SELAMAT BERINFORMASI

Saturday, January 26, 2013

Jemputan Kahwin dan Khenduri Potong Jambul

Salam sejahtera semua.Hampir sebulan tak menulis di blog.Maklumlah kesibukan dan tiada rasa nak menulis.Walaupun pelbagai peristiwa dan perkara telah berlaku dan berlalu.Januari 2013 ni penuh dengan peristiwa.Permulaan persekolahan dan kegiatan harian yang padat.
Banyak urusan untuk keluarga dan sekolah perlu diselesaikan.Dalam keluarga kesibukan uruskan persekolahan anak bongsuku Muhammad Hadi.Pembelian barangan keperluan sekolah perlu disediakan.Kami menghantarnya ke Madrasah Arabiah Kluang(MAK).Syukur ke hadrat Mu ya Allah kerana keputusan UPSR nya cemerlang hanya 4A1B,namun atas niat yang baik dan kerelaan dia untuk bersekolah di sana memudahkan urusan kami sekeluarga.12 Januari 2013 kami menghantarnya ke MAK dan hingga kini kami belum lagi bertemu dengannya.Kesabaran dan doa dari kami untuk Hadi agar sentiasa sihat dan tekun belajar demi menimba ilmu agama dan akademik.
Semalam,26 Januari 2013 aku bersama isteri dan tiga orang anak,Akmal,Nabilah dan Sarah menuju ke Felda Tenggaroh 2 kerana jemputan kahwin cucu saudara di sana.Kami singgah sekejap di MAK kerana hendak menghantar dokumen Hadi dan sebiji bantal.Hanya berjumpa pelajar senior saja dan kami kirimkan dokumen dan bantal melalui mereka kepada Hadi.
Perjalanan yang jauh ke Felda Tenggaroh 2 mengambil masa yang panjang.Majlis diadakan di Dewan Serbaguna Felda Tenggaroh 2.Maklumlah jawatan yang mengadakan majlis tu Pengurus Felda.Niatku bukan sekadar nak hadir jemputan tetapi untuk mengetahui kedudukan Felda berkenaan.Orang kata nak tahu jalan dan nak lihat keadaan di sana.Selama ni hanya dengar cerita orang saja.Kalau gi saja-saja buang masa.Atas alasan ada jemputan dapatlah bagaimana betapa jauhnya perjalanan untuk ke sana.Kami melalui Jalan Mersing-Jamaluang.Aduh jalan yang sunyi dan terdapatnya habitat kaum berok dan monyet.Pelik juga ya jalan tu taklah sibuk sangat.Inilah pertama kali aku melalui jalan berkenaan.Selalu kalau aku ke Mersing,aku akan melalui jalan ke Felda Nitar.
Apabila aku hampir sampai ke Felda Tenggaroh,banyak pula kereta yang hendak menuju ke majlis jemputan berkenaan.Agaknya jalan mana yang mereka lalu ya?Mungkin dari Kluang mereka lalu jalan ke Kota Tinggi dan patah balik ke Mersing.Mereka tidak lalu di Jalan Mersing-Jamaluang.Entahlah tapi yang penting sampai ke matlamatnya.
Memang penat terasa badan ini.Aku yang pandu terasa sakit-sakit di bahu.Selepas solat maghrib aku minta isteri urutkan badan.Lega juga lah rasanya hingga aku tertidur.Azan Isya' aku tersedar dan terus solat jemaah bersama isteri.Selepas solat terasa perut ni memulas.Apalagi ke tandaslah jawabnya.Lama juga di bilik termenung mengeluarkan toksid.Alhamdulillah syukur kepada Mu ya Allah.
Selepas tu ada pulak panggilan telefon meminta aku hadir khenduri.Aku diminta untuk berzanji kerana ada majlis potong jambul.Terpaksalah pergi.Sampai di sana jam 9.30 malam.Barulah majlis bermula dengan bacaan Yassin dan tahlil.Kemudian barulah dimulakan bacaan berzanji.Nampaknya aku sorang je yang akan baca.Maklumlah yang lain aku tak tahulah.Tapi biasalah kalau dihulurkan kitab berzanji dah tentu kitab akan kembali kepada kita semula.Aku ni dah lama tak baca kitab berzanji.Apa lagi bantai ajelah lagu apa asalkan baca.Kejap kena kadang tak kena lagunya.Tapi orang lain diam ajelah.Nak komen kang aku hulurkan kitab ni suruh baca.Jadi masing-masing buat bodoh ajelah.Aku bacalah mengikut kehendak aku sendiri dengan suara yang serak-serak basah,batuk.Masuk rawi ke 4 dan berselawat mulalah majlis potong jambul.Adat orang Melayu yang mungkin akan terhapus sendiri.Dalam Islam mana ada potong jambul.Cukur rambut adalah.Inilah dikatakan adat.Suruh belajar tak nak.Suruh gi kuliah dan tazkirah sibuk memanjang.Nak buat majlis macamlah Nabi yang suruh.Tak tahulah solat buat ke tidak.Tapi kalau bab anak nak ikut sunnah.Bilalah orang Melayu ni nak ikut ajaran Islam sebenar.Maulidur Rasul disambut berdegar-degar. Dengan perarakan,anugerah tokoh le dan bla....bla.... . Tapi ajaran nabi buat main-main aje.Ambil sikit-sikit aje tak sepenuhnya.Suruh rakyat hidup bersederhanalah,tapi pemimpin lu fikirlah sendiri.

No comments:

Post a Comment