SELAMAT BERINFORMASI

Sunday, April 24, 2011

Antara kini dan dulu

Ramai guru-guru baru yang memulakan tugas mereka di sekolah-sekolah.Ada yang mempunyai komitmen yang tinggi dengan tugas yang diberikan.Ada juga yang hanya melakukan kerana terpaksa dan ada juga yang langsung tak endah apa yang diarahkan.Kita boleh lihat akan sikap mereka apabila sesuatu tugas atau arahan diberikan kepada mereka.
Ada yang menerima tugas dengan sepenuh hati dan sentiasa bertanya tentang apa tugas yang lain yang perlu dilakukan oleh mereka.Guru begini perlu digilap kerajinan mereka.Perlu dibimbing dan diberikan galakan sepenuhnya agar semangat mereka dapat diperkukuhkan demi perkhidmatan mereka.Kita sebagai guru lama perlu memberikan dorongan dan kata semangat kepada guru ini.
Ada juga guru baru ni macam tak reti nak buat kerja.Dah lah tak tau tak nak bertanya pulak.Apa yang disuruh tu aje lah yang dia buat.Tak inovatif dan kreatif.Kadang-kadang hasil kerjanya pun menyakitkan hati aje.Kalau tak disuruh dia relaks aje.Macam tak ada kerja.Nak ikut perangai sebahagian cikgu lama yang memang dah mati akal nak disuruh.Baru kerja setahun dua dah buat perangai.Buku rekod mengajar dah mula malas nak tulis.Ada yang tak hantar langsung untuk disemak.Nak masuk kelas pun lambat semacam.Keluar kelas cepat pulak tu.Kalau ngajar tu tak serius.Kawalan kelas pun lemah.Bahan bantu mengajar pun tak dibawa ke dalam kelas.Main ngajar chalk and talk.Macam pensyarah kat IPT.Murid pun bukan makin pandai tapi terus bangang.
Hasil kerja murid pun tak ditanda.Dibiarkan aje.Apabila diminta hantar untuk semakan pentadbiran barulah kelam kabut nak menanda.Kalau kena tegur pihak pentadbiran,muka masam aje.Macam budak-budak,mudah merajuk.Nak kerja ke tak.Kalau tak nak kerja cikgu letak jawatan ajelah.Ramai lagi yang menunggu untuk menjadi guru.
Arahan yang diberi agar disiap ikut jangka masa yang ditetapkan pun tidak dipatuhi.Sampai masa apabila diminta macam-macam alasan diberi.Tak sempatlah,anak sakitlah,dan pelbagai alasan yang kurang menyenangkan untuk dicatatkan.
Kalau diberikan tugas guru kelas,memang banyak tugas perlu dibuat.Kelas mestilah ceria.Lengkap dengan hiasan,carta yang teratur,jadual waktu dan jadual tugasan yang menarik untuk dipandang.Bahan-bahan pembelajaran perlu disusun rapi agar kelas sentiasa kondusif untuk murid belajar.Cikgu dulu sanggup keluar belanja sendiri nak hias kelas.Sanggup waktu petang datang ke sekolah semata-mata nak menjadikan kelasnya cantik dan ceria.Setiap waktu terluang diisi masa dengan menanda buku,membuat lembaran kerja.Dulu buat lembaran kerja gunakan kertas stensil.Kenalah lukis sendiri gambar dan tulisan.Kini dah ada komputer, banyak bahan boleh didapati daripada komputer.Tapi entahlah makin canggih peralatan digunakan semakin malas pula nak gunakan kemudahan yang ada.Fikirkanlah sendiri.Nak buat macam mana.Tepuk dada tanya iman.

Kisah semasa

Ada pula ibu bapa yang begitu teruja inginkan kejayaan anak-anak mereka.Hal ini berlaku kerana ketidakfahaman mereka dengan sistem pendidikan yang baru diperkenalkan oleh KPM.Murid tahun satu mula diperkenalkan dengan KSSR(Kurikulum Standard Sekolah Rendah).Yang peliknya kan dah diberikan taklimat tentang perkara ini pada peringkat awal sekolah lagi.Segalanya telah diberikan penjelasan tentang kaedah dan cara bagaimana murid tahun satu memulakan pembelajarannya.
Ketidakpuasan hati itu dijelmakan dengan membuat pemantauan sendiri.Adalah sorang ibu tu ketika menghantar anak ke sekolah lalu masuk ke dalam kelas anaknya.Hingga sanggup masuk ke dalam kelas memeriksa fail-fail murid termasuk anaknya bagi melihat perkembangan pembelajaran anaknya.Adakah anak dia tak belajar ke?Selalunya ada saja kerja sekolah dibekalkan oleh guru.Ini tidak bila anak mereka balik tiada kerja yang dibekalkan.Segala kerja dibuat di dalam kelas.
Peringkat awal tahun satu mereka hanya dilatih untuk mengenal dan menyebut huruf dan perkataan.Jadi bagaimana nak bagi kerja sekolah.Apabila telah mahir barulah diajar membaca dan menjelang April barulah diperkenalkan dengan tulisan.Namun bagi murid yang celik sedikit diberikanlah kerja sampingan.Adalah kerja bertulis untuk murid itu lakukan.Tapi tak lah banyak sangat hingga membebankan mereka pulak di rumah.
Kalau kerja tak siap mak bapak dia pulak yang siapkan.Apabila cikgu semak,tulisannya berbeza dan apabila ditanya murid cakap mak yang tolong tuliskan.Apalah jenis mak ni.Janganlah kerana terlalu sayangkan anak hingga sanggup berbuat demikian.Konon takut anak dia dimarahi atau dipukul oleh cikgu hingga sanggup membantu anak mereka menyiapkan kerja yang dibekalkan.
Ada juga mak bapak yang terlalu sayangkan anak sampaikan anak tak pergi sekolah pun dia tak kesah.Anak menangis apabila sampai di sekolah.Tak tahan dengan karenah anak sanggup pula bawak anak balik ke rumah.Manjakan sangat.Dari kecillah nak didik anak dengan merotan dan memberikan penegasan.Ini tidak ikut saja kata anak.Sayangkan anak tu rotan-rotan ajelah.Dari kecillah kita rotan dia,nanti kalau dah besar kita pulak dia yang rotan.Menangis tak berlagulah mak bapak yang begini.Macam Anakku Sazali.

Saturday, April 23, 2011

Satu lagi kerja

Baru-baru ini kita terdengar berita tentang murid-murid sekolah yang obesiti.Antara sebab obesiti adalah kerana sistem pemakanan yang tidak seimbang,kurang aktif dalam aktiviti fizikal dan keturunan.Memang kita tidak nafikan ramai anak murid yang ada kat sekolah mempunyai saiz badan yang besar dan tidak sepadan dengan usia mereka.
Sekali lagi pihak sekolah disyorkan agar menimbang berat badan murid-murid ini.Wah,senangnya mereka mengeluarkan kenyataan agar guru-guru sentiasa mengambil berat tentang isu berat badan murid.Agaknya cikgu ni macam apa ya.Nak jaga kebersihan gigi murid pun cikgu kena aturkan jadual.Murid sakit pun cikgu kena hantar ke klinik.Agak mak bapak diorang ni buat apa ha? Asyik nak kerja aje cari duit aje ke?Kalau dah banyak duit pun susah juga nak minta bayaran. Apabila pihak sekolah nak minta sumbangan macam-macam kata. Pihak sekolah menyusahkan mak bapak. Soalnya sampai bila cikgu-cikgu mesti dibebankan dengan masalah sedemikian. Cikgu pada hakikinya mengajar dan mendidik anak murid.Tapi apabila telah dibebankan dengan tugas yang bukan-bukan bila masa cikgu nak ngajar. Apabila cikgu kurang ngajar,sukatan pelajaran tak habis diajar,nanti apabila tiba peperiksaan murid tak tahu jawapan cikgu juga disalahkan.
Lain kali pihak kerajaan melalui jabatan-jabatan yang dipertanggungjawabkan buatlah program bersama ibu bapa.Perjelaskan peranan mereka terhadap anak-anak mereka.Jabatan Kesihatan buatlah program atau kempen Anti Obesiti.Buat penerangan tentang pemakanan seimbang kepada semua masyarakat tentang kepentingan kesihatan.Ini tidak semua nak disuruh kepada pihak sekolah.
Jabatan penerangan perlu proaktif membuat penerangan kepada masyarakat tentang cara hidup bermasyarakat,cara menambahkan pendapatan,memelihara kehidupan.Ni tidak asyik berbicara tentang politik.Itu lah sebabnya kadang-kadang masyarakat naik menyampah dengan program yang diadakan.
Jabatan Agama Islam pula buatlah ceramah,tazkirah,usrah ke dalam masyarakat.Masyarakat kita dahagakan ilmu agama.Mereka ni tak faham tentang syariah yang betul.Gunalah pendekatan yang berhemah.Kalau kita kat masjid yang datang pun orang yang dah berumur subsidi.Yang mudanya ke mana?Tak kan tak terfikir nak adakan program untuk orang muda. Sediakan penceramah atau ulama untuk mengadakan program-program agama. Memang sukar nak cari penceramah,kerana kebanyakan penceramah adalah penceramah cari makan.Makin popular makin besar cengkadaknya.Nak bayar lebih.Tak ada yang hendak menyampaikan ilmu demi mencari keredhaan Allah.Apabila berceramah sibuk nak menginap kat hotel,bayaran mesti ribu-ribu.Suruh orang buat amal kebajikan,tapi diri sendiri pun tak serupa bikin. Nak suruh orang ikut sunnah rasul.Tapi diri sendiri banyak yang mantul.
Beginilah keadaannya sekiranya semua pihak berfikir ikut hukum akal.Kembalilah kepada Al Quran dan Al Hadis dalam menyelesaikan permasalahan umat.

Sudah lumrah manusia.

Aku sering menasihati murid-muridku agar tidak meninggalkan solat lima waktu.Setiap kali aku mengajar aku akan mengingatkan mereka bahawa solat amat penting.Solat adalah perintah Allah. Jangan sesekali kita meninggalkannya.Kalau hendak berjaya kita perlu bersolat.Dalam azan kita diseru untuk bersolat.Kita juga diseru untuk berjaya dan sentiasa mengingati Allah pada setiap masa.
Kadang-kadang aku demi untuk menyedarkan mereka aku menceritakan bagaimana pedihnya siksaan di alam barzakh sekiranya kita meninggalkan solat.Bagaimana tersiksanya kita ketika berada di padang mahsyar nanti.Dengan rupa yang hitam tanpa nuur kita akan disisihkan dan tidak dipandang oleh Allah rabbuljalil.Kemudian kita akan dimasukkan ke dalam neraka yang sudah tentu siksaannya begitu pedih dan menyakitkan.
Setiap kali aku selalu bertanya,Siapa tak solat subuh pagi tadi.Ada saja murid yang angkat tangan mengaku tidak solat subuh.Aku pun heran.Jawapan mereka adalah tak sempat.Macam mana tak sempat.Di sini ibu bapa di rumahlah yang memainkan peranan mereka.Mereka lebih suka menggesa anak-anak pergi ke sekolah dengan segera.Tapi bab solat mereka tak kisah.Maklumlah masih budak lagi tak apa.Itulah anggapan mereka yang jahil dalam agama. Nanti bila sudah besar mereka tahulah.Itu agaknya tanggapan mereka.
Bagaimanalah pihak sekolah nak atasi masalah ini.Tak kan nak ajar mak bapak mereka pula. Ada pula yang mengaku bapak tak solat langsung.Ni lagi haru.Hanya doa dan pasrah saja yang dapat diperkatakan.Semoga Allah memberikan hidayah dan petunjuk untuk mereka yang jahil.

Tuesday, April 5, 2011

Masa berlalu pantas

Masa begitu pantas berlalu.Telah masuk minggu ke 2 sekolah selepas cuti pertengahan penggal yang lalu.Pelbagai program perlu dilaksanakan sama ada untuk keluarga dan juga tempat bekerja. Di sekolah,banyak program perlu dilaksanakan.Antaranya kelas tambahan untuk tahun enam.Klinik UPSR Fasa 1 perlu dijalankan.Aktiviti ko kurikulum dan sukan sedang rancak berjalan. Sukan olahraga sedang berlangsung di MSSD Segamat.Sukan permainan juga begitu rancak bermula.Dengan permainan bola sepak,bola jaring,sepak takraw,bola tampar dan banyak lagi.Semuanya perlu dilaksanakan sebagaimana takwim yang telah ditetapkan. Akademik pula perlu berjalan seiring dengan aktiviti yang dirancangkan.Cikgu-cikgu sibuk memikirkan mana yang perlu diberikan keutamaan.Cikgu berdilema yang tinggi.Akhir sekali keputusan yang akan dipilih adalah akademik.Sebabnya apabila keputusan UPSR diumumkan akan ditanya berapa orang dapat 5A.Selagi tidak diubah atau dibuat transformasi terhadapa pendidikan maka kita semua masih lagi berada di takuk lama.Yang dikejar tak dapat,yang dikendung berciciran.Fikir-fikirkan lah.