak lambat dari sasaran yang ditetapkan.Kelas bermula jam 7.20 pagi.Bagaimana lah nak masuk kelas pada jam tersebut kalau datangnya jam 7.30 pagi.10 minit berlalu.Murid sedia menunggu tapi gurunya tak ada pada waktu itu. Apabila sampai perutnya pula yang perlu disudu.Apakah tak terfikir di hati,wang gaji diterima kerana ko bisnes kita mengajar.Satu persoalan yang perlu dilontarkan.Kenapa selalu terlambat datang.Adakah kerana sengaja? Atau tak pandai nak urus masa.Bukankah sebagai muslim setiap pagi kita mesti bangun untuk solat subuh. Adakah guru berkenaan tak solat subuh.Kalau dah bangun lambat tu dah tentu akan tertinggal solat.Apabila tersedar masa terkeja-kejar nak gi tempat kerja.Ingatlah kita sebagai seorang Islam perlu berubah ke arah muslim sejati.Bagaimanalah nak didik anak murid supaya tidak tinggalkan solat sedangkan diri sendiripun masih terkapai-kapai untuk tunaikan tanggungjawab terhadap pencipta diri.Kalau datang lambat tu satu hal.Apabila di sekolah tak pulak tandatangan hadir ke sekolah.Nak kena beritahu pulak supaya pergi pejabat rekodkan kedatangan.Datang lambat kalau sekali sekali tak mengapa.Ini kalau setiap  hari itu masalah diri sendiri yang tak pandai mengatur kehidupan.Beginilah kalau iman dalam jiwa kosong.Ilmu agama tak dicari.Surau dan masjid jarang didatangi.Dengar ceramah agama atau belajar agama jauh sekali.Anggap diri dah pandai.Dah tahu mandi wajib,tahu bilangan solat lima waktu dah kira ok le tu.Sungguh bangang orang macam ni.Agaknya ilmu kat sekolah agamat tu samake apabila dah semakin berumur.Kalau setakat hafal doa makan budak tadika pun pandai.Kat sekolah kalau suruh pimpin bacaan yassin menolak sama sekali.Inikan pulak kalau disuruh jadi imam solat.Adakah di rumah pernah berjemaah dengan isteri dan anak-anak?Entah-entah solat masing-masing. Kalau isteri tu ada asas agamat alhamdulillah.Bolehlah bagi nasihat kat suami tu,tapi kalau ilmu agamanya sangat kurang maka siapalah nak bentuk jika suami pun 2 x 5 aje.Bahkan lebih teruk lagi.Langgar aje syariat yang ada.
Satu lagi kisah guru yang tidak hantar buku rekod mengajar.Agaknya guru-guru ini nak kena buat macam budak sekolah yang tak siap kerja rumah.Duduk kat lantai siapkan pada waktu yang ditetapkan.Kena bantai dulu dan marah-marah atau berleter.Takkan nak buat macam tu pulak.Dia orang ni dah dewasa,dah jadi suami,dah jadi bapak.Kalau dimarahi pulak nanti bertumbuk pulak.Maruah dan integriti perlu dijaga.Profesionalisme perlu dipelihara.Sedar-sedarlah diri buatlah seperti yang diarahkan.Bukan susah sangat.Sibuk macam mana sekalipun sediakan masa untuk menyiapkannya.Tak kisahlah macam mana nak tulis.Yang penting hantar seperti yang diarahkan.Jagalah hati masing-masing.Macam mana nak menilai orang yang seperti ini.Kalau bagi markah rendah marah pulak.Nak bagi markah tinggi tak setimpal apa yang dibuat.Nanti orang lain akan berkata macam-macam pulak. Perjalanan masih jauh.Pencen mencecah 60 tahun.Bagaimanalah pentadbir akan datang nak lihat guru-guru ni berubah.Jika masa muda perangai dah begini,inikan pulak kalau dah masuk 50 an.Keras kepala nanti.Tambahan pulak kalau yang ini dah jadi pentadbir.Lagi harulah sekolah.Sejarah akan menceritakan perangai guru ini akan berbangkit kembali.Di saat ketika menjadi pentadbir dan hendak menasihat anak buah supaya hantar buku rekod mengajar,tiba-tiba ada suara yang menyatakan,cikgu dulu pun sama tak rajin nak tulis buku rekod dan tak hantar.Inikan pulak nak nasihat kami.Akan berlaga anginlah pada ketika itu.Dunia akan dibalas semasa di dunia lagi.Akhirat kita tak tahu bagaimana azabnya jika kita tidak tunaikan tanggungjawab dan amanah yang diberikan kepada kita. Hanya kepada Allah saja tempat untuk berserah.

Adakah masih selamat

Baru-baru ini dikejutkan berita seorang murid darjah satu sekolah aku mengajar telah dirogol.Ceritanya daripada pelbagai sumber yang belum sahih.Namun kejadian telah berlaku seminggu yang lalu.Namun ibu bapa kurang prihatin akan perubahan dan tingkah laku anak.Barulah buat laporan ke pihak polis.Dah lambat baru nak dikesan akan kes ini.Setelah mendapat rawatan dan pemeriksaan doktor barulah disahkan bahawa murid berkenaan telah dirogol.Pemuda berkenaan telah diberkas.Dengar ceritanya pemuda itu jiran keluarga murid ini.Kepercayaan yang tak diduga konon membantu membawa anak ini pulang ke rumah selepas bersekolah agama mendatangkan mudarat.Pemuda yang separuh waras akibat drug dan ganja memproses budak kecil yang tidak tahu apa-apa.Kesian si anak kecil ini.Ibu bapa perlulah ambil hal demikian.Pihak sekolah sudah cuba pelbagai cara untuk atasi perkara ini.Taklumat dan penerangan tentang keselamatan diri ketika pergi dan balik sekolah diwar-warkan sepanjang masa.Ibu bapa perlu menjemput anak-anak ketika pulang dari sekolah. Jangan biarkan orang lain yang ambil mereka.Kalau minta tolong orang lain pastikan benar-benar boleh dipercayai.Tambahan pulak kalau budak perempuan tu dah tahun 5 atau 6.Memang dah besar gamaknya. Dah boleh dibuat bini kata orang.Lihat saja tutur kata mereka dah pandai berkias-kias.Nasi lemaklah,anu punyalah dan macam-macam lagi.Inilah kesan dan akibat menonton filem-filem yang berunsur sex.Kata-kata lucah telah menjadi zikir dalam hidup mereka.Rasa malu dan segan telah tiada.Hormat orang lebih tua pun kian hilang.Apabila telah remaja sukar untuk dibentuk dan dididik.Pihak sekolah telah ajar dan didik untuk rajin bersolat.Tapi kalau di rumah emak bapak pun tak solat nak buat macam mana.Demikianlah betapa tipisnya iman orang Islam masa kini.Pihak jabatan agama pun tak main peranan.Pegawai duduk kat pejabat aje.Nak berdakwah perlu dijemput dengan rasmi.Ditetapkan bayaran pulak tu.Macam mana nak berdakwah kepada orang bukan Islam sedangkan yang Islam pun masih terkapai-kapai.Kelas takmir pun bicara soal fiqah tak habis.Asyik-asyik bab haid dan nipas.Bab solat pun tak habis-habis.Banyak perbalahan nak solat tarawih 20 ke atau 8 rakaat.Bab wudu' pun masih tak lepas.Ya Allah ampunkan hamba Mu ini.Ini semua kelemahan kami sama ada yang memerintah dan yang diperintah.Segalanya perlukan perubahan.Insya Allah dengan izin Allah akan berubah jika kita sendiri nak berubah.