5 tahun aku memegang jawatan Penolong Kanan di SK Felda Redong bemula 2 Januari 2009.Mula-mula sebagai GPK Kokurikulum.Bersyukur aku kepada Mu Ya Allah kerana di tempatkan di sekolah yang berhampiran.Selama 2 tahun setengah sebagai GPK KK banyak perkara yang aku pelajari.Disamping mentadbir aku juga dapat belajar sesuatu yang baru dalam menguruskan hal-hal berkaitan pentadbiran.Selepas itu pada 16 Jun 2011 aku ditugaskan sebagai GPK 1.Aku membantu Guru Besar mentadbir sekolah terutama dalam kurikulum.Banyak pengurusan kurikulum aku yang bertanggungjawab terutama dari segi Pengurusan Jadual,Panitia,fail,kursus-kursus dan pelbagai lagi.
Biasanya kalau dulu sebagai guru biasa aku yang buat jadual waktu,tapi kali ini aku dibantu oleh seorang guru yang mahir membuat jadual waktu menggunakan aplikasi winjaws.Aku hanya menetapkan lot-lot dan perkara yang perlu diajar oleh setiap guru selepas berbincang dengan guru besar.Kalau buat jadual ganti akulah yang mengaturkannya.Selama 2 tahun setengah juga aku menjawat GPK 1.Masa itu banyak kali jugalah guru besar tiada di sekolah kerana ada urusan lain. Akulah yang menggantikannya terutama dalam upacara rasmi sekolah seperti Hari Apresiasi dan Hari Guru.Begitu juga jika ada mesyuarat PIBG.Kalau berucap di hadapan orang ramai aku sudah tidak hairan lagi atau tidak rasa takut-takut.Aku hanya akan berucap secara spontan sahaja tanpa teks ucapan.
Menjelang 2014 aku menerima panggilan telefon dari guru besar tentang kenaikan pangkat menjadi guru besar.Aku diarahkan oleh PPD R Segamat untuk bertugas di SK Kampong Tenang.Aku akur dengan arahan tanpa surat rasmi pelantikan.Pada 1 Januari 2014 aku ke sekolah baru.Aku diterima oleh warga sekolah yang baru dengan gembira.Mereka memberikan aku keyakinan dan kerjasama kepada aku sebagai guru besar yang baru.Mereka telah maklum lebih awal tentang pelantikan aku sebagai guru besar di sekolah mereka.Syukur aku kepada Mu Ya Allah atas urusan aku dipermudahkan.
Kini telah hampir 6 bulan aku bertugas di sini.Komitmen rakan guru amat menggalakkan.Kerjasama dan komitmen mereka amat tinggi dalam usaha mencapai kecemerlangan sekolah terutama dalam akademik iaitu UPSR.Mudah-mudahan segalanya dipermudahkan.Insya Allah.
No comments:
Post a Comment