Cuti penggal yang lalu aku bersama isteri dan dua anakku menuju ke Kelantan.Pada waktu itu dikatakan berlaku banjir kerana hujan telah turun beberapa hari.Keadaan air melimpah di sepanjang perjalanan. Gerak hati untuk meneruskan perjalanan begitu kuat.Menjelang jam 11.00 pagi kami pun memulakan perjalanan.Kami melalui lebuhraya Segamat - Kuantan.Tiba di Muadzam kami dimaklumkan jalannya putus kerana berlaku tanah runtuh berhampiran dengan Chini.Kami menggunakan jalan menuju ke Bera untuk sampai ke Temerloh.Sebelum itu,kami singgah di stesen Petronas untuk solat jamak qasar Zohor dan Asar.
Sampai di Simpang Felda Sebertak kami berhenti untuk makan walaupun jam telah menunjuk hampir 2.30 petang.Selepas makan kami meneruskan perjalanan ke Bandar Temerloh.Ketika hampir dengan bandar Temerloh perjalanan kami tersekat kerana air sungai Pahang melimpah di jalanraya.Kami mengharungi laluan berair bersama kenderaan-kenderaan yang lain.Alhamdulillah kami sampai Temerloh.Kami meneruskan perjalanan untuk memasuki lebuhraya Pantai Timur.Jam 5.00 petang kami berhenti di R & R Gambang untuk minum dan menghilangkan rasa letih dan penat kerana aku seorang saja yang memandu.
Kami meneruskan perjalanan menuju ke Cherating dan mencari chalet untuk bermalam.Ketika itu telah masuk waktu Maghrib.Kami masuk ke chalet dan bermalam di situ.Malamnya kami mencari tempat makan malam.
Keesokan paginya kami berkemas untuk meneruskan perjalanan ke Kelantan.Kami dikhabarkan jalan di Kemaman ditenggelami air.Kami pergilah ke tempat tersebut untuk kepastian.Memang jalan di sempadan Pahang Terengganu ditenggelami air.Jalan di tutup kerana airnya dalam.Aku berdoa semoga dipermudahkan perjalanan kami.Isteri mengesyorkan untuk bertanya pihak polis jalan alternatif.Alhamdulillah seorang hamba Allah pekerja telekom memberikan petunjuk jalan menuju ke Kelantan.Kami dibawa menuju ke jalan Jerangau Jabor.Aku tak terfikir akan jalan tersebut kerana ketika aku pergi Kelantan yang lalu waktu balik aku pernah melalui jalan tersebut.
Perjalanan kami memang sungguh memenatkan namun sebab cuaca yang redup kadangkala hujan gerimis menjadikan perjalanan kami tidaklah terlalu letih.Kami singgah sebentar di tempat persinggahan stesen Petronas untuk buang air dan beli makanan dan minuman.Seterusnya kami meneruskan perjalanan menuju ke Lebuh Raya Pantai Timur untuk ke Kuala Terengganu.Sepanjang perjalanan hujan begitu lebat.Justeru melambatkan perjalanan kerana pandangannya kabur.
Kami singgah di Masjid Chalok untuk solat Jumaat.Setelah itu kami meneruskan perjalanan menuju ke rumah sewa anakku di Macang.Selepas makan kami meneruskan perjalanan ke Bachok.Sebelum itu kami telah menghubung rakan guru kami yang mengajar di Felda Maokil.Kebetulan dia ada di Bachok.Kami tiba di rumahnya jam 5.30 petang.Kami diberikan sebuah rumah untuk bermalam.Malamnya kami dibawa ke Pasar Malam Pantai Irama.Sebelum membeli-belah kami solat dahulu di Masjid tepi pantai tersebut.
Pasar malamnya sama saja dengan pasar malam di tempat aku,tapi penjualnya majoriti Melayu.
Malamnya kami dibawa makan di sebuah kedai makan.Aku makan sup belut kerana teringin pula nak rasa.
Seterusnya kami pun baliklah ke rumah untuk bermalam dan tidur.Kepalaku dah mula terasa pening mungkin makan sup belut yang dibubuh aji no moto.
Keesokan pagi jam 5.00 aku bersama cikgu Mansor menuju ke Pulau Melaka.Niat hati nak jumpa tok guru Nik Aziz.Tapi hasrat tak kesampaian kerana tok guru tiada mungkin keuzuran.Selepas solat subuh kami pulanglah ke rumah untuk bersarapan.Aku hanya berselera makan kuih aje.Nak makan nasi kerabu atau dagang tak masuk ke dalam tekak.Entah kenapa lah tekak aku tak berapa terima makanan tersebut.Biasanya aku bersarapan pagi makan mee goring atau nasi lemak.Tapi di Kelantan tiada makanan tersebut.Jadi makan aje lah apa yang ada.
Jam 10.00 kami dibawa ke Pasar Tani untuk melihat-lihat suasana di sana.Kemudian kami balik ke rumah untuk makan tengah hari.Kepala aku dah mula sakit.Aku berehat dan tidur untuk melegakan sakit kepala.Petangnya pula anakku beritahu nak balik semula ke Macang kerana ada kerja yang perlu disiapkan.Terpaksalah aku hantar.Malamnya kami balik semula ke rumah untuk bermalam.Aku keletihan dan kepala pun masih lagi sakit.Alhamdulillah Allah berikan aku kekuatan untuk hadapi semua ini.
Esok paginya selepas solat subuh kami berkemas untuk balik ke Segamat.Kami ucapkan berbanyak terima kasih kepada cikgu Maziah dan cikgu Mansor serta keluarganya atas layanan baik mereka kepada kami semua.
Niat asal nak pergi Rantau Panjang tapi dimaklumkan kawasan tersebut alami banjir.Niat kami nak beli keperluan seperti periuk dan lain-lain.Semuanya hanya tinggal kenangan sahaja.
Kami meneruskan perjalanan menuju ke Jertih dan masuk Lebuhraya Pantai Timur.Cuaca mendong dan berangin.Kami singgah sebentar di R&R Bukit Besi untuk minum.Selepas itu kami meneruskan perjalanan menuju ke Kuantan dan masuk ke lebuh raya Kuantan Kuala Lumpur.Kami dikhabarkan jalan Temerloh - Gemas terputus.Aku ambil keputusan untuk keluar di Bentong dan menuju ke Port Dickson.Kami masuk ke jalan simpang pelangai.Jalannya bengkang-bengkok.Sungguh mencabar perjalanan kami.Memang penat dan meletihkan.Akhirnya kami sampai di Port Dickson jam 7.15 malam.Kami terus menuju ke Hotel Sri Malaysia dan bermalam di situ.Malamnya kami keluar makan di pantai tersebut.Barulah rasa berselera aku makan kerana makanannya kena pada tekak aku.
Esok pagi kami bergerak menuju ke Segamat melalu jalan Tampin dan Gemas.Kami sampai di Labis menjelang petang.Begitulah tamat perjalanan kami sepanjang percutian yang lalu.Syukur kami kepada Allah kerana perjalanan kami pergi dan balik dalam keadaan yang selamat.
No comments:
Post a Comment