SELAMAT BERINFORMASI

Sunday, October 21, 2012

Susupan Petang

Assalamualaikum,telah lama tidak menulis.Kali ini teringin pulak hendak mencatat peristiwa yang telah berlalu.Bulan September telah berlalu.Pada bulan ini banyak peristiwa berlaku.Selepas sebulan berhari raya Aidil Fitri,bulan September pulak aku menyibukkan diri untuk mengurus peperiksan UPSR.Walaupun telah ada setiuasahanya,namun sebagai pentadbir segalanya perlu diperhatikan dan diambil perhatian.Bermula dengan kesibukan kelas tambahan malam untuk kelas kesayangan Tahun 6 Alfa yang merupakan kelas kedua, di mana 5 orang muridnya masih belum menguasai segala ilmu dan kemahiran dalam setiap mata pelajaran.Kalau ada yang hendak mencapai namun masih terkial-kial untuk lulus.Budak begini di gelar GALUS.Kadang-kadang gagal kadang-kadang lulus.Tapi lebih banyak gagalnya.Adakalanya di gelar GARUS,maksudnya gagal terus.Kita hanya berusaha sedaya upaya dan berdoa agar murid ini mencapai sasaran lulusnya.Tapi kalau gagal nak buat macam mana.Apa yang penting,kalau gagal akademik aku tak berapa heran sangat.Mungkin budak ini masih belum mencapai kematangan dan kesedaran untuk berjaya. Namun,aku terus memberikan didikan agar mereka tidak tinggal solatnya,berakhlak mulia dan sentiasa hormati orang yang lebih berusia.Tak guna pandai tapi akhlaknya buruk.
Sebelum peperiksan UPSR bermula,aku bersama guru besar telah membawa murid-murid tahun 6 ni ke SM Sains Muar( SAMURA).Langkah ini bertujuan membalas jasa dan lawatan mereka ke sekolah kami dalam membantu murid tahun 6 ni untuk berjaya.Ini adalah usaha kami dalam program kecemerlangan UPSR 2012. Murid tahun 6 ni dapat meningkatkan ilmu dan pengalaman berdasarkan bimbingan dan tunjuk ajar pelajar SAMURA tadi.Pihak sekolah juga tidak lupa untuk menganjurkan program Solat Hajat pada setiap hujung bulan bermula bulan Februari yang lalu.Ini bertujuan untuk meningkatkan kekuatan dalaman diri murid agar sentiasa mempunyai ketahanan diri dan sabar menghadapi ujian dan cabaran.
Pihak rakan guru tahun 6 juga kalau mengajar pun relax  aje tanpa memaksa diri mengajar.Santai-santai sahaja agar murid tidak tension.Kalau masih belum berjaya cuba lagi dan fokus kepada kelemahan diri murid itu sendiri dalam menjawab soalan.
Menjelang peperiksaan yang berlangsung pada 11,12, dan 13 September 2012, ibu bapa murid juga hadir bersama mengiringi murid masuk ke dewan peperiksaan.Pagi-pagi lagi murid-murid ini diberikan sarapan,dan ibu bapa membacakan surah Yassin serta bersolat hajat agar setiap murid sentiasa ceria dan bersiap sedia menghadapi peperiksaan.
Kini peperiksaan telah lama berlalu.Murid-murid tahun 6 sedang mengikuti program selepas UPSR yang telah dirancangkan.Sukan Tahunan sekolah telah berlangsung pada 27 September 2012.Perjalanannya begitu baik dan menggalakkan.Kerjasama rakan guru dan warga sekolah melancarkan hari sukan tersebut. Kemudian murid tahun 6 mengikuti latihan permainan iaitu bola sepak dan bola jaring.Diadakan juga pertandingan bagi kedua-dua permainan ini.Hadiah telah pun disampaikan.Peperiksaan Akhir Tahun juga telah berlalu pada 16 - 19 Oktober yang lalu.Walaupun begitu,murid tahun 6 hanya ambil peperiksaan bagi mata pelajaran seperti Kemahiran Hidup,Kajian Tempatan,Pendidikan Islam,Tulisan Jawi,Bahasa Arab,PJPK dan juga Seni Visual.
Kini tibalah ke peringkat terakhir bulan Oktober.Akan muncul pula program seperti gotong-royong bersihkan masjid dan tanah perkuburan.Inisiatif imam masjid felda redong,mereka ingin mengadakan kursus jenazah untuk murid tahun 6 ini.Besar tapak tangan,padang sekolah dihamparkan.Tahniah dan ucapan terima kasih daripada pihak sekolah kepada JK Masjid Felda Redong.
Jawatankuasa Kecemerlangan Tahun 6 juga akan mengadakan Solat Hajat sekali lagi dijangka 1 November ini untuk memohon hajat agar semua murid tahun 6 memperoleh kelulusan dalam UPSR.Begitu juga majlis jamuan untuk mereka akan juga diadakan sebelum mereka melangkah keluar dari alam persekolahan sekolah rendah.Harapan saya agar semua pihak mendoakan kejayaan mereka semua.

No comments:

Post a Comment