SELAMAT BERINFORMASI

Friday, July 19, 2013

Selamat berpuasa dan selamat beramal

Hari ini isteri pergi ke sekolah kerana ganti cuti Deepavali.Aku duk rumah ajelah.Lepas subuh,ngaji le kejap habiskan juzuk 20 tu.Lepas tu jengoklah fb intai-intai kok-kok ada benda yang nak dibaca.Wah,ngantuk pulak.Tidur le kejap.Jam 8.30 tersedar,ambil wudhu' solat dhuha le pulak.Duk termenung nak buat apa ye.Oh pakaian yang dah dibasuh tak disidai lagi.Kena le sidai kalau tunggu anak bangun sampai tengah hari le tak bersidai.Kemudian,terfikir le pulak nak hantar motor ke kedai.Dah lama motor ni tak bergerak sejak 4 bulan yang lalu.Menuntun le motor yang tak boleh start tu ke kedai.Ada le pulak anak jiran yang baik hati nak tolong tolakkan.Dia panggil kawan dia bantu aku tolak motor sampai ke kedai motor. Alhamdulillah, syukur pada Mu ya Allah atas rahmat yang diberi.Ucapan terima kasih pada budak yang tolong tadi.
Kat kedai motor tauke cina tanya sudah berapa tak start.Aku senyum aje le cakap dah lama.Motor pun dah berhabuk dan berdebu.Lebih kurang setengah jam jugak lah cina tu repair.Kena le bayar RM65.00 ganti coil dan bateri.
Balik rumah aku basuhle motor yang tak pernah mandi ni.Lebih kurang halal le basuhnya.Nak juga hantar kereta kancil ke kedai,tapi nanti tak cukup duit pula kosnya.Gear kereta tu keras sangat nak tekan.Tak selesa nak dipandu.Agaknya anakku bawa macam mana le tu.Nantilah kalau dah dapat gaji bolehlah direpair,ya.
Masuk rumah,tengok ada kain lagi dalam mesin basuh.Basuh pakaian lagi jawabnya.Sambil tu terlihat pulak buah nangka pemberian jiran semalam.Belum disiang lagi.Kalau tak disiang sapa le nak buat nanti.Buat ajele kerja siang nangka.Kena bubuh minyak kelapa ni,kalau tak bergetah tangan aku nanti.Lepas siap siang masukkan ke dalam mangkuk.Nanti petang pandaile isteri aku nak buat apa.Kain yang dah dibasuh disidai kan pula diampaian.Sampah kulit nangka dibuang ke dalam tong sampah.Kalau tak buang nanti berbau satu rumah.
Setelah segalanya beres,berehatlah pulak.Terasa pulak nak buat catatan dalam blog.Dah lama tak bukak blog.Agaknya cerita lama ni dah basi agaknya.Dah hampir berbulan tak berblog.Kalau fb hari2 tengok. Begitulah rutin hidup.Tambah pulak di bulan puasa ni.Jangan asyik nak tidor aje.Banyak perkara boleh kita lakukan untuk kebaikan diri dan keluarga serta masyarakat.
Tahun ni tambah lagi satu bidang tugas aku.Aku dilantik jadi setiausaha Surau Al Islah.Kalau dulu jadi penolong aje maka setiausaha le yang buat kerja.Kini,aku kena le bergerak untuk memakmurkan surau dan dibantu jawatankuasa yang lain.
Banyak masa dalam bulan puasa ni aku berjemaah dan bertarawih di surau.Kalau dulu aku lari-lari ke masjid.Nak ubah rasa.Tapi kali ni lain pulak.Kadang-kadang aku ditugaskan jadi imam solat, dan bilal. Terasa diri ini banyak kekurangannya.Banyak lagi ilmu agama yang perlu aku pelajari.Tak boleh nak main-main.Kalau orang dah percayakan kita terasa berat tanggungjawabnya.
Aku akan pencen cikgu empat tahun lagi.Aku belum terfikir nak buat apa lepas pencen.Tapi dalam hati tergerak nak pergi memondok.Menambahkan ilmu akhirat di sana.Tapi tak tahu di mana tempatnya.Hanya Allah sahaja yang akan menggerakkannya.Insya Allah.Amin.

No comments:

Post a Comment