SELAMAT BERINFORMASI

Monday, November 18, 2013

Tujuan Solat Tahajjud

.
  1. Sebagai petanda perhambaan kepada Allah SWT.
  2. Mendekatkan seorang hamba dengan Penciptanya
  3. Tanda kesyukuran manusia di atas nikmat kurniaan Allah SWT.
  4. Menguatkan jiwa dan ketaqwaan seseorang kepada Allah SWT.
  5. Mendapatkan ketenangan dalam menghadapi cabaran dan dugaan hidup.
.
.

Cara Mendirikan Solat Tahajjud

.
Solat Tahajjud dilakukan tiada had rakaatnya, mengikut kesanggupan dan kemampuan, dengan setiap dua rakaat satu salam. Jika dirasakan berat memadailah sekadar dua rakaat tetapi dilakukan secara berterusan setiap malam.
Rasulullah SAW telah bersabda,:  “Amalan yang disukai oleh Allah, adalah yang terus menerus (istiqamah) walaupun sedikit.”    (Riwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Aisyah.)
.
.

1.  Sebelum mengerjakan Solat Tahajjud baca doa berikut :

Doa Sebelum Tahajjud
 .
Tiada Tuhan melainkan Dikau, Maha Suci Dikau! Daku memohon ampun kepada-Mu bagi dosa-dosaku dan daku memohon kepada-Mu akan Rahmat-Mu. Ya Allah! Tambahkanlah padaku ilmu dan janganlah Dikau pesongkan hatiku setelah Dikau berikan petunjuk. Dan berikanlah daku Rahmat-Mu; Sesungguhnya Dikaulah yang melimpahkan rahmat! Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkanku dan kepada-Nyalah tempatku kembali.
.
.

2.  Niat Solat Tahajjud:

(Ushalli sunnatat tahajjudi rak’ataini Lillahi ta’ala)
Daku bersolat Sunat Tahajjud dua rakaat, kerana Allah Ta’ala.
.
.

3.  Bacaan Surah selepas Al-Fatihah:

.
a)
Rakaat pertama:    Ayat Al-Kursi  (7 kali)
Rakaat kedua:    Surah Al-Ikhlas  (11 kali)
Atau;
b)
Rakaat pertama:    Ayat Al-Kaafirun
Rakaat kedua:    Surah Al-Ikhlas
Atau;
c)
 10 Ayat Terakhir, Surah Al-Imran,.
(Rasulullah SAW sering membaca ini pada solat Tahajjud Baginda.)
.
.

4. Selepas membaca tasbih pada sujud kedua dalam rakaat terakhir, bacalah doa berikut 3 kali:

doa sujud akhir tahajud
.
.

5.  Selesai salam solat Tahajud, bacalah doa yang pernah dibaca oleh Rasulullah SAW ini:

.
.

6.  Kemudian sambung baca Doa Solat Sunat Tahajjud berikut:~

Doa Solat Sunat Tahajjud
.
Ya Allah! Bagi-Mu segala puji-pujian. Dikaulah pendiri langit dan bumi dan alam semesta serta segala isinya. Bagi-Mulah segala pujian, Dikau Penguasa langit dan bumi dan alam semesta serta segala isinya. Dan bagi-Mulah segala puji, Pemancar cahaya langit dan bumi dan alam semesta serta segala isinya.
Bagi-Mulah segala pujian, Dikaulah yang benar (Al-haq), janji-Mu adalah benar, firman-Mu adalah benar, perjumpaan dengan-Mu adalah benar, syurga itu benar dan neraka adalah benar. Nabi-nabi itu benar, Nabi Muhammad SAW adalah benar dan adanya hari Kiamat itu benar. 
Ya Allah! Pada-Mulah daku menyerahkan diri, dengan-Mu daku beriman, kepada-Mu daku bertawakal, kepada-Mu daku kembali, dengan-Mu daku menghadapi musuh dan kepada-Mu daku berhukum. Ampunilah dosa kesalahanku yang telah lalu dan yang terkemudian, baik yang daku sembunyikan mahupun yang daku nyatakan, di mana Dikau lebih mengetahuinya. Dikau yang Maha Mendahului dan Maha Mengakhiri. Tiada Tuhan melainkan Dikau! Tiada padaku daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah!
Ya Allah! Berilah kami kebaikan di dunia dan kebajikan di akhirat dan peliharalah kami dari azab neraka.
Selawat Allah ke atas Penghulu kami Nabi Muhammad SAW dan ke atas keluarga serta para sahabat sekeliannya. Segala puji hanyalah untuk Allah; Tuhan Pemelihara seluruh alam.! 
.
.

KELEBIHAN  SOLAT TAHAJJUD

.
    1. Tahajjud adalah solat sunat yang paling afdal.
    2. Doa dimakbulkan Allah.
    3. Memperolehi ketenangan jiwa.
    4. Merasai diri hampir kepada Allah SWT.
    5. Diberikan keistimewaan oleh Allah SWT.
    6. Memperolehi pertolongan dan rahmat Allah.
    7. Menewaskan gangguan dan godaan syaitan.
    8. Mencegah dosa dan menghindari  penyakit.
    9. Menjadi lebih berdisiplin dalam melakukan tugas.
    10. Allah SWT memudahkan menerima ilmu yang dipelajari.
    11. Terkeluar daripada catatan sebagai golongan yang lalai.
    12. Dihormati masyarakat dan dijauhi daripada hasad dengki manusia.
    13. Allah SWT memberikan kemudahan dan rezeki yang berpanjangan.
    14. Orang bersolat Tahajud menjadi kesayangan Allah SWT.
    15. Diberi keistimewaan yang orang lain tidak perolehi.
    16. Mendapat kemuliaan Allah SWT di dunia dan akhirat.
    17. Meninggikan martabat seorang hamba di sisi Allah Azza Wa Jalla.
    18. Memudahkan hisab di akhirat dan melintasi Titian Siratal-Mustaqim.
.
.

Memudahkan Bangun Solat Malam

.
  1. Sebelum masuk tidur, berniat ingin melakukan Solat Tahajjud.
  2. Menjauhkan diri daripada perbuatan maksiat.
  3. Bersederhana makan dan minum pada waktu siang.
  4. Membaca ayat-ayat Al-Quran.
.
Rasulullah SAW bersabda:  “Sesiapa yang hendak tidur dan berniat untuk bangkit bagi mengerjakan Solat Sunat Tahajjud, kemudian tidurnya terlajak sampai ke pagi, maka dicatat niatnya itu sebagai satu pahala, manakala tidurnya pula dikira sebagai kurniaan Allah yang diberikan kepadanya.”   (Riwayat al-Nasa’i dan Ibnu Majah r.a.)

CARA SOLAT TAUBAT

.

1.  Niat Solat Sunat Taubat:


.

2.  Bacaan surah selepas Al-Fatihah:

.
Rakaat pertama:   Surah Al-Kafirun
Rakaat kedua:   Surah Al-Ikhlas
.
.

3.  Semasa  sujud terakhir pada rakaat kedua (sebelum duduk Tahiyyat Akhir) iaitu selepas membaca tasbih biasa, bacalah Tasbih berikut 40 kali:

“Laa-i-la-ha il-la an-ta sub-haa-na-ka in-niy kun-tu mi-naz-zhoo li-miyn.”
Tiada Tuhan melainkan Dikau (Allah)! Maha Suci Dikau! Sesungguhnya daku ini termasuk daripada golongan orang yang aniaya (zalim).
.
.

4.  Setelah memberi salam hendaklah memperbanyakkan beristighfar :

.
a. Bacalah istighfar berikut sebanyak 10 / 100 kali;
“As-tagh-fi-rul-Laa-hil ‘A-ziym, al-la-dziy laa i-la-ha il-laa hu-wal hai-yul qoi-yuum wa-a-tuu-bu i-laih.”
Daku mohon ampun kepada Allah yang Maha Agung, yang tiada Tuhan melainkan Dia Yang Maha Hidup Lagi Maha Mengurus dan daku bertaubat kepada-Nya.
.
b.  Sambung baca Istighfar Tauhid berikut sebanyak 10 / 100 kali;
“As-tagh-fi-rul-Laa-hil ‘A-ziym, al-la-zii laa i-la-ha il-laa hu-wal hai-yul qoi-yuum wa-a-tuu-bu i-laih. Tau-ba-ta ‘Ab-di zhoo-li-mi laa yam-li-ku li-naf-si-hi dhor-raa, wa-laa naf-‘an wa-laa mau-tan wa-laa ha-yaa-tan wa-laa nu-syuu-raa.”
Daku memohon ampun kepada Allah yang Maha Agung yang tiada Tuhan melainkan Dia Yang Maha Hidup Lagi Maha Mengurus! Daku bertaubat kepada-Nya selaku taubatnya seorang hamba yang banyak dosa yang tiada menguasai akan dirinya dan tidak mampu membuat, menolak mudharat dan manfaat serta tidak dapat menguasai kematian, hidup dan kebangkitan.
.
c.  Kemudian bacalah Penghulu Istighfar sebanyak 3 Kali :
“AL-Laa-Hum-ma an-ta rab-bi  Laa i-la-ha il-laa an-ta kho-laq-ta-ni wa-a-naa ‘ab-du-ka wa-a-naa ‘a-laa ‘ah-di-ka wa-wa’-di-ka mas-ta-th0′-tu, a-‘uu-dzu-bi-ka min syar-ri-maa sha-na’-tu, a-buu u-la-ka bi-ni’-ma-ti-ka ‘a-lay-ya wa-a-bu-u bi-dzan-bi fagh-fir-lii, fa-in-na-hu laa yagh-fi-rudz dzu-nuu-ba il-laa an-ta.”
Ya Allah! Dikaulah Tuhanku, Tiada Tuhan melainkan Dikau; Dikau yang menciptakan daku dan daku adalah hamba-Mu. Dan sedaya mampuku, daku berpegang dengan janji dan sumpah setiaku terhadap-Mu. Daku memohon perlindungan-Mu daripada segala kejahatan yang telah dilakukan; Daku mengakui akan segala nikmat yang Dikau berikan kepadaku dan daku mengakui akan dosa-dosaku. Maka ampunilah daku kerana tiada yang mengampuni dosa-dosa kecuali Dikau.
.
.

5.  Baca Doa Taubat

.

Daku memohon ampun kepada Allah, Daku mohon ampun kepada Allah, Daku mohon ampun kepada Allah yang tiada Tuhan melainkan Dia Yang Maha Hidup Lagi Maha Mengurus!
Daku bertaubat kepada-Nya selaku taubatnya seorang hamba yang banyak dosa yang tidak berdaya untuk menolak mudharat atau berbuat manfaat dan tidak mampu mematikan atau menghidupkan mahupun membangkitkan (di Padang Mahsyar kelak).
Daku mohon perlindungan-Mu daripada dosa, kemalasan, dugaan kubur dan seksanya. Daku mohon perlindungan-Mu daripada segala kesalahan dan hukuman.
Ya Allah! Bersihkanlah diriku daripada dosa-dosa sebagaimana kain putih dibersihkan daripada kekotoran. Ya Allah! Sesungguhnya daku bertaubat kepada-Mu di atas segala dosaku, dan daku berjanji tidak akan mengulanginya.
Ya Allah! Pengampunan-Mu adalah lebih luas daripada dosa-dosaku dan pengampunan-Mu terhadapku adalah lebih tertunai daripada amalan baikku. Ya Allah! Sesungguhnya daku telah banyak sekali menganiaya diriku sendiri, tiada yang dapat mengampuni dosaku itu kecuali Dikau; Maka berikanlah daku keampunan-Mu, kasihanilah daku. 
Ya Allah, Ya Tuhanku! Terimalah taubatku, suci bersihkanlah segala dosaku dan kabulkanlah permohonanku. Sesungguhnya Dikau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang!
Sekadar berkongsi ilmu untuk kebaikan bersama sesama Islam.

Doa Ibu Bapa ketika anak-anak sedang menjalani peperiksaan.
 
Ketika anak-anak sedang menghadapi ujian besar amali atau menjawab kertas soalan di dewan peperiksaan, pada masa yang sama ibubapa dan penjaga boleh melakukan amalan berikut: 
.

1.  Ambil wuduk

2.  Menghadap kiblat

3.  Membaca Kalimah Syahadah (3 kali)

“Daku mengakui bahawa tiada tuhan yang sebenarnya melainkan Allah
dan daku mengaku bahawa Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah!”
 .

4.  Membaca Surah Al-Fatihah (10 kali)

.

5.  Baca Surah 3 Qul (1 kali)

.

6.  Baca Surah Insyirah (1 kali)

.

7.  Membaca Selawat (10 kali)

.

8.  Baca Surah Yaasin (1 kali)

.

9.  Baca Surah Insyirah (100 kali)


.
10.  Niatkan di dalam hati supaya Allah SWT mempermudahkan anak-anak menjawab soalan dengan tenang, betul, tepat dan sempurna.
 .
Amalan ini boleh dilakukan sama ada di rumah atau di tempat kerja atau di mana sahaja ketika anak-anak sedang berada di dewan peperiksaan. InsyaAllah, segalanya dipermudahkan dan anak-anak akan dapat menjawab dengan tenang dan menepati kehendak soalan dengan mudah dan baik.
.
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
 (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

Friday, August 9, 2013

Sembang lebaran 2013

Salam,dan Selamat Hari Raya daripada saya sekeluarga.Setelah sebulan kita semua berpuasa menunaikan ibadah yang diwajibkan kepada kita umat Islam.Tibalah ketika saatnya kita bergembira menyambut kemenangan kita menghadapi dugaan dan rintangan semasa kita berpuasa.
Raya kali ini kami tak ke mana-mana hanya duduk kat rumah saja.Anak-anak tanya juga tak gi mana-mana ke?Aku dan isteri hanya diam saja.Tak tau nak jawab apa.Begitulah anak-anakku kalau kami tak gerak mereka pun tak gerak.Tak tau nak jalan sendiri.
Aku dah rasa jemu juga apabila hari raya aku kena gerak gi ziarah orang.Dah terasa diri ini dah semakin tua. Rasa malu pun ada asyik-asyik kami aje yang gi ziarah.Hampir setiap kali raya kami yang gi ziarah dulu.Satu persoalan timbul.Memang niat ziarah itu kerana mencari keredhaan Allah.Tapi bila dah lama macam ni rasa bosan pulak.Kami tiada siapa yang nak ziarah.Tetamu pada hari raya pun tiada.Apa yang kami sediakan untuk juadah hari raya kami makan sendiri.Kami masak ala kadar aje cukup untuk kami makan anak-beranak.Kami tahu tiada siapa yang hendak datang rumah kami kalau hari pertama raya.Mungkin agaknya setiap tahun raya kami tiada di rumah kalau hari pertama raya.
Selalunya kami akan pergi ziarah kubur ibu dan ayahku di kampung atau ibu dan ayah mertua di JB.Tapi kali ini orang umah tak cakap banyak.Dia rasa tak begitu gembira kerana ada sesuatu yang kurang menyenangkan dirinya kalau pergi ke mana-mana terutama ke rumah adik-beradiknya atau ke rumah adik-beradik aku.Dia mahu kali beristirahat.Tidak mahu penyakit lama kembali menghantui dirinya.Setiap kali balik dari sana akan berlakulah sesuatu yang mencengkam dirinya.Dia berasa phobia akan penyakit misteri yang dihadapinya.
Aku juga kesihan melihat dirinya dan selalu berdoa serta memberi nasihat kepadanya agar sentiasa berdoa dan beramal untuk meningkatkan amalan demi mempertahankan kekuatan jiwanya.Kekecewaannya apabila terkena penyakit dikatakan lemah semangat.Itulah yang paling dibencinya apabila ada orang berkata begitu. Apakah aku lemah semangat katanya.Geram apabila orang berkata begitu.
Pernah sekali ketika abangku mengadakan majlis perkahwinan anaknya.Suatu malam kami pergi kenduri doa selamat sempena majlis perkahwinan anaknya.Menjelang seminggu lepas itu,dia berasa diri tak selesa,rasa macam nak demam.Kerap bermimpi.Aku yang tidur di sebelahnya terdengar dengkuran yang ganjil terlalu kuat.Dia berasa tidak bersemangat untuk melakukkan tugas.Kerap dirinya tidur.Aku pun telefon ustaz yang selalu aku berubat dengannya.Ustaz jawab ada sesuatu yang mengganggu dirinya.Kami pun pergi berubat dan wang biasalah ratus-ratus punya.Apabila balik ke rumah eloklah pulak sebab segala yang mengganggu telah dipulihkan.Boleh dikatakan setiap kali terkena penyakit ini kami akan berhubungan dengan ustaz berkenaan untuk kepastian.Kami berasa sebati dengan rawatan yang diberikan walaupun wang kami luak demi untuk kesihatan.Kadang-kadang aku juga sering diganggu benda yang sama hingga menyebabkan darah tinggi aku naik mendadak.Pernah mencapai bacaan 208 bp.Aku dipaksa ke hospital untuk dapatkan rawatan.Tapi alhamdulillah aku tidak dimasukkan ke dalam wad,hanya setakat wad kecemasan saja.Malam itu aku dibenarkan balik ke rumah.Peristiwa ini berkaitan dengan penyakit yang anakku alami.Dia mengalami tekanan darah rendah.Kami berdua kena tekanan darah tinggi.Pelikkan.Setelah dapatkan rawatan secara perubatan Islam daripada ustaz berkenaan keadaan kembali pulih seperti sedia kala.Anakku ketika itu akan ambil UPSR.Alhamdulillah dia dapat 4A 1B.Kini aku hantar dia belajar di SM Arabiah Kluang atas persetujuan dari dirinya sendiri.Syukur kepada Mu ya Allah kerana mengkabulkan doa kami.Sebabnya kami ada 5 anak.Yang sulung di SBPI Selandar,yang kedua di SMKA Segamat,yang ketiga MRSM Batu Pahat, dan yang keempat di SMKA Segamat.Kini anak yang ke 5 kami hantar SM Arabiah Kluang.Baru-baru ini dia beritahu yang dia dapat peluang menjadi pelajar tahfiz.Alhamdulillah kerana Allah perkenankan doa kami.Semoga dia menjadi penyelamat kami setelah kami kembali kepada Mu yang Allah.

Monday, July 29, 2013

Alkisah seorang jutawan…

Seorang jutawan, Hijaz yang kini tua pulang ke kampung untuk mengenangkan nostalgia zaman mudanya.

Hijaz balik menjenguk kampungnya di tepi laut dengan kereta mewah yang tidak mungkin dibeli oleh sesiapa di kampungnya.

Beliau singgah di sebuah gerai tepi laut kepunyaan Ustaz Azdi yang juga nelayan yang terkenal dengan sifat riang dan tenangnya di kampungnya.

“Apa khabar ustaz? Lama tak jumpa,” kata Hijaz.

“Anta dah balik… baguslah, ingat dah lupo kampung ini,” kata Ustaz Azdi.

“Ya, dah balik… akhirnya,” kata Hijaz dengan nada sedih.

“Mengapa? Ada masalah ke?” tanya Ustaz Azdi.

“Bagaimana ustaz dah tua ini pun masih riang dan tenang seperti dulu? Ustaz dah capai semua yang ingin dihasratkan? Umur kita doh tak panjang dah…” kata Hijaz.

“Anta ada apa lagi yang tak selesai? Kereta, rumah, bini, anak semua dah ada, apa yang anta keluh lagi?” tanya Ustaz Azdi.

“Banyak perkara. Ada dendam sikit, ada marah sikit sana sini, bimbang pasal perniagaan, bimbang siapa ganti ana… macam-macam… Ana tak macam ustaz… tak ada cita-cita, ana cita-cita besar,” kata Hijaz.

“Cita-cita ana ada juga. Tapi taklah mengacau sampai tak tenang dan tak senyum macam enta,” kata Ustaz Azdi.

“Yalah. Itu yang ana tak dapat belajar daripada enta. Senyum dan tenang sentiasa. Ana sikit-sikit marah, kena fikir itu ini… apa petua ustaz ya?” tanya Hijaz.

“Betul nak tahu? Tak susah petua ana…,” kata Ustaz Azdi.

“Anta nak cerita, ana sudi dengar…” kata Hijaz.

Ustaz Azdi membawa Hijaz berjalan di tepi pantai.

“Ajal kita tak tahu bila tapi kita kena sentiasa bersedia dengan kunjungannya. Anta cuba bayang besok anta akan meninggalkan dunia ini…

Tiada lagi matahari terbenam, terbit, tiada lagi masa. Hari ini sajalah yang anta ada.

Segala yang anta kumpul, kereta cantik anta semuanya akan menjadi milik orang lain besok.

Kekayaan, kuasa dan populariti anta pun akan hilang dan tidak lagi relevan di dunia ini.

Bagaimana pula dengan dendam, kemarahan, tergusir hati dan cemburu? Semuanya akan melesap besok juga.

Demikian juga dengan harapan, cita-cita, rancangan anta semuanya akan luput.

Perkara yang anta pentingkan selama ini, menang dan kalah juga tidak lagi bermakna.

Jika ajal tiba, ia tidak kisah di mana anta berada, siapa anta atau betapa cantiknya rumah anta. Jantina dan warna kulit anta pun tak dikisahkan,” kata Ustaz Azdi…

“Jadi ustaz, apa yang dikisahkan? Apa yang penting jika ana mati besok?” tanya Hijaz yang khusyuk mendengar.

“Apa yang bermakna – bukan pada apa yang anta beli, tapi apa yang anta bina, bukan apa yang anta ada, tapi apa yang anta beri. Yang bermakna bukan kejayaan anta tapi makna perkara yang anta buat selama ini.

Yang bermakna bukan apa yang anta belajar tapi apa yang anta mengajar. Yang bermakna ialah setiap tindak-tanduk yang penuh berintegriti, bersemangat, berani dan pengorbanan anta yang menjadi sumber inspirasi pada orang lain untuk dijadikan contoh.

Yang bermakna bukan kehebatan anta, tapi watak anta. Yang bermakna bukan berapa orang yang kenal anta, tapi berapa yang akan rasa kehilangan anta selepas anta tiada.

Yang bermakna bukan ingatan anta, tapi memori yang berada pada mereka yang menyayangi anta. Yang bermakna ialah berapa lama ana akan diingatkan, oleh siapa dan untuk apa.

Kehidupan yang bermakna bukan berlaku secara spontan. Ia adalah satu pilihan. Hargai masa, pilihlah kehidupan yang bermakna untuk anta,” kata Ustaz Azdi.

Hijaz terdiam… termenung jauh setelah mendengar kata-kata Ustaz Azdi.

“Anta ok?” tanya Ustaz Azdi sambil menepuk belakang Hijaz.

Hijaz terus memeluk Ustaz Azdi.

“Terima kasih. Setelah segalanya, dan kata-kata ustaz, ana rasa kampung dan kehidupan di kampung yang sederhana ini adalah terbaik untuk hidup ana.”

Wahai anakku,
Aku berharap engkau dapat memahami isi tersirat yang terkandung dalam cerita yang aku ceritakan ini. Sesungguhnya ingatlah wahai anakku, hiduplah dengan bermakna dan diredhai Allah. Buatlah syurga itu sebagai matlamatmu. Aku sebenarnya amat bimbang bilamana engkau memilih kehidupan agong di dunia ini sehingga mengabaikan segala perintah Allah dan akhirnya kamu dihumban ke neraka kerana dosa-dosa kamu. Jangan sesekali memilih jalan yang memusnahkan dirimu itu, wahai anakku.

Wahai anakku,
Kongsilah coretan aku pada mereka yang memerlukannya. Ingatlah sesungguhnya yang bermakna bukan pada apa yang engkau belajar tapi apa yang kamu mengajar dan kongsikan. Sekiranya engkau tidak mampu jadi penulis yang memberi manfaat, kamu jadilah pembaca yang memberi manfaat kepada diri sendiri dan orang lain.

Senyum.
Sesuatu yang menarik untuk dikongsi dan dibaca:

Soalan Yang Dijawab Dengan Penampar

Ada seorang pemuda yang lama belajar di luar negeri kembali ke tanahair dengan angkuh dan sombong. Di dalam benak kepalanya telah lama tersimpan 3 pertanyaan yang dianggapnya tiada siapa yang boleh menjawab. Satu hari beliau bertemu seorang imam tua di kampungnya..

Pemuda : Anda siapa Dan apakah dapat menjawab pertanyaan-pertanyaan saya?

Imam : Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan menjawab pertanyaan anda.

Pemuda : Anda yakin? Sedangkan Profesor dan ramai orang yang pintar tidak mampu menjawab pertanyaan saya.

Imam : Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya.

Pemuda : Saya ada 3 pertanyaan:

1.Kalau memang Tuhan itu ada,tunjukan wujud tuhan kepada saya

2.Apakah yang dinamakan takdir

3.Kalau syaitan diciptakan dari api kenapa dimasukan ke neraka yang dibuat dari api,tentu tidak menyakitkan buat syaitan. Sebab mereka memiliki unsur yang sama.Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauh itu?

Tiba-tiba Imam tersebut menampar pipi pemuda tadi dengan keras.

Pemuda : Kenapa anda marah kepada saya? (sambil menahan sakit)

Imam : Saya tidak marah. Tamparan itu adalah jawaban saya atas 3 pertanyaan yang anda ajukan kepada saya.

Pemuda : Saya sungguh-sungguh tidak mengerti.

Imam : Bagaimana rasanya tamparan saya?

Pemuda : Tentu saja saya merasakan sakit.

Imam : Jadi anda percaya bahawa sakit itu ada?

Pemuda : Ya!

Imam : Tunjukan pada saya wujud sakit itu!

Pemuda : Saya tidak boleh.

Imam : Itulah jawaban pertanyaan pertama. Kita semua merasakan kewujudan Tuhan tanpa mampu melihat wujudnya.

Imam : Apakah tadi malam anda bermimpi akan ditampar oleh saya?

Pemuda : Tidak.

Imam : Apakah pernah terfikir oleh anda akan menerima tamparan dari saya hari ini?

Pemuda : Tidak.

Imam : Itulah yang dinamakan takdir.

Imam : Terbuat dari apa tangan yang saya gunakan untuk menampar anda?

Pemuda : Kulit.

Imam : Terbuat dari apa pipi anda?

Pemuda : Kulit.

Imam : Bagaimana rasanya tamparan saya?

Pemuda : Sakit.

Imam : Walaupun syaitan dijadikan dari api dan neraka juga terbuat dari api, jika Tuhan menghendaki maka neraka akan menjadi tempat yang menyakitkan untuk syaitan…

Wallahualam…..

Friday, July 19, 2013

Selamat berpuasa dan selamat beramal

Hari ini isteri pergi ke sekolah kerana ganti cuti Deepavali.Aku duk rumah ajelah.Lepas subuh,ngaji le kejap habiskan juzuk 20 tu.Lepas tu jengoklah fb intai-intai kok-kok ada benda yang nak dibaca.Wah,ngantuk pulak.Tidur le kejap.Jam 8.30 tersedar,ambil wudhu' solat dhuha le pulak.Duk termenung nak buat apa ye.Oh pakaian yang dah dibasuh tak disidai lagi.Kena le sidai kalau tunggu anak bangun sampai tengah hari le tak bersidai.Kemudian,terfikir le pulak nak hantar motor ke kedai.Dah lama motor ni tak bergerak sejak 4 bulan yang lalu.Menuntun le motor yang tak boleh start tu ke kedai.Ada le pulak anak jiran yang baik hati nak tolong tolakkan.Dia panggil kawan dia bantu aku tolak motor sampai ke kedai motor. Alhamdulillah, syukur pada Mu ya Allah atas rahmat yang diberi.Ucapan terima kasih pada budak yang tolong tadi.
Kat kedai motor tauke cina tanya sudah berapa tak start.Aku senyum aje le cakap dah lama.Motor pun dah berhabuk dan berdebu.Lebih kurang setengah jam jugak lah cina tu repair.Kena le bayar RM65.00 ganti coil dan bateri.
Balik rumah aku basuhle motor yang tak pernah mandi ni.Lebih kurang halal le basuhnya.Nak juga hantar kereta kancil ke kedai,tapi nanti tak cukup duit pula kosnya.Gear kereta tu keras sangat nak tekan.Tak selesa nak dipandu.Agaknya anakku bawa macam mana le tu.Nantilah kalau dah dapat gaji bolehlah direpair,ya.
Masuk rumah,tengok ada kain lagi dalam mesin basuh.Basuh pakaian lagi jawabnya.Sambil tu terlihat pulak buah nangka pemberian jiran semalam.Belum disiang lagi.Kalau tak disiang sapa le nak buat nanti.Buat ajele kerja siang nangka.Kena bubuh minyak kelapa ni,kalau tak bergetah tangan aku nanti.Lepas siap siang masukkan ke dalam mangkuk.Nanti petang pandaile isteri aku nak buat apa.Kain yang dah dibasuh disidai kan pula diampaian.Sampah kulit nangka dibuang ke dalam tong sampah.Kalau tak buang nanti berbau satu rumah.
Setelah segalanya beres,berehatlah pulak.Terasa pulak nak buat catatan dalam blog.Dah lama tak bukak blog.Agaknya cerita lama ni dah basi agaknya.Dah hampir berbulan tak berblog.Kalau fb hari2 tengok. Begitulah rutin hidup.Tambah pulak di bulan puasa ni.Jangan asyik nak tidor aje.Banyak perkara boleh kita lakukan untuk kebaikan diri dan keluarga serta masyarakat.
Tahun ni tambah lagi satu bidang tugas aku.Aku dilantik jadi setiausaha Surau Al Islah.Kalau dulu jadi penolong aje maka setiausaha le yang buat kerja.Kini,aku kena le bergerak untuk memakmurkan surau dan dibantu jawatankuasa yang lain.
Banyak masa dalam bulan puasa ni aku berjemaah dan bertarawih di surau.Kalau dulu aku lari-lari ke masjid.Nak ubah rasa.Tapi kali ni lain pulak.Kadang-kadang aku ditugaskan jadi imam solat, dan bilal. Terasa diri ini banyak kekurangannya.Banyak lagi ilmu agama yang perlu aku pelajari.Tak boleh nak main-main.Kalau orang dah percayakan kita terasa berat tanggungjawabnya.
Aku akan pencen cikgu empat tahun lagi.Aku belum terfikir nak buat apa lepas pencen.Tapi dalam hati tergerak nak pergi memondok.Menambahkan ilmu akhirat di sana.Tapi tak tahu di mana tempatnya.Hanya Allah sahaja yang akan menggerakkannya.Insya Allah.Amin.

Saturday, January 26, 2013

Jemputan Kahwin dan Khenduri Potong Jambul

Salam sejahtera semua.Hampir sebulan tak menulis di blog.Maklumlah kesibukan dan tiada rasa nak menulis.Walaupun pelbagai peristiwa dan perkara telah berlaku dan berlalu.Januari 2013 ni penuh dengan peristiwa.Permulaan persekolahan dan kegiatan harian yang padat.
Banyak urusan untuk keluarga dan sekolah perlu diselesaikan.Dalam keluarga kesibukan uruskan persekolahan anak bongsuku Muhammad Hadi.Pembelian barangan keperluan sekolah perlu disediakan.Kami menghantarnya ke Madrasah Arabiah Kluang(MAK).Syukur ke hadrat Mu ya Allah kerana keputusan UPSR nya cemerlang hanya 4A1B,namun atas niat yang baik dan kerelaan dia untuk bersekolah di sana memudahkan urusan kami sekeluarga.12 Januari 2013 kami menghantarnya ke MAK dan hingga kini kami belum lagi bertemu dengannya.Kesabaran dan doa dari kami untuk Hadi agar sentiasa sihat dan tekun belajar demi menimba ilmu agama dan akademik.
Semalam,26 Januari 2013 aku bersama isteri dan tiga orang anak,Akmal,Nabilah dan Sarah menuju ke Felda Tenggaroh 2 kerana jemputan kahwin cucu saudara di sana.Kami singgah sekejap di MAK kerana hendak menghantar dokumen Hadi dan sebiji bantal.Hanya berjumpa pelajar senior saja dan kami kirimkan dokumen dan bantal melalui mereka kepada Hadi.
Perjalanan yang jauh ke Felda Tenggaroh 2 mengambil masa yang panjang.Majlis diadakan di Dewan Serbaguna Felda Tenggaroh 2.Maklumlah jawatan yang mengadakan majlis tu Pengurus Felda.Niatku bukan sekadar nak hadir jemputan tetapi untuk mengetahui kedudukan Felda berkenaan.Orang kata nak tahu jalan dan nak lihat keadaan di sana.Selama ni hanya dengar cerita orang saja.Kalau gi saja-saja buang masa.Atas alasan ada jemputan dapatlah bagaimana betapa jauhnya perjalanan untuk ke sana.Kami melalui Jalan Mersing-Jamaluang.Aduh jalan yang sunyi dan terdapatnya habitat kaum berok dan monyet.Pelik juga ya jalan tu taklah sibuk sangat.Inilah pertama kali aku melalui jalan berkenaan.Selalu kalau aku ke Mersing,aku akan melalui jalan ke Felda Nitar.
Apabila aku hampir sampai ke Felda Tenggaroh,banyak pula kereta yang hendak menuju ke majlis jemputan berkenaan.Agaknya jalan mana yang mereka lalu ya?Mungkin dari Kluang mereka lalu jalan ke Kota Tinggi dan patah balik ke Mersing.Mereka tidak lalu di Jalan Mersing-Jamaluang.Entahlah tapi yang penting sampai ke matlamatnya.
Memang penat terasa badan ini.Aku yang pandu terasa sakit-sakit di bahu.Selepas solat maghrib aku minta isteri urutkan badan.Lega juga lah rasanya hingga aku tertidur.Azan Isya' aku tersedar dan terus solat jemaah bersama isteri.Selepas solat terasa perut ni memulas.Apalagi ke tandaslah jawabnya.Lama juga di bilik termenung mengeluarkan toksid.Alhamdulillah syukur kepada Mu ya Allah.
Selepas tu ada pulak panggilan telefon meminta aku hadir khenduri.Aku diminta untuk berzanji kerana ada majlis potong jambul.Terpaksalah pergi.Sampai di sana jam 9.30 malam.Barulah majlis bermula dengan bacaan Yassin dan tahlil.Kemudian barulah dimulakan bacaan berzanji.Nampaknya aku sorang je yang akan baca.Maklumlah yang lain aku tak tahulah.Tapi biasalah kalau dihulurkan kitab berzanji dah tentu kitab akan kembali kepada kita semula.Aku ni dah lama tak baca kitab berzanji.Apa lagi bantai ajelah lagu apa asalkan baca.Kejap kena kadang tak kena lagunya.Tapi orang lain diam ajelah.Nak komen kang aku hulurkan kitab ni suruh baca.Jadi masing-masing buat bodoh ajelah.Aku bacalah mengikut kehendak aku sendiri dengan suara yang serak-serak basah,batuk.Masuk rawi ke 4 dan berselawat mulalah majlis potong jambul.Adat orang Melayu yang mungkin akan terhapus sendiri.Dalam Islam mana ada potong jambul.Cukur rambut adalah.Inilah dikatakan adat.Suruh belajar tak nak.Suruh gi kuliah dan tazkirah sibuk memanjang.Nak buat majlis macamlah Nabi yang suruh.Tak tahulah solat buat ke tidak.Tapi kalau bab anak nak ikut sunnah.Bilalah orang Melayu ni nak ikut ajaran Islam sebenar.Maulidur Rasul disambut berdegar-degar. Dengan perarakan,anugerah tokoh le dan bla....bla.... . Tapi ajaran nabi buat main-main aje.Ambil sikit-sikit aje tak sepenuhnya.Suruh rakyat hidup bersederhanalah,tapi pemimpin lu fikirlah sendiri.